4 Punca Brek Kereta Keras Yang Wajib Diketahui

Sistem brek mempunyai banyak komponen penting seperti suis brek, pedal, pelapik brek dan lain-lain yang perlu diselenggara supaya berfungsi dengan baik. Kegagalan menjaga sistem keselamatan ini boleh menyebabkan brek keras hingga berlakunya kemalangan. Berikut adalah antara punca brek keras yang perlu diketahui pengguna kereta:

1. Kerosakan Penggalak Brek

Penggalak brek atau lebih dikenali sebagai brake booster adalah komponen sistem brek yang berfungsi sebagai alat penggalak kepada sistem brek bagi memberikan kecekapan yang lebih tinggi. Kerosakan penggalak brek boleh menyebabkan brek kereta keras atau tidak berfungsi dengan betul.

Jika vakum bocor, rosak, atau komponen dalaman brek rosak, ia tidak akan berfungsi dengan betul. Lakukan pemeriksaan segera di pusat servis bertauliah jika anda mendapati masalah pada sistem brek agar dapat mengenal pasti masalah dan membaikinya segera.

2. Kebocoran Pada Hos Vakum

Hos vakum berfungsi sebagai laluan udara sehala dari intake manifold ke penggalak brek untuk menghasilkan tekanan. Hos vakum mungkin reput atau retak pada titik penyambungnya yang membawa kepada punca kebocoran vakum serta menyebabkan pedal brek menjadi keras. Gantikan hos vakum baharu di pusat servis dengan segera supaya tiada masalah kerosakan pada sistem brek kereta.

3. Kerosakan Silinder Induk

Silinder induk atau lebih dikenali sebagai master sylinder adalah komponen yang berfungsi sebagai memacu tekanan brek yang dihasilkan oleh pedal brek ke roda hadapan dan roda belakang. Tekanan ini dihantar melalui bendalir hidraulik yang bergerak melalui talian brek.

Jika silinder induk mengalami kerosakan atau telah melepasi jangka hayatnya, brek kereta akan terkunci dan mungkin mengalami masalah brek keras apabila anda cuba memperlahankan kenderaan dengan membrek. Kenal pasti kerosakan sistem brek kereta anda untuk mendapatkan alat ganti yang sesuai.

Jasduit
Sumber : Jasduit

4. Brek Cakera Angkup Tetap

Brek cakera angkup tetap yang juga dikenali sebagai brake caliper merupakan komponen utama di dalam sistem brek yang berfungsi sebagai perumah bagi unit piston dan pelapik brek. Kerosakan brek cakera angkup tetap akan menyebabkan pedal brek keras semasa membrek. Hal ini biasanya berlaku kerana penggunaan lama atau tidak mengganti komponen ini. Pastikan anda lakukan pemeriksaan dan gantikan komponen baharu jika mendapati ia mengalami kerosakan.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Tanda Alternator Belt Perlu Diganti Segera

Alternator adalah penjana kuasa yang memastikan bateri kenderaan dicas dan berfungsi menghidupkan komponen elektrik utama kenderaan. Tanpa komponen ini, bateri kenderaan akan cepat habis...

5 Cara Mengelakkan Kemalangan Jalan Raya

Kemalangan jalan raya kian meningkat dan terdapat peningkatan angka kematian berbanding tahun-tahun sebelumnya. Kesedaran keselamatan dikalangan pengguna jalan raya amat penting bagi membantu mengurangkan...

Amalan Makanan Sahur Sihat

Sahur merupakan santapan pertama di awal pagi sebagai bekalan untuk memastikan badan kita kekal bertenaga sepanjang hari sewaktu berpuasa. Oleh yang demikian, pemilihan makanan...

Tips Hindari Dehidrasi Ketika Cuaca Panas di Bulan Puasa

Tubuh badan kita mengandungi sebanyak 70 peratus air dan mudah mengalami masalah dehidrasi sekiranya kandungan air tidak mencukupi. Perkara ini biasa berlaku terutamanya ketika...

Punca Kenderaan Bergegar Apabila Membrek

Kenderaan bergegar apabila membrek bukan sahaja boleh mengganggu fokus pemanduan, malah menimbulkan keresahan dan kebimbangan mengenai tahap keselamatan kenderaan yang sedang dipandu. Antara punca-punca...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!