Risiko Memandu Kereta Dengan Tayar Haus

Penjagaan tayar kereta penting bagi memastikan pemanduan yang selamat. Ramai mengabaikan penjagaan tayar dengan tidak melakukan penyenggaraan berkala hingga berlakunya kemalangan jalan raya atau kerosakan di tengah jalan. Disenaraikan antara risiko memandu kereta dengan tayar rosak seperti berikut:

1. Tayar Mudah Panas

Memandu kereta dengan tayar rosak atau haus adalah tindakan yang tidak selamat. Tayar yang mempunyai kedalaman bunga kurang 1.6 milimeter akan mengurangkan keupayaan mencengkam permukaan jalan. Geseran langsung pada permukaan jalan juga akan menyebabkan pengumpulan haba dan akhirnya menjadi punca tayar meletup.

2. Kekurangan Tekanan Udara

Tayar yang haus akan kehilangan tekanan udara dengan cepat. Hal ini kerana bunga tayar yang semakin nipis akan menyebabkan berlakunya penghasilan haba yang berlebihan dan meningkatkan kadar kehausan tayar. Selain itu, tekanan angin tayar yang terlalu kurang juga boleh meningkatkan penggunaan bahan api, menjejaskan prestasi pemanduan dan pengendalian kenderaan terutamanya semasa melalui jalan raya yang berselekoh.

3. Meningkatkan Risiko Akuasatah

Tayar haus menyebabkan kesukaran air untuk mengalir keluar dari bawah tayar. Ia juga sangat berisiko untuk melalui kawasan air bertakung kerana boleh menyebabkan tayar hilang cengkaman dan sekaligus menyebabkan akuasatah yang juga dikenali sebagai ‘aquaplanning’.

4. Tayar Meletup

Tayar yang haus mempunyai lapisan luar tayar yang nipis. Hal ini menyebabkan tayar kereta tidak bertahan lama dan meningkatkan risiko tayar meletup jika memandu dengan laju. Sekiranya tayar meletup, anda berkemungkinan besar akan hilang kawalan kenderaan dan terlibat dalam kemalangan jalan raya.

5. Brek Lambat

Bunga tayar yang telah haus akan mengurangkan keupayaan tayar mencengkam permukaan jalan apabila membrek. Hal ini meningkatkan risiko kemalangan terutamanya ketika hujan kerana jalan licin. Selain itu, di permukaan kering pula kenderaan dengan tayar yang haus akan memerlukan jarak membrek yang lebih jauh sebelum ia mampu berhenti sepenuhnya. Oleh itu, pastikan anda menukar tayar baharu sekiranya ia rosak agar dapat berfungsi secara optimum.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Program Audit Pemeriksaan Kenderaan, Naziran Serta Taklimat Pengurusan Kenderaan Konsesi SPANCO

21 November 2023 – Program Audit Pemeriksaan Kenderaan, Naziran serta Taklimat Pengurusan Kenderaan Konsesi SPANCO 2023 anjuran Kementerian Kewangan kali ini telah diadakan di...

Jemputan Taklimat Kenderaan dan Motosikal Electric Vehicle (EV)

16 November 2023 – Pihak SPANCO telah menerima jemputan daripada Mesyuarat Pegawai Pengangkutan (PT) dan Ketua Cawangan (KC) Bahagian Pengangkutan, Jabatan Logistik dan Teknologi...

Tanda Kerosakan Pengesan Laju Kenderaan

Pengesan laju yang juga dikenali sebagai ‘speed sensor’ adalah satu komponen dalam kenderaan yang digunakan untuk mengesan kelajuan kereta. Ia juga memainkan peranan penting...

Keindahan Hujan: 6 Aktiviti Menarik Untuk Dilakukan

Musim hujan membawa keindahan dan keceriaan tersendiri, terutama di Malaysia yang diberkati dengan cuaca hujan sepanjang tahun. Walaupun rancangan kita terganggu akibat hujan berterusan,...

Majlis Penyerahan Kereta Proton X70 Kepada Jabatan Pendaftaran Negara

02 November 2023 – Baru-baru ini, satu majlis penyerahan kereta model Proton X70 1.5 STD telah diadakan diantara pihak SPANCO dan Jabatan Pendaftaran Negara...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!