5 Tanda Kerosakan ‘Starter’ Kereta

‘Starter’ yang juga dikenali sebagai motor pengengkol adalah peranti elektrik yang digunakan untuk memutarkan (crank) enjin pembakaran dalaman bagi memulakan operasi enjin dengan kuasanya sendiri. Kerosakan starter kereta boleh menyebabkan kesukaran untuk menghidupkan enjin. Oleh itu, adalah penting untuk mengetahui tanda kerosakan komponen penting ini agar tidak terlibat dalam situasi tidak terduga. Disenaraikan beberapa tanda kerosakan ‘starter’ seperti berikut:

1. Engin Sukar Dihidupkan

Sukar menghidupkan enjin merupakan tanda ‘starter’ kereta anda menghadapi masalah. Sekiranya anda cuba untuk menghidupkan enjin dan gagal untuk melakukan demikian selepas beberapa percubaan memerlukan anda menggantikan ‘starter’. Lakukan pemeriksaan segera di pusat servis bertauliah untuk mengetahui punca sebenar dan membaiki masalah kerosakan kereta.

2. Bunyi Pelik

Jika anda mendengar bunyi pelik seperti ‘mengisar’ apabila menghidupkan enjin adalah salah satu tanda motor pengengkol kereta rosak. Hal ini berlaku apabila motor pengengkol yang telah lama digunakan atau rosak akan mengeluarkan bunyi berputar yang memerlukan penggantian motor pengengkol dengan segera.

3. Tiada Bunyi ‘Klik’ Semasa Menghidupkan Enjin

Bunyi klik boleh didengar apabila anda memutar kunci pencucuhan datang sama ada daripada solenoid pemula atau geganti pemula. Ini adalah kedua-dua komponen penting sistem ‘starter’. Jadi, jika kenderaan anda tidak dapat dihidupkan dan anda tidak mendengar bunyi klik tersebut adalah tanda solenoid pemula yang rosak atau geganti pemula yang rosak.

4. Pengeluaran Asap

‘Starter’ adalah sebahagian daripada sistem elektrik kereta yang mempunyai sambungan terhadap fius terputus dan litar pintas. Apabila anda cuba menghidupkan kereta secara berterusan ia akan menyebabkan ‘starter’ menjadi terlalu panas. Hal ini secara tidak langsung akan menyebabkan masalah elektrik seperti litar pintas hingga mengeluarkan asap. Jika anda melihat atau menghidu asap, segera mendapatkan bantuan daripada pakar automotif.

5. Kesan Minyak Pada ‘Starter’

Anda boleh menemui ‘starter’ pada bahagian bawah enjin kereta. Bahagian enjin kenderaan biasanya sangat panas, dan minyak enjin bocor akan terkena pada starter. Sekiranya kebocoran minyak berlaku secara berterusan, ia boleh mengurangkan jangka hayat ‘starter’ secara drastik.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Lawatan Kerja ke Proton Edar Sdn Bhd

13 September 2023 – SPANCO telah menghadiri lawatan kerja ke Proton Edar Sdn Bhd bertempat di Subang Jaya, Selangor. Program lawatan kerja ini adalah...

Punca yang Merosotkan Jangka Hayat Bateri Kenderaan

Bateri kenderaan yang rosak ketika perjalanan boleh mengundang dugaan bagi pemilik kenderaan terutamanya pada waktu tidak terduga. Tanpa disedari, ramai pemilik kenderaan telah meningkatkan...

Punca Utama Pelapik Brek Haus Tidak Sekata

Pelapik brek kenderaan memainkan peranan penting dalam sistem brek dengan menghentikan roda kenderaan setiap kali brek digunakan. Pengabaian menjaga komponen penting ini boleh menjejaskan...

5 Tempat ‘Viral’ di Negeri Sembilan yang Wajib Dikunjungi

Negeri Sembilan mempunyai pelbagai destinasi percutian menarik bagi seisi keluarga. Bagi pencinta alam dan peminat aktiviti luar, anda harus terokai negeri ini yang pasti...

Kejohanan Futsal Antara Jabatan SPANCO dan Jemputan Jabatan Kerajaan 2023

16 September 2023 – Kelab Sukan SPANCO telah menganjurkan Kejohanan Futsal Antara Jabatan SPANCO dan Jemputan Jabatan Kerajaan 2023 yang berlangsung di KNZ Sports,...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!