5 Penjagaan Kereta Penting Pada Musim Hujan

Penjagaan kereta sangat penting bagi memastikan ia berada dalam keadaan baik untuk kegunaan harian walaupun pada musim hujan. Berikut disenaraikan beberapa cara penjagaan kereta pada musim tengkujuh bagi membantu pemanduan anda:

1. Menukar Pengelap Cermin

Pengelap cermin memainkan peranan penting untuk memberi pandangan yang jelas semasa memandu dalam hujan. Pastikan anda periksa pengelap cermin kereta dengan kerap bagi memastikan ia berada dalam keadaan yang baik. Bersihkan bilah bagi mengelakkan pengumpulan kotoran seperti pasir dan debu. Hal ini penting kerana kotoran di bawah bilah boleh merosakan cermin hadapan dan menjejaskan penglihatan anda. Selain itu, gantikan bahagian bilah pengelap cermin dengan yang baharu sekiranya ia telah haus, koyak, kering, lusuh atau terbelah.

2. Bersihkan Lampu Depan, Tingkap dan Cermin Depan

Penglihatan yang jelas sangat penting semasa memandu terutamanya pada musim hujan. Sentiasa pastikan cermin depan dan tingkap kereta anda bersih dan bebas daripada habuk atau kabus kerana kesan kotoron boleh menghalang pandangan anda. Pastikan juga anda rajin membersihkan tingkap dan cermin depan pada musim tengkujuh ini. Selain itu, lakukan pemeriksaan berkala pada lampu depan kereta sama ada ia menyala dengan terang atau tidak. Tukarkan mentol jika lampu depan semakin malap agar tidak menjejaskan penglihatan anda kelak.

3. Periksa Keadaan Bateri

Bateri kereta merupakan satu komponen penting yang membantu menghidupkan enjin. Berdasarkan pakar automotif ramai pemandu mengalami masalah berkaitan bateri semasa musim hujan.

Bagi mengelakkan masalah ini, pastikan periksa bateri kereta secara berkala untuk mengenalpasti sama ada terdapat kakisan yang disebabkan oleh kelembapan atau terdapat masalah lain. Lakukan penyenggaraan di pusat servis berdekatan sekiranya terdapat sebarang masalah kerosakan bateri agar ia tidak menjejaskan pemanduan anda.

4. Jaga Brek Kereta

Penjagaan brek perlu diberi perhatian lebih ketika musim hujan bagi mengelakkan berlakunya kemalangan jalan raya. Permukaan jalan raya menjadi sangat licin apabila hujan maka brek adalah satu-satunya komponen yang berfungsi untuk menghentikan dan memperlahankan kenderaan anda. Oleh itu, pastikan anda melakukan penyenggaraan yang sepatutnya agar sistem brek berfungsi secara optimum.

5. Periksa Keadaan Tayar

Sebelum melakukan perjalanan anda ke sesuatu tempat, pastikan anda periksa keadaan tayar terlebih dahulu. Keadaan tayar yang kurang baik seperti botak, ketebalan bunga kurang daripada 1.6mm dan sebagainya akan mengurangkan keupayaan tayar mencengkam permukaan jalan dan mengharungi lopak air hingga menyebabkan akuasatah. Gantikan tayar baharu sekiranya ia berada dalam keadaan tidak baik agar dapat berfungsi dengan optimum pada musim hujan.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Lawatan Kunjung Hormat Delegasi Perodua Ke SPANCO

12 MEI 2023 – SPANCO telah menerima lawatan kunjung hormat dari delegasi syarikat Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) bertempat di Pusat Servis Wilayah...

Punca Palam Pencucuh Berminyak

Palam pencucuh adalah antara komponen penting dalam sistem nyalaan enjin sesebuah kenderaan. Ianya berfungsi untuk mencetuskan percikan api bagi membantu proses pembakaran di dalam...

5 Komponen Kenderaan Yang Terjejas Akibat Cuaca Panas

Cuaca panas kebelakangan ini bukan sahaja boleh menjejaskan kesihatan diri malah kenderaan juga boleh rosak sekiranya tidak dijaga dengan baik. Menurut pakar MET, negara...

5 Lokasi Menarik Untuk OOTD Sambil Beriadah

Hujung minggu adalah masa yang sesuai untuk melakukan aktiviti riadah bersama keluarga sambil meluangkan masa berkualiti dengan mereka. Lebih seronok jika anda boleh kunjungi...

Punca Kerosakan Sensor ‘Engine Coolant Temperature’

Sensor Engine Coolant Temperature adalah suatu komponen yang berfungsi untuk mengukur suhu penyejuk enjin melalui litar perintang. Ia menyampaikan bacaan ini kepada Modul Kawalan...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!