5 Promosi Penebusan Hari Lahir

Inginkan self-reward pada hari lahir anda? Kunjungi kedai F&B kegemaran anda untuk meraih hari istimewa dengan menebus promosi menarik seperti berikut:

crystal-jo-RQg42EkyO9M-unsplash

1. Baskin Robbins

Ais krim adalah antara pencuci mulut kegemaran ramai tidak kira kanak-kanak mahupun dewasa. Salah satu jenama ais krim terkenal di negara kita adalah Baskin Robbins yang menawarkan pelbagai perisa ais krim yang menarik dan enak. Jika anda peminat Baskin Robbins, maka janganlah melepaskan peluang untuk menebus promosi hari jadi menerusi aplikasinya dan dapatkan single regular scoop secara percuma! Ingat, tempoh promosi ini adalah sebulan daripada tarikh ulang tahun anda.

Facebook Starbucks Malaysia
Sumber : Facebook Starbucks Malaysia

2. Starbucks

Tidak dinafikan kopi Starbucks menjadi kegemaran rakyat Malaysia hingga terdapat ramai yang membelinya setiap hari. Kopi premium yang mempunyai rasa enak dan lazat memang membuatkan ramai berpuas hati dengan minuman ini. Penggemar minuman ini wajib menikmati ganjaran khas bagi hari jadi yang ditawarkan iaitu kek percuma dengan setiap pembelian minuman atau apa-apa merchandise daripada Starbucks. Anda boleh menebus promosi sepanjang bulan hari jadi menerusi aplikasinya.

Facebook KOI The Malaysia
Sumber : Facebook KOI The Malaysia

3. Koi

Koi merupakan antara minuman ‘bubble tea’ yang menjadi pilihan popular penggemar air boba. Terdapat pelbagai jenis minuman yang boleh dinikmati seisi keluarga di sini dengan boba yang kenyal dan chewy. Bagi ahli Koi, anda juga boleh menebus satu minuman kecil secara percuma ketika hari jadi anda!

Gong Cha Malaysia
Sumber : Facebook Gong Cha Malaysia

4. Gong Cha

Satu lagi F&B terkenal bagi minuman teh boba selain Tea Live adalah Gong Cha yang mempunyai rangkaina cawangan di seluruh Malaysia. Ia sangat popular kerana menu signature Milk Foam. Keseimbangan rasa krim, manis dan berperisa serta tekstur yang sebati menjadikannya pelengkap sempurna kepada tehnya.

Peminat minuman ini kini boleh mendapatkan minuman berharga RM10 secara percuma pada bulan ulang tahun anda melalui aplikasinya. Tunggu apa lagi? Segera muat turun aplikasinya dan nikmati minuman kegemaran anda!

Boost Juice Bars Malaysia
Sumber : Facebook Boost Juice Bars Malaysia

5. Boost Juice

Sesiapa yang mengamalkan diet sihat boleh menikmati minuman buah-buahan atau sayur-sayuran di Boost Juice. Terdapat pelbagai jenis buah-buahan dan sayur-sayuran yang boleh dipilih mengikut cita rasa anda. Sempena ulang tahun kelahiran, pastikan anda menikmati promosi Boost Juice sehari atau dua hari sebelum dan selepas hari lahir. Pastikan anda menunjukkan kad VIBE dan kad pengenalan anda untuk tujuan pengesahan.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Punca Kenderaan Bergegar Apabila Membrek

Kenderaan bergegar apabila membrek bukan sahaja boleh mengganggu fokus pemanduan, malah menimbulkan keresahan dan kebimbangan mengenai tahap keselamatan kenderaan yang sedang dipandu. Antara punca-punca...

Kenali Jenis-Jenis Bendalir Stereng Kuasa

Bendalir stereng kuasa berfungsi untuk melincirkan pergerakan pemutaran stereng dan memudahkan pemanduan. Ia memastikan komponen dalaman sistem stereng dilincirkan dan memastikan hos, omboh, injap...

4 Tempat Tart Telur Terkenal di Lembah Klang

Tart telur adalah antara snek yang lazat dimakan pada bila-bila masa termasuk pada waktu lewat malam sebagai pengalas perut. Terdapat banyak jenis tart telur...

Kesedaran Penjagaan Kesihatan Buah Pinggang

Buah pinggang adalah antara organ penting di dalam badan yang menyingkirkan sisa buangan dan toksin. Oleh yang demikian, sekiranya seseorang gagal menjaga buah pinggang...

Punca Meter Kelajuan Tidak Berfungsi

Meter kelajuan kenderaan memainkan peranan penting bagi menunjukkan had kelajuan kenderaan yang dipandu. Sekiranya ia tidak berfungsi dengan betul, pemandu kenderaan akan mengalami kesukaran...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!