5 Tanda Kenderaan Anda Memerlukan Penukaran Minyak Pelincir

Penyelenggaraan kenderaan wajib dilakukan mengikut jadual atau dua kali setahun bagi memastikan komponen kenderaan berfungsi dengan optimum. Selain menyelenggara komponen asas seperti enjin, bateri dan tayar, anda juga wajib melakukan penyelenggaraan minyak pelincir. Berikut disenaraikan antara tanda kenderaan anda memerlukan penukaran minyak:

1. Bunyi Enjin

Minyak melincirkan komponen yang bergerak dalam enjin dan menghalangnya daripada bergesel antara satu sama lain semasa enjin dihidupkan. Apabila minyak enjin berkurang atau terlalu kotor, ia tidak dapat memberikan pelinciran yang mencukupi. Hal ini menyebabkan enjin mengeluarkan bunyi kerana berlaku pelanggaran komponen dalaman enjin.

2. Pengeluaran Asap Ekzos

Sekiranya anda melihat terdapat asap ekzos terutamanya berwarna hitam adalah tanda kenderaan anda memerlukan pemeriksaan segera di pusat servis. Pengeluaran asap ekzos berpunca daripada masalah tahap penyejuk rendah, enjin panas atau minyak pelincir berbuih. Anda digalakkan untuk segera mendapatkan bantuan pakar automotif bagi pemeriksaan lanjut.

3. Bau Terbakar

Pernahkah anda terhidu bau terbakar di dalam kenderaan anda? Jika ada, maka ia adalah tanda paras minyak pelincir semakin berkurangan. Minyak pelincir membantu membersihkan, mengurangkan kehausan dan memudahkan pergerakan komponen dalaman enjin. Apabila minyak pelincir tidak mencukupi maka enjin kenderaan akan menjadi terlalu panas dan menghasilkan bau terbakar.

4. Minyak Berwarna Gelap

Selepas lama digunakan minyak pelincir akan bertukar warna menjadi semakin gelap dan kemudian menjadi hitam sepenuhnya akibat kotoran dan bendasing daripada enjin pembakaran dalaman. Anda boleh mengenal pasti perubahan warna minyak pelincir jika melakukan pemeriksaan berkala. Pastikan anda periksa takat minyak pelincir dan tahap kejernihannya semasa melakukan penukaran minyak pelincir.

5. Peningkatan Penggunaan Bahan Api

Minyak pelincir yang tidak diganti akan meningkatkan penggunaan bahan api. Hal ini kerana minyak pelincir yang kotor atau tidak cukup likat akan memaksa enjin untuk bekerja lebih keras bagi mencapai prestasi pemanduan yang sama seperti biasa. Ia sekali gus meningkatkan tekanan pada enjin kenderaan dan dalam masa yang sama meningkatkan penggunaan bahan api yang lebih tinggi berbanding biasa.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Punca Kenderaan Bergegar Apabila Membrek

Kenderaan bergegar apabila membrek bukan sahaja boleh mengganggu fokus pemanduan, malah menimbulkan keresahan dan kebimbangan mengenai tahap keselamatan kenderaan yang sedang dipandu. Antara punca-punca...

Kenali Jenis-Jenis Bendalir Stereng Kuasa

Bendalir stereng kuasa berfungsi untuk melincirkan pergerakan pemutaran stereng dan memudahkan pemanduan. Ia memastikan komponen dalaman sistem stereng dilincirkan dan memastikan hos, omboh, injap...

4 Tempat Tart Telur Terkenal di Lembah Klang

Tart telur adalah antara snek yang lazat dimakan pada bila-bila masa termasuk pada waktu lewat malam sebagai pengalas perut. Terdapat banyak jenis tart telur...

Kesedaran Penjagaan Kesihatan Buah Pinggang

Buah pinggang adalah antara organ penting di dalam badan yang menyingkirkan sisa buangan dan toksin. Oleh yang demikian, sekiranya seseorang gagal menjaga buah pinggang...

Punca Meter Kelajuan Tidak Berfungsi

Meter kelajuan kenderaan memainkan peranan penting bagi menunjukkan had kelajuan kenderaan yang dipandu. Sekiranya ia tidak berfungsi dengan betul, pemandu kenderaan akan mengalami kesukaran...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!