Sabak Bernam Destinasi Pelancongan Pilihan Jiwa Kampung

Sabak Bernam yang terletak di sempadan Perak dan Selangor menjadikannya antara destinasi pelancongan popular. Para pelancong boleh menikmati percutian dalam suasana perkampungan dan pelancongan agro. Disenaraikan berikut beberapa lokasi yang wajib anda kunjungi bersama keluarga jika merancang percutiaan di negeri ini:

Visit Selangor
Sumber : Visit Selangor

1. Muzium Sabak Bernam

Muzium Daerah Sabak Bernam sangat terkenal kerana memaparkan warisan dan maklumat berhubung dengan sejarah pertanian dan perikanan Sabak Bernam dan negeri Selangor.

Selangor.travel
Sumber : Selangor.travel

Terdapat pelbagai arca, replika, infografik dan barangan tradisional yang digunakan dalam industri pertanian, khususnya dalam sektor penanaman padi yang boleh anda lihat dan pelajari sejarah di sini.

FB Muzium Sabak Bernam
Sumber : Facebook Muzium Sabak Bernam

Pastikan anda singgah di sini bagi menambah ilmu pengetahuan dan jadikan ia sebagai pusat sumber rujukan kepada generasi muda.

Galeri padi
Sumber : visit-sekinchan.com

2. Galeri Padi

Jika anda gemar untuk mempelajari pemprosesan padi maka anda wajib melawat galeri padi yang terletak di Jalan Tali Air 5, Sekinchan. Anda dapat melihat sendiri bagaimana pemprosesan padi berlaku dengan teknik masa kini di kilang pemprosesan beras ini.

photo_6271471672246776739_y

Pastikan anda mendapatkan bertih beras yang dimasak dan disediakan segar di galeri ini dengan harga berpatutan. Pengunjung juga boleh menikmati cendol beras perang, membeli beras, minyak dan produk berasaskan beras lain.

photo_6271471672246776738_y

Jangan lupa untuk mengambil gambar dengan pemandangan sawah padi cantik!

44
Sumber : ahmabakery.com

3. Ah Ma House

Ah Ma House adalah sebuah rumah kampung tradisional terkenal yang penuh dengan barang-barangan antik dihiasa dalam rumah seperti telefon, televisyen dan kerusi rotan yang membawa anda mengimbau kembali masa lampau.

AH MA HOUSE
Sumber : ahmabakery.com

Suasan unik dan penuh nostalgia ini pasti mengembalikan kenangan zaman dahulu bagi setiap penggunjung.

ahmabakery.com 1
Sumber : ahmabakery.com

Selain melihat rumah cantiknya, anda juga boleh mendapatkan kuih tradisional iaitu kuih kapit yang terkenal di sini berserta makanan ringan, barangan dapur dan produk makanan lain.

photo_6271471672246776740_y

4. N16 Kafe

Ingin menghirup secawan teh sambil menikmati pemandangan luas sawah padi? Kunjungi N16 kafe yang terletak di Sekinchan untuk pengalaman yang menakjubkan. Uniknya tempat ini adalah ia merupakan bus yang diubah suai sebagai kafe menyajikan pelbagai hidangan lazat.

N.16 Fb
Sumber : Facebook N.16

Antara makanan yang boleh didapati disini adalah chicken chop, pasta, ayam goreng Korea, pelbagai jenis kek dan minuman.

N.16 Fb 1
Sumber : Facebook N.16

Terdapat lima minuman dibuat sendiri yang mendapat sambutan pelanggan iaitu honey citrus tea, honey lemon pea flower, rosemary green tea, iced white coffee dan iced black coffee. Pastikan cuba hidangan ‘signature’ kafe ini jika anda kunjungi kelak!

anajingga
Sumber : anajingga

5. Laman Tebu Aidil

Salah satu tempat viral yang wajib anda kunjungi adalah Laman Tebu Aidil yang terletak di Sungai Besar. Berada di tengah-tengah ladang tebu, pengunjung boleh menikmati makanan sambil melihat pemandangan sawah padi yang menghijau. Anda juga boleh merasai keenakan air tebu segar yang ditanam sendiri di tengah-tengah ladang pokok tebu ini secara santai sambil menghirup udara segar sawah padi dan ladang tebu.

anajingga 1
Sumber : anajingga

Terdapat makanan ringkas tetapi sedap, seperti kepak dan tongkeng ayam madu, laksa, nasi lemak, nasi impit ayam, air tebu dan buah buahan. Memang sedap! Jangan lupa ambil gambar ‘instagrammable’ dengan latar belakangkan ladang tebu.

libur
Sumber : libur

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Tanda Alternator Belt Perlu Diganti Segera

Alternator adalah penjana kuasa yang memastikan bateri kenderaan dicas dan berfungsi menghidupkan komponen elektrik utama kenderaan. Tanpa komponen ini, bateri kenderaan akan cepat habis...

5 Cara Mengelakkan Kemalangan Jalan Raya

Kemalangan jalan raya kian meningkat dan terdapat peningkatan angka kematian berbanding tahun-tahun sebelumnya. Kesedaran keselamatan dikalangan pengguna jalan raya amat penting bagi membantu mengurangkan...

Amalan Makanan Sahur Sihat

Sahur merupakan santapan pertama di awal pagi sebagai bekalan untuk memastikan badan kita kekal bertenaga sepanjang hari sewaktu berpuasa. Oleh yang demikian, pemilihan makanan...

Tips Hindari Dehidrasi Ketika Cuaca Panas di Bulan Puasa

Tubuh badan kita mengandungi sebanyak 70 peratus air dan mudah mengalami masalah dehidrasi sekiranya kandungan air tidak mencukupi. Perkara ini biasa berlaku terutamanya ketika...

Punca Kenderaan Bergegar Apabila Membrek

Kenderaan bergegar apabila membrek bukan sahaja boleh mengganggu fokus pemanduan, malah menimbulkan keresahan dan kebimbangan mengenai tahap keselamatan kenderaan yang sedang dipandu. Antara punca-punca...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!