Krim Paf Wajib Cuba Di Lembah Klang

Choux pastry’ atau lebih dikenali sebagai krim paf adalah sejenis pencuci mulut kegemaran ramai sejak kebelakangan ini. Keenakan krim paf yang tidak terhingga telah menyebabkan ramai menjual pastri ini bagi memenuhi permintaan pelanggan dengan inovasinya. Bagi peminat krim paf, disenaraikan beberapa lokasi di Lembah Klang yang boleh anda cuba pencuci mulut lazat ini:

Facebook The Ordinary Baker 1
Sumber : Facebook The Ordinary Baker

1. The Ordinary Baker

The Ordinary Baker yang terletak di Setia Alam sangat terkenal bagi keenakkan krim paf. Pelanggan setia mereka sentiasa melakukan tempahan awal melalui laman web kerana ia sentiasa habis terjual awal. Menawarkan hampir 14 perisa krim paf yang sedap dengan dikategorikan kepada dua jenis iaitu klasik dan premium.

Facebook The Ordinary Baker 2
Sumber : Facebook The Ordinary Baker

Antara perisa yang ditawarkan dalam katergori klasik adalah vanilla, coklat, strawberi, salted caramel, thai milk tea, pandan, keladi dan jagung. Manakala krim paf perisa premium adalah terdiri daripada oreo, blueberry, matcha green tea, tiramisu, durian dan biscoff. Terdapat juga pencuci mulut lain seperti kek, cookies dan madeleines yang boleh anda cuba jika kunjungi bakeri ini.

Misu Misu
Sumber : Facebook Misu Misu Patisserie

2. Misu Misu Patisserieas

Misu Misu Patisserieas yang terletak di Petaling Jaya wajib dikunjungi jika anda melalui kawasan ini. Terdapat perisa klasik mereka ialah vanila perancis, coklat gelap dan matcha. Isian paf coklat gelap pula diperbuat daripada 60% dark chocolate couverture yang menjadikan krim tersebut tidak terlalu manis dan mempunyai sedikit rasa pahit.

Misu Misu Patisserie
Sumber : Facebook Misu Misu Patisserie

Misu Misu juga membuat krim paf berbentuk menara choux bagi menyambut hari isitimewa. Selain itu, mereka turut menghasilkan perisa istimewa seperti durian dan milo mengikut masa bagi memberi selera baharu kepada pelanggannya.

Perky
Sumber : Facebook Perky

3. Perky Pastry

Perky Pastry adalah penjual berasaskan platform dalam talian yang mempunyai banyak pelanggan setia kerana keenakkan krim paf dengan pelbagai perisa lazat. Perky Pastry bukan sahaja menyediakan krim paf asas malah mempunyai pyramid choux dan mini choux tower yang menjadi rebutan pelanggan terutamanya bagi menyambut hari istimewa.

Perky 1
Sumber : Facebook Perky

Selain itu, terdapat juga brownie, tart, pavlova, cookies dan tiramisu yang boleh anda nikmati.

bakehouse 1
Sumber : Facebook Universal Bakehouse

4. Universal Bakehouse

Penduduk di sekitar Petaling Jaya wajib mengunjungi Universal Bakehouse bagi menikmati krim paf yang lazat. Saiz krim paf kecil yang ranggup dan mempunyai isi padat menarik perhatian pelanggan dengan perisa uniknya iaitu perisa vanilla, earl grey dan raspberry.

Bakehouse
Sumber : Facebook Universal Bakehouse

Pelanggan juga boleh menikmati ‘sourdough bread’ yang menjadi menu signature dan lain-lain pastri bersama keluarga atau rakan jika kunjungi tempat ini. Pasti anda tidak akan rasa berkesal nanti!

Sugar And I 2
Sumber : Facebook Sugar And I

5. Sugar And I

Sugar And I yang terletak di Subang Jaya mendapat sambutan hanggat pelanggan bagi menu pencuci mulut yang sedap.

Sugar And I
Sumber : Facebook Sugar And I

Penyediaan krim paf Japanese menarik perhatian pelanggan kerana pastri yang gebu dipenuhi isi krim dua periza lazat iaitu creamy light vanilla bean custard dan chocolate custard. Anda juga boleh mencuba menu lain seperti kek, bomboloni, cinnamon roll, brownie, bombo croutons, tart dan variasi minuman.

Sugar And I 1
Sumber : Facebook Sugar And I

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Program Audit Pemeriksaan Kenderaan, Naziran Serta Taklimat Pengurusan Kenderaan Konsesi SPANCO

21 November 2023 – Program Audit Pemeriksaan Kenderaan, Naziran serta Taklimat Pengurusan Kenderaan Konsesi SPANCO 2023 anjuran Kementerian Kewangan kali ini telah diadakan di...

Jemputan Taklimat Kenderaan dan Motosikal Electric Vehicle (EV)

16 November 2023 – Pihak SPANCO telah menerima jemputan daripada Mesyuarat Pegawai Pengangkutan (PT) dan Ketua Cawangan (KC) Bahagian Pengangkutan, Jabatan Logistik dan Teknologi...

Tanda Kerosakan Pengesan Laju Kenderaan

Pengesan laju yang juga dikenali sebagai ‘speed sensor’ adalah satu komponen dalam kenderaan yang digunakan untuk mengesan kelajuan kereta. Ia juga memainkan peranan penting...

Keindahan Hujan: 6 Aktiviti Menarik Untuk Dilakukan

Musim hujan membawa keindahan dan keceriaan tersendiri, terutama di Malaysia yang diberkati dengan cuaca hujan sepanjang tahun. Walaupun rancangan kita terganggu akibat hujan berterusan,...

Majlis Penyerahan Kereta Proton X70 Kepada Jabatan Pendaftaran Negara

02 November 2023 – Baru-baru ini, satu majlis penyerahan kereta model Proton X70 1.5 STD telah diadakan diantara pihak SPANCO dan Jabatan Pendaftaran Negara...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!