Kenali 6 Pantang Larang Tahun Baharu Cina

Perayaan Tahun Baharu Cina disambut secara besar-besaran oleh masyarakat Cina di Malaysia bagi menandakan kedatangan tahun baharu menurut kalendar lunar. Terdapat banyak tradisi yang perlu diikuti sepanjang perayaan ini seperti tarian singa, makan besar, memakai baju baru, memberi limau mandarin dan sebagainya lagi bagi memeriahkan sambutan tahun baharu ini.

Selain itu, terdapat juga pantang larang tertentu yang wajib diikuti oleh setiap keluarga bagi kekayaan dan kesejahteraan keluarga. Dengan ini, kenali beberapa pantang larang Tahun Baharu Cina seperti berikut:

1. Mencuci Rambut dan Memotong Kuku

Dilarang mencuci rambut dan memotong kuku pada hari pertama perayaan Tahun Baharu Cina Kerana ia dianggap sebagai tidak bernasib baik dan dipercayai menghilangkan tuah. Mencuci rambut juga dipercayai sebagai mencuci keberuntungannya. Oleh itu, ia digalakkan untuk mencuci rambut dan memotong kuku sebelum menyambut perayaan.

2. Menyapu Rumah

Salah satu tradisi pantang larang yang wajib diamalkan oleh setiap keluarga adalah tidak menyapu rumah ketika musim perayaan terutamanya pada hari pertama. Hal ini kerana menyapu atau membersihkan rumah dianggap tidak bernasib baik. Tindakan ini juga dipercayai akan menghanyutkan tuah dan nasibnya. Sekiranya ingin membersihkan rumah, ia digalakkan untuk lakukan pada hari sebelum bermula perayaannya.

3. Makan Bubur

Makan bubur pada Tahun Baharu Cina perlu dielakkan kerana mempunyai kepercayaan bahawa boleh menyebabkan kemiskinan pada tahun yang akan datang. Oleh itu, makanan ini tidak dimakan pada musim perayaan bagi melindungi kekayaan keluarga.

4. Makan Ubat

Masyarakat Cina juga tidak makan ubat atau jamu pada hari pertama perayaan kerana dipercayai akan jatuh sakit selama setahun. Selain itu, selepas Tahun Baharu Cina, sesiapa yang sakit akan pecahkan periuk ubat agar tiada penyakit mendatang pada tahun berikutnya.

5. Mencuci Pakaian

Selain pantang larang mencuci rambut, baju juga tidak boleh dibasuh pada hari pertama dan kedua raya kerana ia dianggap sebagai permulaan yang tidak baik. Ia juga dikatakan menyinggung perasaan Dewi Air (Shuishen) mereka kerana dua hari pertama perayaan merupakan ulang tahun kelahirannya.

pexels-rodnae-productions-6691856

6. Memakai Baju Hitam atau Putih

Antara pantang larang lain yang diamalkan adalah tidak memakai warna hitam atau putih. Kedua-dua warna baju tersebut dilarang kerana ia merupakan warna berkabung dan dianggap tidak baik untuk dipakai pada perayaan kegembiraan seperti Tahun Baharu Cina.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Program Audit Pemeriksaan Kenderaan, Naziran Serta Taklimat Pengurusan Kenderaan Konsesi SPANCO

21 November 2023 – Program Audit Pemeriksaan Kenderaan, Naziran serta Taklimat Pengurusan Kenderaan Konsesi SPANCO 2023 anjuran Kementerian Kewangan kali ini telah diadakan di...

Jemputan Taklimat Kenderaan dan Motosikal Electric Vehicle (EV)

16 November 2023 – Pihak SPANCO telah menerima jemputan daripada Mesyuarat Pegawai Pengangkutan (PT) dan Ketua Cawangan (KC) Bahagian Pengangkutan, Jabatan Logistik dan Teknologi...

Tanda Kerosakan Pengesan Laju Kenderaan

Pengesan laju yang juga dikenali sebagai ‘speed sensor’ adalah satu komponen dalam kenderaan yang digunakan untuk mengesan kelajuan kereta. Ia juga memainkan peranan penting...

Keindahan Hujan: 6 Aktiviti Menarik Untuk Dilakukan

Musim hujan membawa keindahan dan keceriaan tersendiri, terutama di Malaysia yang diberkati dengan cuaca hujan sepanjang tahun. Walaupun rancangan kita terganggu akibat hujan berterusan,...

Majlis Penyerahan Kereta Proton X70 Kepada Jabatan Pendaftaran Negara

02 November 2023 – Baru-baru ini, satu majlis penyerahan kereta model Proton X70 1.5 STD telah diadakan diantara pihak SPANCO dan Jabatan Pendaftaran Negara...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!