Tips Menjimatkan Penggunaan Bahan Api

Menjimatkan penggunaan bahan api sangat penting bagi mengurangkan pelepasan karbon dioksida. Disenaraikan beberapa tips yang boleh anda ikuti semasa memandu kenderaan agar dapat membantu menjimatkan penggunaan bahan api di masa hadapan.

1. Elakkan Membawa Muatan Lebih

Bagi mereka yang mempunyai tabiat menyimpan segala barang dalam bonet kereta perlu segera berhenti melakukan demikian. Membawa muatan lebih akan meningkatkan penggunaan bahan api serta menjejaskan sistem suspensi dan brek. Oleh itu, pastikan anda kurangkan membawa barangan di dalam bonet kereta supaya dapat menjimatkan penggunaan bahan api.

2. Memandu Kereta dengan Penyaman Udara

Memandu kereta dengan menurunkan tingkap pada kelajuan melebihi 80km/j akan menyebabkan banyak rintangan angin dan secara tidak langsung memerlukan lebih banyak penggunaan bahan api. Oleh itu, pastikan anda memandu dengan memasang penyaman udara supaya dapat lebih menjimatkan penggunaan bahan api.

3. Elakkan Memandu Laju

Memandu kenderaan secara berhemah dan pandai mengawal kelajuan kereta sangat penting jika anda ingin jimatkan penggunaan bahan api. Elakkan menekan minyak dan memecut secara mengejut. Hal ini kerana, menambah kelajuan dan menekan pedal brek dengan kuat boleh mengurangkan kecekapan bahan api, jadi elakkan berbuat demikian semasa memandu di lebuh raya.

4. Elakkan Membrek Kuat

Elakkan menekan brek secara kuat atau mengejut semasa memandu. Hal ini kerana membrek secara kuat akan meningkatkan penggunaan bahan api disebabkan anda perlu memecut kembali. Pastikan sentiasa mengekalkan jarak selamat antara kenderaan supaya tidak memerlukan membrek secara mengejut dan kuat yang hanya meningkatkan penggunaan bahan api.

5. Gunakan Mod Eko

Mod eko direka untuk menjimatkan bahan api. Ia menggalakkan pemanduan yang mesra alam sekitar dengan sasaran mengurangkan pencemaran gas karbon dioksida (CO2) disebabkan peningkatan penggunaan bahan api. Anda boleh menggunakan mod eko supaya dapat keberkesanan enjin dan transmisi, termasuk laju dan mengawal kadar pecutan yang secara langsung mengawal penggunaan bahan api.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Punca Kenderaan Bergegar Apabila Membrek

Kenderaan bergegar apabila membrek bukan sahaja boleh mengganggu fokus pemanduan, malah menimbulkan keresahan dan kebimbangan mengenai tahap keselamatan kenderaan yang sedang dipandu. Antara punca-punca...

Kenali Jenis-Jenis Bendalir Stereng Kuasa

Bendalir stereng kuasa berfungsi untuk melincirkan pergerakan pemutaran stereng dan memudahkan pemanduan. Ia memastikan komponen dalaman sistem stereng dilincirkan dan memastikan hos, omboh, injap...

4 Tempat Tart Telur Terkenal di Lembah Klang

Tart telur adalah antara snek yang lazat dimakan pada bila-bila masa termasuk pada waktu lewat malam sebagai pengalas perut. Terdapat banyak jenis tart telur...

Kesedaran Penjagaan Kesihatan Buah Pinggang

Buah pinggang adalah antara organ penting di dalam badan yang menyingkirkan sisa buangan dan toksin. Oleh yang demikian, sekiranya seseorang gagal menjaga buah pinggang...

Punca Meter Kelajuan Tidak Berfungsi

Meter kelajuan kenderaan memainkan peranan penting bagi menunjukkan had kelajuan kenderaan yang dipandu. Sekiranya ia tidak berfungsi dengan betul, pemandu kenderaan akan mengalami kesukaran...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!