Punca Kereta Rasa Berat Ketika Memandu

Sekiranya anda terasa kereta berat ketika memandu adalah satu tanda pemeriksaan segera perlu dilakukan pada kenderaan anda. Ia boleh berlaku disebabkan beberapa masalah pada komponen kereta. Dengan ini, disenaraikan antara punca kereta rasa berat semasa dipandu seperti berikut:

1. Palam Pencucuh Rosak

Palam pencucuh atau lebih dikenali sebagai ‘spark plug’ yang rosak boleh menyebabkan enjin agak susah untuk dihidupkan kerana percikan api tidak dapat dihasilkan dengan sempurna. Hal ini juga menjadi punca kereta anda terasa berat ketika memandu. Lakukan pemeriksaan segera dan gantikan palam pencucuh baharu jika ia mengalami masalah.

2. Penapis Minyak Tersumbat

Penapis bahan api berfungsi untuk memerangkap habuk, kotoran, zarah udara dan lain-lain partikel yang menjejaskan prestasi enjin. Penapis minyak yang tersumbat boleh mengehadkan aliran bahan api dan menyebabkan enjin tidak berfungsi dengan betul. Hal ini akan menyebabkan enjin tidak dapat dihidupkan atau mengalami kesukaran ketika anda cuba memecut. Oleh itu, pastikan anda mengganti penapis minyak secara berkala agar ia berfungsi dengan optimum.

3. Pam Bahan Api Bermasalah

Pam bahan api berfungsi untuk mengepam bahan api yang mencukupi dari tangki minyak ke silinder enjin pada tekanan yang tetap serta memastikan enjin kereta dapat beroperasi dan berfungsi dengan baik. Sekiranya pam bahan api bermasalah, ia akan mengganggu aliran bahan api yang mencukupi ke silinder enjin lalu menyebabkan kenderaan terasa berat.

Jika anda mengalami kesukaran untuk memandu oada kelajuan tinggi, menghadapi masalah untuk menghidupkan enjin atau mendapat perbatuan gas yang rendah, anda mungkin menghadapi masalah dengan pam bahan api anda. Oleh itu, lakukan pemeriksaan berkala di pusat servis atau dapatkan bantuan pakar untuk pembaikan lanjut.

4. Penapis Udara Kotor

Penapis udara kotor boleh menyebabkan kereta anda terasa berat. Pengumpulan kotoran akan menghalang aliran udara dan menghalang pembakaran bahan api. Hal ini akan meningkatkan penggunaan bahan api yang membuatkan enjin menanggung beban yang tinggi hingga menyebabkan kenderaan anda berat semasa memandu.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Tanda Alternator Belt Perlu Diganti Segera

Alternator adalah penjana kuasa yang memastikan bateri kenderaan dicas dan berfungsi menghidupkan komponen elektrik utama kenderaan. Tanpa komponen ini, bateri kenderaan akan cepat habis...

5 Cara Mengelakkan Kemalangan Jalan Raya

Kemalangan jalan raya kian meningkat dan terdapat peningkatan angka kematian berbanding tahun-tahun sebelumnya. Kesedaran keselamatan dikalangan pengguna jalan raya amat penting bagi membantu mengurangkan...

Amalan Makanan Sahur Sihat

Sahur merupakan santapan pertama di awal pagi sebagai bekalan untuk memastikan badan kita kekal bertenaga sepanjang hari sewaktu berpuasa. Oleh yang demikian, pemilihan makanan...

Tips Hindari Dehidrasi Ketika Cuaca Panas di Bulan Puasa

Tubuh badan kita mengandungi sebanyak 70 peratus air dan mudah mengalami masalah dehidrasi sekiranya kandungan air tidak mencukupi. Perkara ini biasa berlaku terutamanya ketika...

Punca Kenderaan Bergegar Apabila Membrek

Kenderaan bergegar apabila membrek bukan sahaja boleh mengganggu fokus pemanduan, malah menimbulkan keresahan dan kebimbangan mengenai tahap keselamatan kenderaan yang sedang dipandu. Antara punca-punca...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!