Penyediaan Beg Kecemasan Ketika Bencana

Hujan berterusan di dibeberapa buah negeri telah mengakibatkan berlakunya banjir. Orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa bersedia menghadapi bencana alam dengan menyediakan beg kecemasan. Disenaraikan antara barang yang perlu disediakan dalam beg kecemasan seperti berikut:

1. Pakaian

Sediakan beberapa set pakaian beserta tuala dan selimut untuk kegunaan di Pusat Pemindahan Sementara. Pastikan setiap isi rumah mempunyai beg kecemasan sendiri agar dapat menggunakan barang-barang keperluan diri.

2. Wisel

Wisel adalah alat keselamatan yang sangat membantu bagi mangsa banjir. Anda boleh menggunakan wisel ini untuk meminta bantuan dari rumah supaya pasukan penyelamat dapat mengenal pasti keberadaan anda.

3. Wang Tunai

Sediakan wang tunai secukupnya supaya boleh digunakan pada waktu dikehendaki. Sentiasa pastikan anda mempunyai wang tunai dalam tangan khususnya pada musim hujan ini kerana anda mungkin tidak dapat menggunakan perkhidmatan bank pada waktu terdesak.

4. Lampu Suluh

Lampu suluh merupakan antara barang keperluan yang sangat membantu ketika bencana kerana ada kemungkinan tiada elektrik di rumah. Lampu suluh ini akan membantu anda memberi penglihatan jelas apabila tidak mempunyai bekalan elektrik untuk pergi ke suatu tempat dengan selamat.

5. Makanan Tahan Lama

Sediakan makanan tahan lama seperti roti, biskut, kacang, buah-buahan dan lain-lain supaya anda boleh mengisi perut sekiranya terkandas di dalam rumah sementara menunggu bantuan. Ia juga sangat membantu terutamanya jika situasi melibatkan kanak-kanak dan orang tua.

6. Radio Mudah Alih

Amaran banjir sentiasa dikeluarkan awal supaya rakyat Malaysia sentiasa bersedia untuk menghadapi bencana alam ini. Oleh itu, sebagai langkah persediaan awal anda dinasihatkan untuk memiliki radio mudah alih bagi mendapatkan maklumat semasa daripada sumber dipercayai. Radio mudah alih sangat membantu apabila tiada bekalan elektrik untuk menonton televisyen bagi mendapatkan maklumat semasa.

7. Kit Kecemasan

Sediakan kit kecemasan seperti ubat-ubatan dan alat kebersihan diri yang diperlukan untuk kegunaan kecemasan. Pastikan ubat-ubatan asas seperti demam, sakit kepala, cirit-birit dan lain-lain yang berkenaan disediakan terlebih dahulu.

8. Air Bersih

Pastikan anda sentiasa menyimpan air bersih seperti air yang dibotolkan untuk minum dan membersihkan diri. Hal ini disebabkan air banjir adalah air tercemar dan tidak boleh diggunakan bagi keperluan diri kerana boleh membawa kepada penyakit.

9. Telefon dan Bank Kuasa

Pastikan anda dapat dihubungi pada bila-bila masa terutamanya melalui telefon bimbit. Anda dinasihatkan untuk menyimpan bank kuasa dan pastikan telefon bimbit digunakan hanya untuk kegunaan kecemasan. Hal ini penting bagi mengelakkan telefon bimbit anda kehabisan cas dan sukar untuk dihubungi pada masa kecemasan.

10. Dokumen Penting

Selamatkan dokumen penting seperti kad pengenalan, sijil lahir, pasport, sijil perkahwinan, polisi insurans, rekod perubatan, dan sebagainya dalam beg kalis air. Dokumen-dokumen ini sangat penting pada masa kecemasan dan ia perlu diselamatkan terlebih dahulu.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Lawatan Kunjung Hormat Delegasi Perodua Ke SPANCO

12 MEI 2023 – SPANCO telah menerima lawatan kunjung hormat dari delegasi syarikat Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) bertempat di Pusat Servis Wilayah...

Punca Palam Pencucuh Berminyak

Palam pencucuh adalah antara komponen penting dalam sistem nyalaan enjin sesebuah kenderaan. Ianya berfungsi untuk mencetuskan percikan api bagi membantu proses pembakaran di dalam...

5 Komponen Kenderaan Yang Terjejas Akibat Cuaca Panas

Cuaca panas kebelakangan ini bukan sahaja boleh menjejaskan kesihatan diri malah kenderaan juga boleh rosak sekiranya tidak dijaga dengan baik. Menurut pakar MET, negara...

5 Lokasi Menarik Untuk OOTD Sambil Beriadah

Hujung minggu adalah masa yang sesuai untuk melakukan aktiviti riadah bersama keluarga sambil meluangkan masa berkualiti dengan mereka. Lebih seronok jika anda boleh kunjungi...

Punca Kerosakan Sensor ‘Engine Coolant Temperature’

Sensor Engine Coolant Temperature adalah suatu komponen yang berfungsi untuk mengukur suhu penyejuk enjin melalui litar perintang. Ia menyampaikan bacaan ini kepada Modul Kawalan...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!