Tip Kembara Secara Solo Pada Tahun Baharu

Tahun baharu mesti ramai mempunyai azam baharu untuk dicapai. Antara azam baharu yang ramai teringin untuk cuba sekali dalam hidup adalah kembara secara ‘solo’ ke sesebuah negara. Kembara seorang diri mempunyai banyak kebaikan dan juga cabaran tetapi ia pasti memberi pengalaman seumur hidup yang anda tidak akan lupa. Oleh itu, bagi sesiapa yang masih ingin melakukan kembara ‘solo’ ini, disenaraikan beberapa tips yang boleh membantu perancangan anda seperti berikut:

1. Buat Kajian

Lakukan kajian awal mengenai tempat penginapan, tempat pelancongan, keadaan negara yang ingin dikunjungi, pengetahuan am dan lain-lain berkenaan sebelum merancang percutian anda. Hal ini penting bagi menjamin keselamatan diri di negara yang tidak dikenali.

Selain itu, ketahui laluan paling selamat untuk diambil dan bentuk pengangkutan awam terbaik. Memahami lebih lanjut tentang kawasan yang anda ingin lawati boleh membantu anda memilih penginapan dengan penilaian keselamatan yang baik.

oxana-v-qoAIlAmLJBU-unsplash

2. Atur Jadual Anda

Selepas memilih tempat yang ingin dikunjungi, aturkan jadual percutian anda supaya tidak membazirkan masa. Jika anda berasa kurang selesa untuk keluar mengembara pada waktu malam, pastikan anda keluar lebih awal dan balik ke tempat penginapan dengan selamar. Selain itu, pastikan anda membawa makanan yang mengenyangkan untuk bekalan perjalanan anda dan elak keluar mengembara sehingga lewat malam.

3. Kongsi Pelan dengan Keluarga

Pastikan anda kongsi pelan harian dan keberadaan anda pada keluarga terdekat atau individu yang boleh dipercayai. Kongsi jadual perjalanan anda, maklumat tempahan hotel dan butiran sebarang aktiviti yang dirancang kepada ahli keluarga atau rakan karib.

Selain itu, sebelum sebarang rombongan solo, beritahu kakitangan hotel ke mana anda akan tuju dan bila anda menjangka untuk kembali. Hal ini penting untuk menjamin keselamatan anda semasa melakukan pelancongan solo untuk mengelakkan sesuatu yang tidak diingini berlaku.

freestocks-Sm0WHQnZmlw-unsplash

4. Peka dengan Keadaan Sekeliling

Sentiasa peka dengan keadaan sekeliling semasa anda sibuk melancong di sesuatu tempat. Perhatikan sama ada terdapat pergerakan yang diragu-ragu atau individu tidak dikenali memerhatikan aktiviti anda. Segera berada di kawasan orang ramai dan pulang ke tempat penginapan sebelum lewat malam. Sekiranya anda rasa terdapat sesuatu yang pelik, pastikan ambil gambar sebagai bukti demi keselamatan diri.

5. Lindungi Barang Berharga

Bawa barang yang berguna sahaja apabila anda keluar melancong seperti telefon, kad kredit, wang tunai, ID dan salinan pasport. Pastikan anda menyimpan barang berharga ini di tempat selamat dan mudah diakses oleh diri sendiri.

Selain itu, pastikan anda mempunyai salinan dokumen penting kerana ia boleh membantu anda apabila berlaku kecurian atau hilang. Simpan salinan dokumen di tempat yang selamat dan berasingan daripada tempat anda menyimpan pasport sebenar anda.

6. Cari Kawan Baru

Ramai mungkin kembara ‘solo’ seperti anda. Lakukan persahabatan baru bersama mereka dan berkongsi nombor supaya anda dapat berkenalan pada jangka masa panjang. Ia juga membantu membentuk perhubungan baharu di negara tidak dikenali serta membina jalinan persahabatan.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Ketahui Cara Betul Menambah Bendalir Brek

Bendalir brek perlu disenggara secara berlaku agar dapat berfungsi dengan baik. Bendalir brek yang digunakan terlalu lama tanpa ditukar boleh menjejaskan prestasi membrek optimum...

5 Punca ‘Headlight’ Semakin Malap

Lampu puncak atau lebih dikenali sebagai ‘headlight’ adalah lampu hadapan yang digunakan untuk menyuluh jalan dan boleh diubah suai alur cahayanya. Jika lampu puncak...

Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri SPANCO 2023

13 MEI 2023 – SPANCO telah mengadakan majlis Rumah Terbuka bersempena Hari Raya Aidilfitri 2023, yang bertempat di Pusat Servis Wilayah SPANCO Bangi. Majlis...

Hargai Jantung Anda, Amalkan Cara Hidup Sihat

Tahukah anda terdapat pertambahan kes di mana golongan muda diserang penyakit jantung? Semakin banyak kes penyakit jantung dilaporkan termasuk di kalangan remaja sejak kebelakangan...

Lawatan Kunjung Hormat Delegasi Perodua Ke SPANCO

12 MEI 2023 – SPANCO telah menerima lawatan kunjung hormat dari delegasi syarikat Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) bertempat di Pusat Servis Wilayah...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!