Perkara Yang Perlu Dilakukan Apabila Kereta Mula Tergelincir Di Jalan Licin

Permukaan jalan yang licin menyumbang kepada peningkatan kadar kemalangan, sama ada berpunca daripada kecuaian pemandu mahu pun aspek-aspek lain seperti keadaaan jalan raya dan kenderaan yang kurang sempurna. Memandu di jalan raya licin memerlukan perhatian dan kesabaran tinggi demi menjaga keselamatan pemandu dan penumpang dalam kenderaan. Disenaraikan beberapa perkara yang perlu dilakukan untuk mengawal kenderaan apabila kereta mula tergelincir seperti berikut:

1. Jangan Menekan Pedal Minyak

Salah satu perkara yang paling penting untuk dilakukan apabila anda merasa kereta anda mula meluncur ialah mengurangkan kelajuan. Tindakan terbaik untuk dilakukan pada situasi ini adalah segera melepaskan kaki anda daripada pedal minyak.

Hal ini akan membantu tayar anda mendapatkan semula daya tarikan di jalan raya. Selepas itu, sebaik sahaja anda merasakan kereta berada dalam keadaan selamat dan dan tidak tergelincir, anda boleh menekan pedal brek perlahan-lahan untuk berhenti sepenuhnya.

2. Elakkan Bermain dengan Stereng

Ramai pemandu melakukan kesilapan umum jika mendapati kereta tergelincir adalah mengawal stereng dengan cara yang salah. Elakkan memusing stereng secara kerap untuk mengawal kenderaan anda kerana ia hanya akan membahayakan diri dan penumpang dalam kenderaan. Melakukan demikian akan menyebabkan kereta anda hilang kawalan dan fishtailing. Pastikan anda bertenang dan mengawal stereng ke arah betul supaya anda mempunyai kawalan sepenuhnya pada kenderaan anda.

3. Elakkan Brek Secara Mengejut

Tindakan bahaya yang perlu dielakkan semasa memandu di jalan licin adalah brek secara mengejut. Brek mengejut boleh menyebabkan kenderaan anda tergelincir kerana cengakaman tayar mungkin mengambil masa yang lama. Oleh itu, jangan tekan brek secara mengejut tetapi sebaliknya anda perlu lepaskan pedal minyak dan kawal stereng kereta. Elakkan brek mengejut kerana ia hanya menyebabkan keadaan bertambah buruk di mana boleh meningkatkan risiko kemalangan.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Lawatan Pemeriksaan Kenderaan & PSD SPANCO Anjuran Kementerian Kewangan 2023

Pada 29 dan 30 MEI 2023 lepas, SPANCO telah menyertai lawatan pemeriksaan kenderaan konsesi anjuran Kementerian Kewangan di dua buah Pusat Servis Diiktiraf (PSD)...

5 Jenis Bendalir Penting Dalam Kenderaan

Bendalir digunakan dalam kenderaan memainkan peranan utama dengan memastikan komponen dalaman kenderaan berfungsi dengan baik. Tanpa bendalir seperti minyak enjin dan brek, pemanduan kenderaan...

Cara Kenali ‘Starter’ Kereta Mengalami Kerosakan

Penghidup elektrik atau lebih dikenali sebagai ‘starter’ adalah antara komponen utama dalam kenderaan yang berfungsi untuk memberikan putaran pada enjin dan menggerakkan piston. ‘Starter’...

Lesen Memandu Kini Boleh Diperbaharui Untuk Tempoh 10 Tahun

Kementerian Pengangkutan (MOT) telah memperkenalkan inisiatif pembaharuan Lesen Memandu Malaysia (LMM) untuk tempoh 10 tahun dengan kadar bayaran istimewa. Rakyat Malaysia boleh memperbaharui lesen...

Ketahui Cara Betul Menambah Bendalir Brek

Bendalir brek perlu disenggara secara berlaku agar dapat berfungsi dengan baik. Bendalir brek yang digunakan terlalu lama tanpa ditukar boleh menjejaskan prestasi membrek optimum...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!