Tanda Penapis Minyak Perlu Diganti

Penapis minyak enjin berfungsi untuk membantu mengekalkan aliran minyak enjin yang berterusan ke seluruh komponen dalaman enjin yang bergerak sambil menapis segala kotoran, bendasing, minyak teroksidasi dan zarah logam. Pengabaian penjagaan komponen ini boleh menyebabkan berlaku kerosakan yang tidak diingini pada situasi tidak terduga. Oleh itu, disenaraikan beberapa tanda penapis minyak perlu diganti seperti berikut:

1. Ketidakcekapan Bahan Api

Penapis minyak yang tersumbat boleh menyebabkan ketidakcekapan bahan api. Hal ini kerana penapis yang sumbat dengan kekotoran boleh menghalang enjin daripada mendapatkan jumlah bahan api yang diperlukan. Enjin berprestasi rendah akan membakar lebih banyak bahan api kerana ia menghasilkan kuasa. Oleh itu, pastikan anda melakukan pemeriksaan segera sekiranya terdapat sebarang masalah.

2. Enjin Tidak Boleh Dihidupkan

Salah satu tanda mudah dikenalpasti bahawa penapis minyak perlu diganti adalah enjin kereta tidak boleh dihidupkan. Injektor bahan api berfungsi membekalkan minyak diperlukan enjin untuk hidup. Jika enjin kereta anda sukar dihidupkan kemungkinan besar injektor tersumbat dan juga penapis minyak kereta bermasalah.

3. Lampu Amaran Tekanan Minyak Enjin Menyala

Lampu amaran tekanan minyak enjin menyala secara kerap adalah tanda enjin kenderaan anda bermasalah dan memerlukan perhatian segera. Lampu amaran ini menyala disebabkan beberapa kerosakan seperti kebocoran minyak enjin, pam minyak enjin rosak atau penapis minyak tersumbat.

Lampu amaran ini menyala akibat penapis minyak tersumbat boleh menjejaskan prestasi enjin. Pastikan anda mengganti penapis minyak baharu bagi mengelakkan berlaku kerosakan enjin kereta.

4. Prestasi Enjin Merosot

Prestasi enjin merosot boleh disebabkan oleh banyak perkara dan penapis minyak tersumbat adalah salah satu daripadanya. Anda boleh mengenalpasti masalah ini apabila ingin memecut tetapi tiada sebarang kesan pergerakan kenderaan. Enjin tidak dapat meningkatkan kelajuan seperti biasa yang menjadi tanda penapis minyak tersumbat, karburetor atau masalah penyuntik bahan api. Oleh itu, lakukan pemeriksaan segera dan gantikan penapis minyak yang baharu di pusat servis bertauliah.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Tanda Alternator Belt Perlu Diganti Segera

Alternator adalah penjana kuasa yang memastikan bateri kenderaan dicas dan berfungsi menghidupkan komponen elektrik utama kenderaan. Tanpa komponen ini, bateri kenderaan akan cepat habis...

5 Cara Mengelakkan Kemalangan Jalan Raya

Kemalangan jalan raya kian meningkat dan terdapat peningkatan angka kematian berbanding tahun-tahun sebelumnya. Kesedaran keselamatan dikalangan pengguna jalan raya amat penting bagi membantu mengurangkan...

Amalan Makanan Sahur Sihat

Sahur merupakan santapan pertama di awal pagi sebagai bekalan untuk memastikan badan kita kekal bertenaga sepanjang hari sewaktu berpuasa. Oleh yang demikian, pemilihan makanan...

Tips Hindari Dehidrasi Ketika Cuaca Panas di Bulan Puasa

Tubuh badan kita mengandungi sebanyak 70 peratus air dan mudah mengalami masalah dehidrasi sekiranya kandungan air tidak mencukupi. Perkara ini biasa berlaku terutamanya ketika...

Punca Kenderaan Bergegar Apabila Membrek

Kenderaan bergegar apabila membrek bukan sahaja boleh mengganggu fokus pemanduan, malah menimbulkan keresahan dan kebimbangan mengenai tahap keselamatan kenderaan yang sedang dipandu. Antara punca-punca...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!