Punca Lampu Brek Ketiga Tidak Menyala

Lampu brek ketiga memainkan peranan penting untuk memberi amaran awal pada pemandu yang berada di belakang kereta anda bagi memperlahankan kenderaannya. Kerosakan lampu brek ini sering diambil mudah oleh pemilik kenderaan. Sikap tidak bertanggungjawab untuk membaikinya boleh mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan raya di belakang terutamanya pada waktu malam dan keadaan hujan lebat. Dengan ini, disenaraikan beberapa punca lampu brek ketiga mengalami kerosakan seperti berikut:

1. Kerosakan Mentol

Kerosakan mentol boleh mengakibatkan lampu brek ketiga tidak menyala. Mentol lampu brek tidak mempunyai jangka hayat panjang kerana ia mudah terbakar dan memerlukan penggantian.

Oleh itu, pastikan anda periksa mentol sama ada filamen dalaman putus atau tidak. Selain itu, periksa juga sambungan soket kemungkinan berkarat dan terdapat kotoran akibat penggunaan yang lama. Tukarkan mentol baharu sekiranya ia rosak supaya lampu brek dapat menyala dengan baik.

2. Kerosakan Suis Brek

Suis brek berfungsi untuk menyambung dan memutuskan arus elektrik pada lampu brek ketiga. Suis brek adalah suis dua wayar asas yang mengawal litar lampu brek dalam sistem brek. Anda akan menemui suis ini berhampiran pedal brek. Kerosakan suis brek ini mengakibatkan lampu ketiga tidak menyala. Oleh itu, lakukan pemeriksaan lanjut di pusat servis untuk membaiki kerosakan ini.

3. Masalah Sambungan Soket

Lampu brek ketiga boleh mengalami kerosakan sekiranya terdapat masalah pada sambungan soket. Hal ini berlaku kerana sambungannya berkarat atau pendawaiannya telah terbakar hingga menyebabkan sambungan terputus. Pastikan anda periksa sambungan soket dahulu kerana kemungkinan mengalami kelonggaran dan menyebabkan elektrik tidak dapat disalurkan. Dapatkan bantuan daripada pusat servis bertauliah untuk melakukan sebarang pembaikan.

4. Kerosakan Sambungan Wayar

Selain kerosakan mentol, soket dan suis, litar pintas dalam sistem elektrik juga boleh menyebabkan lampu brek ketiga tidak menyala. Periksa sambungan wayar terlebih dahulu kerana kemungkinan wayar putus atau reput. Jika kerosakan teruk, gantikan wayar baharu untuk membolehkan lampu brek ketiga berfungsi dengan baik.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Majlis Penyerahan Kereta Proton X70 Kepada Jabatan Pendaftaran Negara

02 November 2023 – Baru-baru ini, satu majlis penyerahan kereta model Proton X70 1.5 STD telah diadakan diantara pihak SPANCO dan Jabatan Pendaftaran Negara...

Jemputan Menembak KPTD 48 Cawangan Siasatan Jenayah Bersama SPANCO

16 November  2023 – 48 Cawangan Siasatan Jenayah KPTD telah menjemput pihak SPANCO untuk menghadiri jemputan menembak KPTD 48 Cawangan Siasatan Jenayah yang bertempat...

Amaran: Kenali Tanda Kerosakan Penggalak Brek Kenderaan

Penggalak brek kenderaan atau lebih dikenali sebagai ‘brake booster’ adalah salah satu komponen yang meningkatkan daya dikenakan pada pedal brek tanpa memerlukan daya tambahan...

7 Langkah Keselamatan di Musim Banjir

Sejak kebelakangan ini musim hujan telah menyebabkan banjir di kawasan-kawasan berisiko. Ramai yang terjejas akibat hujan lebat ini dan kerajaan telah mengeluarkan amaran untuk...

5 Kecuaian Asas yang Mengurangkan Jangka Hayat Bateri

Kerosakan kenderaan boleh mengundang situasi kecemasan khususnya apabila berada di tempat sunyi. Pengabaian penyenggaraan komponen kenderaan adalah punca utama berlakunya masalah kerosakan kereta terutamanya...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!