3 Cara Mudah Menghidupkan Kembali Kereta

Enjin kereta gagal dihidupkan secara tiba-tiba? Ia mugkin berlaku disebabkan kerosakan bateri kereta yang memerlukan tindakan pembaikan segera. Pastikan anda tidak panik pada situasi tidak diingini ini dan ikuti cara mudah menghidupkan kembali bateri seperti berikut:

1. Periksa Sambungan Terminal Bateri

Perkara pertama yang perlu dilakukan apabila kereta gagal dihidupkan adalah periksa sambungan terminal bateri. Pastikan kabel sambungan pada terminal bateri berada dalam keadaan baik dan bersambung dengan sempurna. Selain itu, anda juga boleh cuba menggerakkan sedikit sambungan terminal untuk memastikan ia disambungkan sempurna agar boleh menghidupkan enjin.

2. Bersihkan Terminal Bateri

Tompokan putih pada terminal bateri adalah asid kering yang terbentuk akibat tindak balas kimia daripada sentuhan dua permukaan logam dan arus elektrik yang melaluinya. Pembentukan asid kering pada terminal bateri perlu dibersihkan dahulu kerana ia menghalang proses pengecasan semula bateri.

Bersihkan terminal bateri dengan menggosok tompokan asid kering secara perlahan-lahan sehingga bersih daripada kesan asid tersebut. Pembersihan ini penting bagi memastikan pengaliran tenaga elektrik yang optimum.

3. Lakukan ‘Jump Start

Setelah membersihkan terminal bateri, anda boleh melakukan ‘jump start’ bagi menghidupkan enjin kenderaan. Dapatkan bantuan sesiapa yang berdekatan untuk tolong anda ‘jump start’ kenderaan atau gunakan jumper bateri mudah alih bagi memudahkan kerja anda.

Tanda Awal Kerosakan Bateri Kereta

Ketahui antara tanda awal kerosakan bateri kereta agar anda tidak menghadapi masalah semasa perjalanan seperti berikut:

1. Lampu Kereta Malap

Salah satu tanda awal bateri kereta rosak adalah lampu kereta semakin malap. Sekiranya anda perasan lampu kereta malap, segera lakukan pemeriksaan di pusat servis berdekatan untuk mengetahui punca dan melakukan pembaikan sebelum terlewat.

2. Lampu Amaran Menyala

Lampu amaran bateri menyala pada papan pemuka kereta perlu diambil perhatian segera. Indikator ini menyala bukan hanya disebabkan jangka hayat bateri sudah hampir tamat. Ia juga boleh berpunca daripada masalah voltan pengecasan rendah, kerosakan sistem pendawaian kuasa, komponen atau penjanakuasa ‘alternator’.

3. Kereta Sukar Dihidupkan

Kereta sukar dihidupkan terutamanya pada awal pagi adalah tanda bateri kereta mengalami masalah. Selain itu, jika anda mendapati terdapat bunyi pelik semasa menghidupkan enjin juga adalah petunjuk awal bateri kereta perlu diganti.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Punca Kenderaan Bergegar Apabila Membrek

Kenderaan bergegar apabila membrek bukan sahaja boleh mengganggu fokus pemanduan, malah menimbulkan keresahan dan kebimbangan mengenai tahap keselamatan kenderaan yang sedang dipandu. Antara punca-punca...

Kenali Jenis-Jenis Bendalir Stereng Kuasa

Bendalir stereng kuasa berfungsi untuk melincirkan pergerakan pemutaran stereng dan memudahkan pemanduan. Ia memastikan komponen dalaman sistem stereng dilincirkan dan memastikan hos, omboh, injap...

4 Tempat Tart Telur Terkenal di Lembah Klang

Tart telur adalah antara snek yang lazat dimakan pada bila-bila masa termasuk pada waktu lewat malam sebagai pengalas perut. Terdapat banyak jenis tart telur...

Kesedaran Penjagaan Kesihatan Buah Pinggang

Buah pinggang adalah antara organ penting di dalam badan yang menyingkirkan sisa buangan dan toksin. Oleh yang demikian, sekiranya seseorang gagal menjaga buah pinggang...

Punca Meter Kelajuan Tidak Berfungsi

Meter kelajuan kenderaan memainkan peranan penting bagi menunjukkan had kelajuan kenderaan yang dipandu. Sekiranya ia tidak berfungsi dengan betul, pemandu kenderaan akan mengalami kesukaran...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!