Azam Kesihatan Untuk Tahun 2023

Setiap tahun baharu mesti ramai mempunyai beberapa azam yang ingin dicapai sebelum hujung tahun. Selain azam mengembara, bekerja dan belajar, azam menjaga kesihatan juga perlu dititikberatkan untuk kehidupan yang lebih baik. Berikut disenaraikan beberapa azam kesihatan yang boleh anda ikuti:

anna-pelzer-IGfIGP5ONV0-unsplash

1. Makan Makanan Berkhasiat

Mengamalkan makan makanan berkhasiat sangat penting untuk menjaga kesihatan diri. Berikan perhatian terhadap apa yang anda makan dan cara makan kerana ia memberi impak kepada kesihatan anda. Pastikan anda lebihkan makanan berasaskan sayur-sayuran, buah-buah, makanan tinggi serat dan kurang kalori. Makanan yang mengandungi serat membuatkan anda berasa kenyang dan membantu menurunkan berat badan.

victor-freitas-WvDYdXDzkhs-unsplash

2. Bersenam

Dalam usaha mencapai kesihatan yang lebih baik pada tahun ini, anda perlu lebih banyak bergerak dan bersenam. Senaman fizikal dan aktiviti kecergasan memberi manfaat kesihatan baik dari segi fizikal dan juga mental.

Terdapat pelbagai aktiviti kecergasan yang boleh dilakukan seperti jogging, berjalan, menggunakan tangga, mendaki, skipping dan sebagainya yang sesuai dengan diri anda. Marilah rajinkan diri dan sahut cabaran untuk bersenam lebih pada tahun ini bagi mengekalkan berat badan ideal dan mengurangkan risiko penyakit.

pexels-andrea-piacquadio-3771069

3. Dapatkan Tidur yang Mencukupi

Kekurangan tidur yang mencukupi boleh mewujudkan kesan sampingan dan boleh meningkatkan risiko masalah kesihatan jangka panjang. Individu yang kurang tidur atau terlebih tidur berisiko tinggi untuk menghidap hiperlipidemia, di mana keadaan kolesterol di dalam darah berada pada tahap tinggi. Hal ini boleh menjadi punca berlaku serangan jantung atau strok pada usia muda. Oleh itu, pastikan anda mendapatkan tidur yang mencukupi iaitu sekurang-kurangnya 8 jam sehari.

health
Sumber : myhealthcard.com.my

4. Melakukan Saringan Kesihatan

Ramai yang mengabaikan penjagaan kesihatan dan leka untuk melakukan saringan kesihatan. Ia adalah penting untuk melakukan pemeriksaan saringan kesihatan secara kerap dan berkala untuk mengesan penyakit atau risiko kesihatan diperingkat awal. Lakukan saringan kesihatan di klinik atau hospital berdekatan demi menjaga kesihatan diri.

pexels-sora-shimazaki-5938258

5. Jaga Kebersihan Diri

Menjaga kebersihan diri penting untuk kesihatan fizikal dan mental terjamin. Selain itu, ia juga membantu mengelakkan penyakit terutamanya penyakit berjangkit seperti COVID-19 yang sedang melanda dunia ketika ini. Pastikan anda mengunakan sabun ketika mencuci tangan, memberus gigi, mandi, mengetip kuku dan sebagainya demi kesihatan anda.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Lawatan Pemeriksaan Kenderaan & PSD SPANCO Anjuran Kementerian Kewangan 2023

Pada 29 dan 30 MEI 2023 lepas, SPANCO telah menyertai lawatan pemeriksaan kenderaan konsesi anjuran Kementerian Kewangan di dua buah Pusat Servis Diiktiraf (PSD)...

5 Jenis Bendalir Penting Dalam Kenderaan

Bendalir digunakan dalam kenderaan memainkan peranan utama dengan memastikan komponen dalaman kenderaan berfungsi dengan baik. Tanpa bendalir seperti minyak enjin dan brek, pemanduan kenderaan...

Cara Kenali ‘Starter’ Kereta Mengalami Kerosakan

Penghidup elektrik atau lebih dikenali sebagai ‘starter’ adalah antara komponen utama dalam kenderaan yang berfungsi untuk memberikan putaran pada enjin dan menggerakkan piston. ‘Starter’...

Lesen Memandu Kini Boleh Diperbaharui Untuk Tempoh 10 Tahun

Kementerian Pengangkutan (MOT) telah memperkenalkan inisiatif pembaharuan Lesen Memandu Malaysia (LMM) untuk tempoh 10 tahun dengan kadar bayaran istimewa. Rakyat Malaysia boleh memperbaharui lesen...

Ketahui Cara Betul Menambah Bendalir Brek

Bendalir brek perlu disenggara secara berlaku agar dapat berfungsi dengan baik. Bendalir brek yang digunakan terlalu lama tanpa ditukar boleh menjejaskan prestasi membrek optimum...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!