Aktiviti Sensori Menarik Bagi Perkembangan Minda Kanak-Kanak

Aktiviti sensori bagi kanak-kanak sangat penting untuk perkembangan minda mereka. Ibu bapa boleh membantu anak-anak anda dengan memulakan perkembangan otaknya dengan aktiviti dan permainan yang menyeronokkan. Disenaraikan antara aktiviti yang boleh dilakukan bersama anak anda seperti berikut:

lubomirkin-XKpPsuuGE_Q-unsplash

1. Aktiviti Sensori Air

Aktiviti sensori air membolehkan kanak-kanak bereksperimen dalam persekitaran yang selamat dengan konsep asas seperti isipadu. Ibu bapa boleh mengajar anak anda dengan melakukan aktiviti objek terapung dan tengelam menggunakan mainan. Menerusi aktiviti ini, anda mengajarkan konsep saintifik daya apung dan kepadatan pada mereka.

pichara-bann-6TV5x9ADHvI-unsplash

2. Aktiviti Mengaut

Aktiviti mencedok, menggali, menuang dan menapis mengajar kanak-kanak cara kerja, di samping membina otot dan koordinasi mereka dengan menggunakan kedua-dua tangan. Permainan ini meningkatkan koordinasi antara tangan serta mata dan kemahiran lain seperti menggenggam dan memegang. Ibu bapa boleh membeli barang permainan sesuai dan melakukan aktiviti menggali bersama mereka.

sigmund-OV44gxH71DU-unsplash

3. Aktiviti Mewarna dan Melukis

Aktiviti mewarna dan melukis membantu kanak-kanak meningkatkan kemahiran motor halus dengan melatih otak untuk berfokus. Ia juga membantu dalam perkembangan minda kanak-kanak untuk lebih berkeyakinan dan berada di persekitaran positif. Ibu bapa boleh menyediakan warna dan kertas lukisan bagi mereka berkarya dengan bebas sambil memerhatinya.

dari-lli-SWOMualft48-unsplash

4. Membakar Biskut

Aktiviti membakar kek atau biskut memberi anak anda banyak peluang untuk mengembangkan dan menggunakan kedua-dua tangan bersama dengan cara yang diselaraskan. Membangunkan kemahiran koordinasi dua hala yang baik boleh membantu kanak-kanak menguasai kemahiran mengikat tali kasut, memotong dengan gunting dan lain-lain.

pexels-ksenia-chernaya-8535193

5. Aktiviti Menyusun Blok

Aktiviti menyusun seperti aktiviti blok adalah antara permainan yang popular untuk menguji kreativiti kanak-kanak. Permainan menyusun ini dapat mewujudkan suasana pembelajaran konsep dasar seperti mengenal bentuk, warna, jumlah, jarak atau ruang. Imaginasi dan kreativiti anak juga akan berkembang melalui cara membuat bangunan, mengombinasi warna dan lain-lain.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Tanda Alternator Belt Perlu Diganti Segera

Alternator adalah penjana kuasa yang memastikan bateri kenderaan dicas dan berfungsi menghidupkan komponen elektrik utama kenderaan. Tanpa komponen ini, bateri kenderaan akan cepat habis...

5 Cara Mengelakkan Kemalangan Jalan Raya

Kemalangan jalan raya kian meningkat dan terdapat peningkatan angka kematian berbanding tahun-tahun sebelumnya. Kesedaran keselamatan dikalangan pengguna jalan raya amat penting bagi membantu mengurangkan...

Amalan Makanan Sahur Sihat

Sahur merupakan santapan pertama di awal pagi sebagai bekalan untuk memastikan badan kita kekal bertenaga sepanjang hari sewaktu berpuasa. Oleh yang demikian, pemilihan makanan...

Tips Hindari Dehidrasi Ketika Cuaca Panas di Bulan Puasa

Tubuh badan kita mengandungi sebanyak 70 peratus air dan mudah mengalami masalah dehidrasi sekiranya kandungan air tidak mencukupi. Perkara ini biasa berlaku terutamanya ketika...

Punca Kenderaan Bergegar Apabila Membrek

Kenderaan bergegar apabila membrek bukan sahaja boleh mengganggu fokus pemanduan, malah menimbulkan keresahan dan kebimbangan mengenai tahap keselamatan kenderaan yang sedang dipandu. Antara punca-punca...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!