Kenali Komponen Sistem Ekzos Kereta

Sistem ekzos kereta memainkan peranan penting dalam menghalang bunyi enjin dari menyebabkan pencemaran bunyi. Selain itu, ia juga meneutralkan asap-asap beracun yang keluar dari enjin menjadi gas yang lebih mesra alam. Marilah, mengetahui komponen-komponen sistem ekzos kereta agar anda lebih memahami dan mengenali jika berlaku kerosakan kereta seperti berikut:

AutoEvolution
Sumber : AutoEvolution

1. Pancarongga Ekzos ‘Exhaust Manifold’

Pancarongga ekzos atau lebih dikenali sebagai ‘exhaust manifold’ adalah bahagian paling pertama dalam sistem ekzos yang mengawal pengeluaran gas pembakaran berbahaya di dalam ruang enjin.

Komponen ini biasanya dihasilkan daripada ‘iron cast’ agar mampu beroperasi pada suhu yang tinggi dan bertahan dalam keadaan persekitaran asap yang bersifat mengakis dan juga tenaga bunyi yang dihasilkan daripada operasi enjin. Selain itu, dari sini asap ekzos akan dihantar ke ‘catalytic converter’.

catalyic converter

2. Pengubah Bermangkin ‘Catalytic Converter

Komponen kedua dalam sistem ekzos adalah pengubah bermangkin yang juga dikenali sebagai ‘catalytic converter’. Ia berfungsi untuk menapis dan mengurangkan jumlah gas beracun ke ruang udara serta membantu mengurangkan jumlah bunyi yang dihasilkan oleh enjin. Selain itu, ia juga menapis kadar keracunan dari gas ekzos dan membakarnya serta meningkatkan kecekapan kereta anda.

delphi-oxygen-sensor
Sumber : teknisimobil

3. Penderia Oksigen ‘Oxygen Sensor

Penderia oksigen atau ‘oxygen sensor’ adalah antara komponen penting dalam sistem ekzos kenderaan yang memberi input kepada sistem elektronik pengurusan enjin. Ia juga merupakan alat pengukur yang memantau kadar aliran udara menerusi sistem ekzos.

Selain itu, ia membantu mengukur tahap kecekapan pembakaran bahan api dan memastikan penukar bermangkin beroperasi dengan baik. Penderia oksigen yang rosak akan memberikan kesan kepada prestasi sesebuah kenderaan seperti berlakunya pembaziran bahan api dan juga meningkatkan kadar pelepasan emisi.

HKS
Sumber : HKS

4. Resonator

Resonator atau muffler merupakan satu komponen dalam sistem ekzos yang berfungsi untuk mengurangkan dan menghilangkan bunyi dari enjin pada frekuensi tertentu. Dalam muffler, terdapat 3 ruang khas yang dibina bagi mengurangkan bunyi bising. Bunyi merupakan gelombang tenaga yang bergerak menerusi medium udara secara getaran. Bagi menghapuskan bunyi tersebut gelombang tenaga tadi perlu dilantunkan semula agar ia bertindan antara satu sama lain.

pexels-khunkorn-laowisit-5233284

5. Paip Ekzos

Bahagian terakhir dalam sistem ekzos yang boleh jelas dilihat dari belakang adalah paip ekzos. Komponen ini berfungsi untuk mengurangkan bunyi bising dan memanjangkan jangka hayat sistem muffler ekzos. Paip ekzos ini bersambung ke muffler dan selalunya dipasang pada bahagian hujung belakang kereta dengan pendakap.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Majlis Penyerahan Kereta Proton X70 Kepada Jabatan Pendaftaran Negara

02 November 2023 – Baru-baru ini, satu majlis penyerahan kereta model Proton X70 1.5 STD telah diadakan diantara pihak SPANCO dan Jabatan Pendaftaran Negara...

Jemputan Menembak KPTD 48 Cawangan Siasatan Jenayah Bersama SPANCO

16 November  2023 – 48 Cawangan Siasatan Jenayah KPTD telah menjemput pihak SPANCO untuk menghadiri jemputan menembak KPTD 48 Cawangan Siasatan Jenayah yang bertempat...

Amaran: Kenali Tanda Kerosakan Penggalak Brek Kenderaan

Penggalak brek kenderaan atau lebih dikenali sebagai ‘brake booster’ adalah salah satu komponen yang meningkatkan daya dikenakan pada pedal brek tanpa memerlukan daya tambahan...

7 Langkah Keselamatan di Musim Banjir

Sejak kebelakangan ini musim hujan telah menyebabkan banjir di kawasan-kawasan berisiko. Ramai yang terjejas akibat hujan lebat ini dan kerajaan telah mengeluarkan amaran untuk...

5 Kecuaian Asas yang Mengurangkan Jangka Hayat Bateri

Kerosakan kenderaan boleh mengundang situasi kecemasan khususnya apabila berada di tempat sunyi. Pengabaian penyenggaraan komponen kenderaan adalah punca utama berlakunya masalah kerosakan kereta terutamanya...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!