Klang adalah bandar tertua di Malaysia yang terkenal dengan makanan lazatnya. Sekiranya anda masih mencari tempat makanan sedap di Klang, kunjungilah lokasi berikut untuk menjamu selera bersama keluarga besar anda.
1. Qidot Cafe
Qidot Cafe yang terletak di Teluk Panglima Garang, Klang sangat popular bagi keenakan makanannya. Kedai makan yang kelihatan seperti rumah English Cottage ini menarik minat pelanggan untuk meluangkan masa berkualiti bersama keluarga atau rakan sambil menjamu selera.
Terdapat makanan lokal dan barat yang menjadi kegemaran ramai seperti piza, nasi lemak, pasta, smoked duck rice, grilled chicken, burger, nasi ayam butter dan aneka pilihan kek. Pastikan anda melakukan tempahan awal untuk menikmati makanan di sini melalui laman web rasminya.
2. Laparbetul.Co
Ingin makan di ‘food court’ dengan banyak pilihan makanan? Kunjungi Laparbetul.Co yang terletak di Kampung Bukit Kapar untuk menjamu selera di suasana ‘open air’. Terdapat lebih 23 vendor dan 30 jenis menu makanan yang memang menjadikan Laparbetul.Co ini port lepak yang dikenali ramai.
Antara makanan yang wajib anda cuba di sini adalah roti naan dan tandoori, nanchos king, korean chicken, samyang, seafood bakar dan juga kambing bakar. Terdapat juga makanan lain seperti shell-out, nasi lemak, pasta, nasi lemak, takoyaki, char kuey teow dan banyak lagi yang boleh anda nikmati di sini.
3. Warung Warisan Asli
Warung Warisan Asli yang terletak di Taman Bayu Tinggi sangat popular dalam kalangan pelanggan bagi keaslian masakan Melayu. Anda boleh mendapatkan makanan tradisional Melayu dari sarapan hingga makan malam di sini.
Aneka cucur, aneka lempeng, pengat, pulut ikan masin, bubur pulut hitam, daging salai masak lemak, ikan masak tiga rasa, ayam masak padprik, sayur goreng dan banyak lagi menjadi pilihan pelanggan di sini. Pastikan anda cuba makanan di sini bersama keluarga atau rakan nanti!
4. Nasi Kukus Sotong Besar
Peminat sotong wajib kunjungi Restoran Nasi Kukus Sotong Besar yang terletak di tengah-tengah Bandar Klang. Restoran ini mendapat sambutan pelanggan hangat bagi keenakan makanannya khususnya bagi nasi kukus sotong.
Terdapat juga makanan lain seperti ikan bakar, nasi kukus kambing bakar, bawal goreng sambal penyet, kambing bakar, ayam goreng berempah dan sebagainya lagi yang boleh dinikmati di sini.
Pastikan anda datang dan cuba sendiri makanan di sini. Memang best!
5. Warung Pak Din Grove
Warung Pak Din Grove adalah sebuah kedai makan terkenal bagi pelbagai jenis kuih-muih dan hidangan lazat lain selama empat dekad yang terletak di Klang. Makanan yang ditawarkan di sini cukup istimewa dan sedap sehingga ia sentiasa dipenuhi pelanggan.
Karipap, kuih ketayap, tauhu sumbat, onde-onde, pisang goreng, popiah, cekodok pisang dan sebagainya boleh didapati di sini. Selain itu, warung ini juga menawarkan pelbagai pilihan makanan lain seperti mee kari, nasi daging, laksa utara, nasi lemak, nasi goreng, mee goreng dan banyak lagi. Pastikan anda juga datang mencuba.