Risiko Pemanduan Laju

Pemanduan laju merupakan punca utama berlakunya kemalangan jalan raya yang meragut nyawa, kehilangan anggota badan, kerosakan harta benda dan kerugian jutaan ringgit ditanggung oleh mangsa, keluarga serta kerajaan. Memandu laju adalah tindakan membahayakan bukan sahaja bagi pemandu kenderaan malah penumpang dan pengguna jalan raya lain yang tidak bersalah juga akan terkesan. Ia merupakan satu tabiat yang memerlukan kesedaran pengguna kenderaan bagi melindungi nyawa diri dan orang sekeliling.

Kesan Pemanduan Laju

Memandu melebihi had laju yang ditetapkan oleh pihak penguasa adalah satu kesalahan yang boleh didenda. Antara kesan pemanduan laju adalah:

• Potensi yang lebih besar untuk kehilangan kawalan kenderaan.
• Mengurangkan keberkesanan peralatan keselamatan dalam kenderaan.
• Peningkatan jarak berhenti apabila membrek.
• Peningkatan tahap kemalangan berbahaya yang membawa kepada kecederaan yang lebih teruk.
• Peningkatan penggunaan bahan api.

driving 2

Faktor Menyumbang Pada Pemanduan Laju

Memandu laju adalah sejenis tingkah laku pemanduan yang agresif. Beberapa faktor telah menyumbang kepada peningkatan kelajuan dalam pemanduan adalah:

1. Lampu Isyarat

Ramai pemandu kenderaan sentiasa melanggar lampu isyarat terutamanya apabila ia berwarna kuning untuk mengelakkan menunggu gilirannya. Lampu isyarat kuning adalah tanda memperlahankan kenderaan tetapi psikologi sesetengah pemandu adalah untuk melanggarnya.

Hal ini yang mendorong kepada pemanduan laju hingga berlaku kemalangan. Bagi mengelakkannya, pemandu kenderaan dinasihatkan untuk mematuhi lampu isyarat demi menjaga keselamatan diri dan orang lain. Pastikan anda bersedia untuk berhenti apabila lampu isyarat berwarna kuning dan berhenti pada lampu merah.

2. Kelewatan

Trafik sesak pada waktu puncak iaitu sebelah pagi dan petang juga menjadi faktor pemanduan laju untuk sampai ke destinasi pada watu yang tepat. Disebabkan pemandu ingin kejar masa, mereka boleh bertindak untuk memandu laju tanpa menghiraukan pengguna jalan raya lain. Bagi mengelakkan situasi tidak terduga berlaku, anda dinasihatkan untuk sentiasa keluar awal untuk mengelakkan diri terperangkap dalam trafik dan sampai ke destinasi tepat pada masa.

3. Jalan Raya Kosong

Sekiranya jalan raya kosong tanpa banyak kenderaan, pemandu juga akan memandu laju kerana tiada halangan kesesakan jalan. Hal ini menyebabkan mereka memandu tanpa berfikiran rasional di mana ada kemungkinan kenderaan lalu di persimpangan jalan. Hal ini akan menyebabkan mereka sukar untuk mengawal kenderaan apabila kenderaan lain muncul hingga berlaku kemalangan. Pastikan anda sentiasa mematuhi had laju yang ditetapkan agar memandu secara selamat.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Program Audit Pemeriksaan Kenderaan, Naziran Serta Taklimat Pengurusan Kenderaan Konsesi SPANCO

21 November 2023 – Program Audit Pemeriksaan Kenderaan, Naziran serta Taklimat Pengurusan Kenderaan Konsesi SPANCO 2023 anjuran Kementerian Kewangan kali ini telah diadakan di...

Jemputan Taklimat Kenderaan dan Motosikal Electric Vehicle (EV)

16 November 2023 – Pihak SPANCO telah menerima jemputan daripada Mesyuarat Pegawai Pengangkutan (PT) dan Ketua Cawangan (KC) Bahagian Pengangkutan, Jabatan Logistik dan Teknologi...

Tanda Kerosakan Pengesan Laju Kenderaan

Pengesan laju yang juga dikenali sebagai ‘speed sensor’ adalah satu komponen dalam kenderaan yang digunakan untuk mengesan kelajuan kereta. Ia juga memainkan peranan penting...

Keindahan Hujan: 6 Aktiviti Menarik Untuk Dilakukan

Musim hujan membawa keindahan dan keceriaan tersendiri, terutama di Malaysia yang diberkati dengan cuaca hujan sepanjang tahun. Walaupun rancangan kita terganggu akibat hujan berterusan,...

Majlis Penyerahan Kereta Proton X70 Kepada Jabatan Pendaftaran Negara

02 November 2023 – Baru-baru ini, satu majlis penyerahan kereta model Proton X70 1.5 STD telah diadakan diantara pihak SPANCO dan Jabatan Pendaftaran Negara...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!