5 Lokasi ‘Food Hunting’ Popular Di Klang

Klang bukan sahaja terkenal untuk tempat-tempat pelancongan malah ia juga sangat popular bagi makanan lazat. Terdapat banyak kedai makanan yang ternama sejak turun temurun di mana masih ramai tidak kenal dan mencuba salah satu tempat makanan popular. Disenaraikan beberapa lokasi makanan lazat yang wajib anda kunjungi jika berada di bandar diraja ini.

nyonya
Sumber : Facebook Nyonya Kitchen Restaurant

1. Nyonya Kitchen

Jika anda teringin makan masakan asli nyonya, kunjungi Nyonya Kitchen yang terletak di Taman Bayu Perdana. Beroperasi lebih 25 tahun di Klang, restoran ini sentiasa dibanjiri ramai orang kerana keenakan masakan nyonya.

tripify
Sumber : tripify

Antara lauk yang wajib anda cuba di sini adalah Nyonya Kari Kepala Ikan, Ayam Pongtay, Kari Ayam Kapitan dan Nyonya Sotong Goreng. Makanan pedas dan beraroma ini pasti akan meningkatkan selera makan anda di sini.

cathay 2
Sumber : Facebook Cathay Hailam Kopitiam

2. Cathay Hailam Kopitiam

Cathay Hailam Kopitiam adalah antara lokasi popular di Klang bagi makanan sedap di ruang dalaman yang berkonsepkan vintaj dan ‘old school’. Kopitiam ini terkenal bagi sarapan pagi dan minuman kopi terbaik di Pelabuhan Klang.

cathay 1
Sumber : Facebook Cathay Hailam Kopitiam

Makanan yang mendapat sambutan pelanggan di sini adalah Hainanese Chicken Chop, kopi butter, roti bakar, Hainan Taofu dan Chicken Lolipop.

cathay
Sumber : Facebook Cathay Hailam Kopitiam

Anda wajib kunjungi kopitiam ini bersama keluarga atau rakan jika ingin menikmati makanan lazat!

chong
Sumber : Facebook Chong Kok Kopitiam-Klang

3. Chong Kok Kopitiam

Adakah anda mencari lokasi sarapan lazat? Kunjungi Chong Kok Kopitiam yang terletak berhampiran stesen kereta api Klang untuk menikmati sarapan ringkas dan sedap. Kopitiam yang beroperasi sejak 1940 ini merupakan antara restoran terkenal di Klang dan sentiasa mempunyai ramai pelanggan hingga pelanggan sanggup beratur panjang pada awal pagi.

chong 1
Sumber : Facebook Chong Kok Kopitiam-Klang

Roti Goyang, Nasi Lemak, Telur Masak Separuh, Cham, pelbagai jenis roti bakar dan kuih-muih tradisional adalah hidangan terkenal di sini. Pastikan datang awal jika anda tidak ingin terlepas peluang menikmati keenakan makanannya.

love mom
Sumber : Facebook Love Mom Restaurant

4. Restoran Love Mom

Restoran Love Mom dikenali ramai bagi keenakan ‘Pal Appam’ dan masakan Sri Lankan. Dikendalikan oleh ibu tunggal Parames, restoran ini beroperasi di Taman Chi Liung yang terkenal bagi makanan sarapan dan tengah hari.

love mom 1
Sumber : Facebook Love Mom Restaurant

Pal Appam yang mendapat sambutan hangat pelanggan ini mempunyai tiga jenis berbeza iaitu Appam biasa, Appam Gula Melaka dan Appam Telur.

love mom 2
Sumber : Facebook Love Mom Restaurant

Selain itu, makanan tengah hari juga sangat popular dengan menghidangkan lebih 20 jenis lauk berbeza seperti Ayam Varuval, Sura Puttu, Green Chicken Rendang, Udang dan sebagainya lagi. Anda wajib kunjungi restoran ini kerana setiap hidangan mereka pasti membuat anda terliur.

Itik
Sumber : Facebook Itik Salai Atok

5. Restoran Itik Salai Atok

Penggemar kuah masak lemak cili api wajib mengunjungi Restoran Itik Salai Atok yang terletak di Kampung Sementa. Kuah masak lemak cili api memang menjadi antara lauk kegemaran rakyat Malaysia. Kombinasi rasa lemak dan pedas ini memang memikat hati dan meningkatkan selera makan.

itik 1
Sumber : Facebook Itik Salai Atok

Restoran Itik Salai Atok menawarkan menu set salai kuah lemak cili api dengan daging salai pilihan anda sepeti ayam, daging, itik, ikan keli atau arnab. Anda juga wajib mencuba siput sedut masak lemak dengan ulam-ulaman yang pasti enak.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Tanda Alternator Belt Perlu Diganti Segera

Alternator adalah penjana kuasa yang memastikan bateri kenderaan dicas dan berfungsi menghidupkan komponen elektrik utama kenderaan. Tanpa komponen ini, bateri kenderaan akan cepat habis...

5 Cara Mengelakkan Kemalangan Jalan Raya

Kemalangan jalan raya kian meningkat dan terdapat peningkatan angka kematian berbanding tahun-tahun sebelumnya. Kesedaran keselamatan dikalangan pengguna jalan raya amat penting bagi membantu mengurangkan...

Amalan Makanan Sahur Sihat

Sahur merupakan santapan pertama di awal pagi sebagai bekalan untuk memastikan badan kita kekal bertenaga sepanjang hari sewaktu berpuasa. Oleh yang demikian, pemilihan makanan...

Tips Hindari Dehidrasi Ketika Cuaca Panas di Bulan Puasa

Tubuh badan kita mengandungi sebanyak 70 peratus air dan mudah mengalami masalah dehidrasi sekiranya kandungan air tidak mencukupi. Perkara ini biasa berlaku terutamanya ketika...

Punca Kenderaan Bergegar Apabila Membrek

Kenderaan bergegar apabila membrek bukan sahaja boleh mengganggu fokus pemanduan, malah menimbulkan keresahan dan kebimbangan mengenai tahap keselamatan kenderaan yang sedang dipandu. Antara punca-punca...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!