7 Pencuci Mulut Tradisional Terkenal Di Malaysia

Makanan tradisional sangat popular dalam kalangan masyarakat kita di Malaysia yang kaya dengan pelbagai adat dan budaya. Makanan tradisional negara kita semakin popular hingga ke peringkat antarabangsa. Begitu juga dengan pencuci mulut tradisional yang kini boleh didapati di luar negara. Disenaraikan antara hidangan tradisional yang terkenal seperti berikut:

kew-li-wen-pAFEvW94qMA-unsplash

1. Cendol

Cendol adalah pencuci mulut terkenal di Malaysia yang digemari ramai. Ia menjadi pilihan ramai ketika cuaca panas untuk menyejukkan tekak. Dibuat dengan ais, santan, gula melaka, kacang, jelly dan jagung, cendol sangat sesuai diminum pada bila-bila masa. Kini terdapat banyak inovosi dilakukan pada hidangan ini dengan menambah ‘topping’ seperti pulut, durian, ais krim, oreo dan sebagainya mengikut selera penjamu.

mypenang
Sumber : mypenang

2. Rojak

Rojak merupakan pencuci mulut berasaskan ‘sweet and savoury’ yang dihidangkan dengan buah-buahan dan sayur-sayuran mentah berserta kuah. Keistimewaan rojak terletak pada kuahnya yang mempunyai pelbagai rasa seperti masam, manis dan pedas.

Rojak dari gerai-gerai tepi jalan sentiasa dipenuhi ramai pelanggan dan cepat habis pada waktu petang kerana keenakkannya. Terdapat banyak jenis rojak seperti rojak buah, kuih, petis, pecal, bandung, sotong dan sebagainya yang boleh didapati dengan mudah.

resepichenom,com
Sumber : resepichenom.com

3. Onde-Onde

Salah satu kuih terkenal sebagai pencuci mulut adalah onde-onde. Ia adalah sejenis kuih yang dibuat menggunakan tepung beras, gula melaka dan kelapa parut. Warna hijau menawan yang dihasilkan daripada jus pandan menambahkan rasa enak kuih ini. Onde-onde lebih lazat dinikmati bersama secawan teh pada waktu petang atau pagi.

MyMelaka
Sumber : MyMelaka

4. Sagu Gula Melaka

Banyak pencuci mulut tradisional tidak lengkap tanpa penggunaan santan, begitu juga dengan sagu gula melaka. Pencuci mulut yang sedap, senang dan menyegarkan ini diperbuat dengan hanya menggunakan tiga bahan utama iaitu sagu, gula melaka dan santan. Ia lebih lazat dimakan sejuk untuk menyerlahkan rasa gabungan tiga bahan ini.

bubur jagung fb

5. Bubur Jagung Manis

Bubur jagung adalah antara hidangan minum petang popular yang digemari ramai. Diperbuat daripada jagung, santan, gula Melaka dan sagu sebagai ramuan utama, pencuci mulut ini mempunyai rasa lemak dan manis yang sangat enak untuk dimakan. Ia juga mempunyai pelbagai khasiat untuk kesihatan seseorang.

Resepi Che Nom
Sumber : Resepi Che Nom

6. Kuih Keria

Jika anda masih belum cuba makan kuih keria maka ia adalah masa sesuai untuk menikmati kuih tradisional ini. Kuih keria adalah kuih tradisional kaum Melayu yang dimasak menggunakan keledek, tepung dan gula Melaka. Ia biasanya dicanai dan dibentuk seperti cincin ataupun gelang tangan. Kemudian, kuih ini disaluti dengan gula dan kini ramai menggunakan gula Melaka kerana kelazatan yang unik.

kuih-talam-cendol hungrygowhere.my
Sumber: hungrygowhere.my

7. Kuih Talam

Terdapat banyak jenis kuih talam yang hadir dalam pelbagai bentuk, saiz, warna dan rasa yang berbeza. Talam seri muka, ubi kayu, koleh kacang, keladi, cendol dan sebagainya menjadi pilihan ramai hingga ia merupakan salah satu menu wajib di kebanyakkan majlis makan petang.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Punca Kenderaan Bergegar Apabila Membrek

Kenderaan bergegar apabila membrek bukan sahaja boleh mengganggu fokus pemanduan, malah menimbulkan keresahan dan kebimbangan mengenai tahap keselamatan kenderaan yang sedang dipandu. Antara punca-punca...

Kenali Jenis-Jenis Bendalir Stereng Kuasa

Bendalir stereng kuasa berfungsi untuk melincirkan pergerakan pemutaran stereng dan memudahkan pemanduan. Ia memastikan komponen dalaman sistem stereng dilincirkan dan memastikan hos, omboh, injap...

4 Tempat Tart Telur Terkenal di Lembah Klang

Tart telur adalah antara snek yang lazat dimakan pada bila-bila masa termasuk pada waktu lewat malam sebagai pengalas perut. Terdapat banyak jenis tart telur...

Kesedaran Penjagaan Kesihatan Buah Pinggang

Buah pinggang adalah antara organ penting di dalam badan yang menyingkirkan sisa buangan dan toksin. Oleh yang demikian, sekiranya seseorang gagal menjaga buah pinggang...

Punca Meter Kelajuan Tidak Berfungsi

Meter kelajuan kenderaan memainkan peranan penting bagi menunjukkan had kelajuan kenderaan yang dipandu. Sekiranya ia tidak berfungsi dengan betul, pemandu kenderaan akan mengalami kesukaran...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!