6 Jenis Snek Sihat Ketika Memandu Kenderaan

Snek tidak sihat sering menjadi pilihan kegemaran ramai berbanding makanan sihat ketika memandu kenderaan terutamanya apabila melakukan perjalanan jauh. Ramai gemar makan snek untuk menghilangkan kebosanan atau menghilangkan rasa mengantuk semasa memandu. Namun tahukah anda snek jenis ini boleh menjejaskan kesihatan diri? Bagi membantu anda, disenaraikan beberapa snek sihat yang boleh anda nikmati semasa memandu seperti berikut:

towfiqu-barbhuiya-Y-VDI9vQS3M-unsplash

1. Bar Granola

Bar granola adalah makanan berkhasiat yang lazat dan boleh dimakan pada bila-bila masa termasuk semasa memandu. Makanan ini biasanya terdiri daripada kandungan bijiran, campuran buah-buahan kering, kekacang dan susu yang boleh menjadi sumber tenaga yang baik.

pavel-kalenik-Ql_SWytd1C4-unsplash

2. Kekacang

Kekacang adalah makanan yang mempunyai kandungan sumber protein yang tinggi serta memastikan sistem penghadaman berfungsi dengan baik. Selain itu, kekacang juga membekalkan tenaga yang cukup supaya anda kekal aktif. Ia merupakan antara snek yang mudah untuk disediakan dan boleh makan bersama oats, sayur-sayuran atau buah-buahan. Walnut, badam, kacang tanah, gajus, pistachio dan lain-lain adalah anatra pilihan kekacang yang boleh anda makan semasa memandu.

pexels-jane-doan-1132047

3. Buah-Buahan

Ramai biasanya makan buah-buahan semasa makan tengah hari atau ketika sarapan. Buah-buahan juga boleh dimakan sebagai snek kerana ia kaya dengan pelbagai vitamin dan mineral yang baik untuk tubuh. Epal, anggur, oren, strawberi, pisang, betik dan lain-lain adalah antara pilihan buah-buahan yang mudah dibawa untuk perjalanan jauh. Buah-buahan kering tanpa gula tambahan juga sesuai dijadikan snek untuk memandu.

pexels-jane-doan-824635

4. Telur Rebus

Telur rebus adalah pilihan makanan sesuai untuk memberi tenaga kepada anda ketika melakukan perjalanan jauh. Telur mempunyai kandungan lemak sihat, protein, vitamin B12, kolin dan antioksidan yang menjadikannya pilihan snek yang sangat berkhasiat. Anda boleh makan telur rebus sebagai salad bersama sayur-sayuran atau makan bersama sos kegemaran anda.

pexels-amnah-mohammad-5620417

5. Yogurt

Yogurt adalah makanan yang kaya dengan kandungan kalsium dan probiotik atau bakteria yang membantu meningkatkan sistem pencernaan. Ia biasanya dimakan sebagai pembuka selera bersama sayur-sayuran, kekacang atau buah-buahan. Yogurt juga kaya dengan serat dan protein yang memudahkan penghadaman, meningkatkan tenaga serta mengelakkan rasa lapar. Snek berkhasiat ini boleh dimakan dengan cepat dan mudah semasa memandu.

pexels-erin-wang-1647163

6. Sandwich

Sandwich ialah makanan berkhasiat yang paling mudah untuk disediakan dan boleh dibawa ke mana-mana sahaja. Anda boleh buat sandwich dengan telur, tuna atau ayam beserta sayur-sayuran dan sos cili untuk meningkatkan selera makan. Makanan ini juga boleh menghilangkan kelaparan anda serta membekalkan nutrisi yang diperlukan untuk badan. Sediakanlah bekal sandwich sekiranya anda ingin melakukan perjalanan jauh yang pasti enak dan berkhasiat.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Punca Kenderaan Bergegar Apabila Membrek

Kenderaan bergegar apabila membrek bukan sahaja boleh mengganggu fokus pemanduan, malah menimbulkan keresahan dan kebimbangan mengenai tahap keselamatan kenderaan yang sedang dipandu. Antara punca-punca...

Kenali Jenis-Jenis Bendalir Stereng Kuasa

Bendalir stereng kuasa berfungsi untuk melincirkan pergerakan pemutaran stereng dan memudahkan pemanduan. Ia memastikan komponen dalaman sistem stereng dilincirkan dan memastikan hos, omboh, injap...

4 Tempat Tart Telur Terkenal di Lembah Klang

Tart telur adalah antara snek yang lazat dimakan pada bila-bila masa termasuk pada waktu lewat malam sebagai pengalas perut. Terdapat banyak jenis tart telur...

Kesedaran Penjagaan Kesihatan Buah Pinggang

Buah pinggang adalah antara organ penting di dalam badan yang menyingkirkan sisa buangan dan toksin. Oleh yang demikian, sekiranya seseorang gagal menjaga buah pinggang...

Punca Meter Kelajuan Tidak Berfungsi

Meter kelajuan kenderaan memainkan peranan penting bagi menunjukkan had kelajuan kenderaan yang dipandu. Sekiranya ia tidak berfungsi dengan betul, pemandu kenderaan akan mengalami kesukaran...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!