Penggunaan Gajet Menjejaskan Kesihatan

Telefon pintar saiz tapak tangan yang kini dimiliki hampir setiap individu telah menjadi keperluan ataupun kehendak semua lapisan masyarakat tanpa mengira umur. Ia telah menjadi trend gaya hidup hingga mempengaruhi kehidupan seharian kita.

Terdapat banyak kebaikan penggunaan alat ini iaitu sebagai alat perhubungan, perkongsian maklumat, mendapatkan informasi terkini dengan pantas, hiburan dan sebagainya. Namun, jika anda tidak menggunakannya secara berwaspada ia akan membawa banyak keburukan terutamanya pada kesihatan kita. Disenaraikan antara kesan penggunaan gajet secara lama seperti berikut:

1. Menganggu Kesihatan Mental

Penggunaan gajet terlampau lama terutamanya meluangkan masa dalam melayari media sosial boleh menjejaskan kesihatan mental individu. Ia boleh meningkatkan tekanan mental, tingkah laku yang mencederakan diri dan mempengaruhi pemikiran untuk membunuh diri dalam kalangan belia.

Selain itu, pengguna tegar telefon pintar juga kerap berfikiran keseorangan kerana mereka meluangkan banyak masa lebih pada gajet. Hal ini boleh membawa implikasi pada kesihatan mental dan fizikal yang serius seperti kualiti tidur yang rendah dan fungsi sistem imun yang berkurangan.

2. Menganggu Kualiti Tidur

Jika anda suka menggunakan telefon pintar pada waktu malam terutamanya sebelum tidur perlu menghentikan tabiat ini dengan segera. Hal ini kerana sinar biru pada waktu malam akan mengganggu waktu tidur anda disebabkan lampu biru ini akan merangsang otak, melambatkan atau menghentikan pelepasan melatonin hormon tidur. Hal ini secara langsung menyebabkan anda mengalami kesukaran untuk tidur.

3. Kesakitan Leher

Sesiapa yang menggunakan telefon sepanjang masa biasanya akan mengalami kesakitan di bahagian leher. Text neck adalah satu keadaan kecederaan di mana menyebabkan tekanan yang berulang serta kesakitan pada bahagian leher akibat penggunana telefon secara lama pada postur yang salah. Hal ini tanpa disedari akan mengubah keadaan postur leher dan bahagian atas tulang belakang dengan drastik jika tidak mengurangkan tempoh penggunaan telefon pintar anda.

4. Menjejaskan Penglihatan

Menatap alat digital seharian boleh menjejaskan penglihatan individu kerana melihati sinaran biru bagi tempoh masa yang lama juga boleh merosakkan sel sensitif cahaya di bahagian saraf (retina) dalam mata. Ia menyebabkan perubahan yang menyerupai degenerasi makula yang dikenali sebagai macular degeneration yang boleh menyebabkan kehilangan penglihatan secara kekal.

5. Kebimbangan

Bagi sesiapa yang terbiasa menggunakan telefon pintar secara kerap biasanya boleh mengalami kebimbangan anxiety dengan mudah. Mereka akan kerap memeriksa telefon sama ada untuk melihat balasan mesej atau reaksi di media sosial walaupun tiada lagi sebarang balasan. Tabiat ini akan menyebabkan anda mudah merasa bimbang dan menganggu aktiviti harian anda.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Punca Kenderaan Bergegar Apabila Membrek

Kenderaan bergegar apabila membrek bukan sahaja boleh mengganggu fokus pemanduan, malah menimbulkan keresahan dan kebimbangan mengenai tahap keselamatan kenderaan yang sedang dipandu. Antara punca-punca...

Kenali Jenis-Jenis Bendalir Stereng Kuasa

Bendalir stereng kuasa berfungsi untuk melincirkan pergerakan pemutaran stereng dan memudahkan pemanduan. Ia memastikan komponen dalaman sistem stereng dilincirkan dan memastikan hos, omboh, injap...

4 Tempat Tart Telur Terkenal di Lembah Klang

Tart telur adalah antara snek yang lazat dimakan pada bila-bila masa termasuk pada waktu lewat malam sebagai pengalas perut. Terdapat banyak jenis tart telur...

Kesedaran Penjagaan Kesihatan Buah Pinggang

Buah pinggang adalah antara organ penting di dalam badan yang menyingkirkan sisa buangan dan toksin. Oleh yang demikian, sekiranya seseorang gagal menjaga buah pinggang...

Punca Meter Kelajuan Tidak Berfungsi

Meter kelajuan kenderaan memainkan peranan penting bagi menunjukkan had kelajuan kenderaan yang dipandu. Sekiranya ia tidak berfungsi dengan betul, pemandu kenderaan akan mengalami kesukaran...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!