Punca Bateri Kereta Menghasilkan Asid Kering

Bateri kereta memainkan peranan penting dengan membekalkan arus elektrik untuk menghidupkan enjin. Pengabaian penjagaan bateri kereta boleh menyebabkan bearlakunya kerosakan dengan cepat serta mengurangkan jangka hayatny. Salah satu sebab jangka hayat bateri kurang adalah kerana pengumpulan asid kering pada terminal bateri. Ketahui antara punca bateri kereta mengalami proses hakisan seperti berikut:

1. Bateri Kehilangan Elektrolit

Bateri asid plumbum yang rosak boleh menyebabkan ia mudah kehilangan elektrolit. Apabila ia berlaku, elektrolit mungkin terkumpul pada terminal bateri dan menyebabkan hakisan.

2. Air Bateri Kereta Yang Terlalu Penuh

Sesetengah bateri asid plumbum memerlukan penambahan air bateri secara kerap atau apabila diperlukan. Jika air bateri terlalu penuh, ia boleh menyebabkan penguraian air dalam elektrolit hingga melimpah ke terminal logam dan menghasilkan asid kering. Oleh itu, air bateri hendaklah ditambah kepada takat maksimum dan tidak melebihi takat tersebut kerana boleh menjejaskan jangka hayat bateri.

3. Bateri Terlebih Cas

Cas bateri kereta yang berlebihan akan meningkatkan suhu dan menyebabkan penghasilan gas yang berlebihan. Akibat cas yang terlalu tinggi, arus berlebihan akan mengalir ke dalam bateri setelah ia mencapai cas penuh. Hal ini akan menyebabkan penguraian air dalam elektrolit dan mengurangkan jangka hayat bateri.

Selain itu, isipadu elektrolit akan mengembang malah boleh menyebabkan pengaliran gas berasid. Wap atau cecair asid sulfurik yang bocor boleh menyebabkan kakisan pada terminal bateri. Oleh itu, pastikan anda tidak terlebih cas bateri kereta supaya ia berfungsi secara optimum.

4. Bateri Lama

Kakisan pada terminal bateri tidak dapat dielakkan apabila bateri telah lama digunakan kerana ia akan hilang keupayaannya untuk menahan cas. Sekiranya bateri kereta anda telah digunakan hampir lima tahun maka sudah tiba masanya untuk menukar yang baharu sebelum terlewat.

Walaupun hakisan bateri tidak dapat dielakkan dalam jangka masa panjang, terdapat cara untuk memperlahankan perkembangannya dan memanjangkan jangka hayat bateri dengan penjagaan yang betul.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Tanda Alternator Belt Perlu Diganti Segera

Alternator adalah penjana kuasa yang memastikan bateri kenderaan dicas dan berfungsi menghidupkan komponen elektrik utama kenderaan. Tanpa komponen ini, bateri kenderaan akan cepat habis...

5 Cara Mengelakkan Kemalangan Jalan Raya

Kemalangan jalan raya kian meningkat dan terdapat peningkatan angka kematian berbanding tahun-tahun sebelumnya. Kesedaran keselamatan dikalangan pengguna jalan raya amat penting bagi membantu mengurangkan...

Amalan Makanan Sahur Sihat

Sahur merupakan santapan pertama di awal pagi sebagai bekalan untuk memastikan badan kita kekal bertenaga sepanjang hari sewaktu berpuasa. Oleh yang demikian, pemilihan makanan...

Tips Hindari Dehidrasi Ketika Cuaca Panas di Bulan Puasa

Tubuh badan kita mengandungi sebanyak 70 peratus air dan mudah mengalami masalah dehidrasi sekiranya kandungan air tidak mencukupi. Perkara ini biasa berlaku terutamanya ketika...

Punca Kenderaan Bergegar Apabila Membrek

Kenderaan bergegar apabila membrek bukan sahaja boleh mengganggu fokus pemanduan, malah menimbulkan keresahan dan kebimbangan mengenai tahap keselamatan kenderaan yang sedang dipandu. Antara punca-punca...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!