5 Lokasi Makanan Korea Menarik Di Lembah Klang

Mengapa perlu ke negara Korea untuk mencuba makanannya apabila anda boleh menikmatinya di Malaysia. Terdapat banyak restoran yang menyediakan makanan Korea lazat untuk pelanggan yang pasti membuatkan anda terliur. Disenaraikan beberapa lokasi yang wajib anda kunjungi untuk menjamu selera makanan Korea seperti berikut:

FB Seoul Garden Malaysia
Sumber : Facebook Seoul Garden Malaysia

1. Seoul Garden

Seoul Garden adalah antara restoran popular bagi makanan Korea di Malaysia yang mempunyai banyak cawangan di Lembah Klang. Restoran ini merupakan satu-satunya tempat yang membolehkan anda menikmati makanan berpanggang dan sup pilihan pada satu masa.

FB Seoul Garden Malaysia 2
Sumber : Facebook Seoul Garden Malaysia

Anda boleh menikmati makanan perapan sos Korea-Asia bersama pelbagai hidangan sampingan di sini bersama keluarga dan rakan-rakan. Terdapat banyak jenis pilihan makanan yang boleh anda makan hingga kenyang perut!

Da one
Sumber : daonrestaurant

2. Da One Fine Cuisine

Jika anda masih mencari makanan Korea lazat di sekitar Kuala Lumpur maka Da One Fine Korean Cuisine adalah lokasi wajib anda kunjungi. Terdapat pelbagai jenis makanan Korea seperti galbi dan deonjang jjigae, yeoneo gui set, kimchi jeon, wagyu galbi jjim, tteokbokki, japchae, bulgogi, hotpot dan sebagainya lagi yang boleh anda cuba di sini.

Da-On-Fine-Korean-Cuisine-2-1-1024×683
Sumber : daonrestaurant

Pastikan anda datang awal untuk menjamu selera kerana restoran ini sentiasa dipenuhi pelanggan.

Sweetree Fb 2
Sumber : Facebook Sweetree

3. Restoran Sweetree Korean

Restoran Sweetree Korean yang terletak di Jalan Ampang Putra mendapat sambutan hanggat pelanggan bagi keenakan makanan Korea di sini. Ia merupakan salah satu restoran barbeku Korea terkenal di kawasan Ampang dengan pelbagai pilihan makanan termasuk pencuci mulut enak.

Sweetree Fb 1
Sumber : Facebook Sweetree

Antara makanan yang menjadi kegemaran pelanggan adalah kimchi stew, Korean style tender beef soup, dak gal bi, kkan pung gi, dol sot bibimbab, pizza topoki dan ayam goreng.

Sweetree Fb
Sumber : Facebook Sweetree

Anda wajib kunjungi tempat menarik ini untuk menjamu selera dengan suasana yang estetik.

klfoodie
Sumber : Klfoodie

4. Cheongdam Jaya

Cheongdam Jaya yang terletak di pusat beli-belah IOI adalah tempat sesuai untuk anda memenuhi semua keinginan makan barbeku tanpa had. Restoran ini terkenal bagi hidangan barbeku yang diperap dengan resipi khas daripada chefnya yang berasal dari Korea.

klfoodie 1
Sumber : Klfoodie

Premium halal beef platter, korean smoked duck, sweet ribeye, lamb leg dan beef brisket adalah antara makanan kegemaran para pelangganya.

Cheongdam Fb
Sumber : Facebook Cheongdam-Jaya

Terdapat juga pelbagai pilihan makanan yang boleh anda cuba termasuk kimchi jjigae, seoul bulgogi, fried kimchi mandu dan sebagainya. Pastikan anda membawa keluarga besar anda untuk menikmati barbeku tanpa had.

Gangnam Station Restaurant Fb 1
Sumber : Facebook Gangnam Station Restaurant

5. Restoran Gangnam Station

Penduduk sekitar kawasan Shah Alam, Restoran Gangnam Station adalah port makanan Korea yang wajib anda kunjungi. Terdapat lebih 30 jenis sajian di restoran ini dan antara makanan yang mendapat sambutan pelanggan adalah bulgogi iaitu daging yang diperap bersama hirisan halia dan kicap.

Gangnam Station Restaurant Fb
Sumber : Facebook Gangnam Station Restaurant

Daging yang enak dan lembut serta tidak pedas ini menjadi makanan kegemaran seisi keluarga yang mengunjungi restoran ini. Anda juga boleh mencuba makanan terlaris lain seperti sup tauhu sunbudu jigae, soup kimchi jigae, bakji bukom dan steamboat kimchi.

Gangnam Station Restaurant Fb 2
Sumber : Facebook Gangnam Station Restaurant

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Ketahui Cara Betul Menambah Bendalir Brek

Bendalir brek perlu disenggara secara berlaku agar dapat berfungsi dengan baik. Bendalir brek yang digunakan terlalu lama tanpa ditukar boleh menjejaskan prestasi membrek optimum...

5 Punca ‘Headlight’ Semakin Malap

Lampu puncak atau lebih dikenali sebagai ‘headlight’ adalah lampu hadapan yang digunakan untuk menyuluh jalan dan boleh diubah suai alur cahayanya. Jika lampu puncak...

Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri SPANCO 2023

13 MEI 2023 – SPANCO telah mengadakan majlis Rumah Terbuka bersempena Hari Raya Aidilfitri 2023, yang bertempat di Pusat Servis Wilayah SPANCO Bangi. Majlis...

Hargai Jantung Anda, Amalkan Cara Hidup Sihat

Tahukah anda terdapat pertambahan kes di mana golongan muda diserang penyakit jantung? Semakin banyak kes penyakit jantung dilaporkan termasuk di kalangan remaja sejak kebelakangan...

Lawatan Kunjung Hormat Delegasi Perodua Ke SPANCO

12 MEI 2023 – SPANCO telah menerima lawatan kunjung hormat dari delegasi syarikat Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) bertempat di Pusat Servis Wilayah...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!