6 Aktiviti Berfaedah Dalam Pengangkutan Awam

Ramai menggunakan pengangkutan awam untuk pergi ke tempat kerja atau destinasi tertentu demi mengelakkan kesesakan lalu lintas pada waktu puncak. Perjalanan dalam pengangkutan awam boleh mengambil masa yang lama, jadi anda yang sering menggunakan pengangkutan awam boleh melakukan aktiviti berfaedah bagi mengisi masa lapang seperti berikut:

1. Membaca Buku

Membaca buku dapat menambahkan ilmu pengetahuan kita. Selain menggunakan telefon bimbit sepanjang perjalanan, anda digalakkan untuk membaca buku agar masa terluang dapat dimanfaat sepenuhnya. Terdapat pelbagai jenis buku di pasaran yang boleh anda baca mengikut cita rasa termasuk novel, biografi, majalah, komik dan sebagainya.

2. Aktiviti Kraftangan

Sekiranya anda berminat dengan aktiviti kraftangan seperti mengait, tenun coster, bunga kertas, anting-anting dan sebagainya boleh dilakukan semasa berada dalam perjalanan pengangkutan awam. Aktiviti ini bukan sahaja dapat mengisi masa lapang anda, malah boleh menenangkan fikiran dan mengurangkan stres semasa.

3. Mendengar ‘Podcast’

Biasa guna telefon bimbit anda untuk skrol media sosial sepanjang perjalanan? Gunakan masa skrol tersebut dengan aktiviti lain seperti mendengar ‘podcast’ yang berfaedah untuk anda. ‘Podcast’ adalah sebuah digital audio yang dihasilkan dalam bentuk rakaman. Ia biasanya ada dalam bentuk siri perbincangan, ulasan, puisi, muzik, buku audio, berita dan dokumentari.

4. Nimkati Keindahan Alam Sekitar

Ramai biasanya sibuk menggunakan telefon bimbit hingga lupa untuk menikmati keindahan alam sekitar. Gunakan waktu perjalanan anda dalam pengangkutan awam bagi menikmati alam sekeliling. Ia dapat menenangkan fikiran, mengurangkan tekanan dan meluaskan minda anda.

5. Merancang Menu Makanan

Berfikir mengenai masakan malam sentiasa menjadi dugaan terbesar bagi ramai orang hingga berakhir dengan mengambil keputusan untuk makan di luar. Bagi mengurangkan tabiat makan di luar, anda boleh merancang menu makanan bagi tempoh seminggu semasa dalam perjalanan balik ke rumah.

6. Menulis Jurnal

Menulis jurnal adalah sejenis terapi untuk menenangkan diri. Mulakan menulis jurnal sebagai aktiviti harian bagi memahami emosi dan perasaan diri anda. Penulisan jurnal juga membantu seseorang mengurang stres, berkeyakinan tinggi, bermatlamat, lebih ekspresif dan mengenali diri.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Tanda Alternator Belt Perlu Diganti Segera

Alternator adalah penjana kuasa yang memastikan bateri kenderaan dicas dan berfungsi menghidupkan komponen elektrik utama kenderaan. Tanpa komponen ini, bateri kenderaan akan cepat habis...

5 Cara Mengelakkan Kemalangan Jalan Raya

Kemalangan jalan raya kian meningkat dan terdapat peningkatan angka kematian berbanding tahun-tahun sebelumnya. Kesedaran keselamatan dikalangan pengguna jalan raya amat penting bagi membantu mengurangkan...

Amalan Makanan Sahur Sihat

Sahur merupakan santapan pertama di awal pagi sebagai bekalan untuk memastikan badan kita kekal bertenaga sepanjang hari sewaktu berpuasa. Oleh yang demikian, pemilihan makanan...

Tips Hindari Dehidrasi Ketika Cuaca Panas di Bulan Puasa

Tubuh badan kita mengandungi sebanyak 70 peratus air dan mudah mengalami masalah dehidrasi sekiranya kandungan air tidak mencukupi. Perkara ini biasa berlaku terutamanya ketika...

Punca Kenderaan Bergegar Apabila Membrek

Kenderaan bergegar apabila membrek bukan sahaja boleh mengganggu fokus pemanduan, malah menimbulkan keresahan dan kebimbangan mengenai tahap keselamatan kenderaan yang sedang dipandu. Antara punca-punca...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!