Tanda Transmisi Kereta Memerlukan Pemeriksaan

Sistem transmisi kereta perlu dijaga dengan baik supaya tidak mengalami kerosakan dan mengganggu pemanduan kereta anda. Ramai mengendahkan penjagaan sistem transmisi hingga berlakunya kerosakan pada situasi tidak terduga walaupun ia menunjukkan tanda awal sebelum kerosakan. Oleh itu, bagi memudahkan anda disenaraikan beberapa tanda transmisi kereta mengalami masalah seperti berikut:

1. Gear Kereta Tersekat

Kenderaan yang menghadapi masalah transmisi biasanya mengalami kesukaran untuk tukar gear kereta dari gear P kepada D atau sebaliknya. Proses pertukaran gear terasa terganggu, tersekat dan tidak lancar. Segera lakukan pemeriksaan di pusat servis berdekatan sekiranya anda berdepan masalah pertukaran gear yang tidak lancar untuk pemeriksaan lanjut. Pengabaian masalah ini boleh menyebabkan kos pembaikan yang lebih tinggi jika tidak dibaiki awal.

2. Amaran Enjin Menyala

Bendalir transmisi berfungsi untuk melincirkan dan memberikan tekanan hidraulik yang diperlukan untuk menggerakkan klac dan jalur bagi peralihan dalam transmisi automatik.

Amaran enjin menyala pada papan pemuka menunjukkan paras bendalir transmisi yang rendah. Paras bendalir transmisi rendah boleh menyebabkan tekanan rendah dan mengakibatkan masalah penghantaran seperti transmisi automatik yang sukar dialihkan. Oleh itu, segera tambah bendalir transmisi jika paras bendalir transmisi kereta rendah atau apabila lampu bendalir menyala pada papan pemuka kereta.

3. Penapis Bendalir Transmisi Tersubmat

Penggunaan kereta secara lama akan menyebabkan pengumpulan kotoran, enapan dan serpihan besi pada transmisi. Hal ini akan menyebabkan penapis minyak transmisi automatik tersumbat akibat pengumpulan kekotoran dan mengehadkan bekalan bendalir transmisi.

Oleh itu, pastikan anda mengganti penapis ini secara berkala supaya ia dapat berfungsi dengan baik. Anda disarankan untuk tukar penapis bendalir transmisi setiap kali proses ‘flushing’ dilakukan.

4. Gear Kereta Tergelincir

Kenderaan bergantung sepenuhnya pada input luaran untuk melakukan penukaran gear. Bagi kereta manual, pemandu kereta menentukan setiap peralihan gear dengan menggunakan tombol gear dan klac kereta. Bagi kereta automatik pula, pemandu melakukan penukaran gear dengan menggerakkan tombol gear ke R untuk undur, N untuk gear neutral atau D untuk bergerak.

Sekiranya anda mendapati gear kereta anda tergelincir tanpa sebarang input luaran, ia sangat berbahaya untuk pemanduan dan berpotensi merosakkan enjin kereta anda. Biasanya isu pengelinciran gear berlaku disebabkan oleh bendalir transmisi yang kurang atau jalur transmisi yang sudah haus.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Punca Kenderaan Bergegar Apabila Membrek

Kenderaan bergegar apabila membrek bukan sahaja boleh mengganggu fokus pemanduan, malah menimbulkan keresahan dan kebimbangan mengenai tahap keselamatan kenderaan yang sedang dipandu. Antara punca-punca...

Kenali Jenis-Jenis Bendalir Stereng Kuasa

Bendalir stereng kuasa berfungsi untuk melincirkan pergerakan pemutaran stereng dan memudahkan pemanduan. Ia memastikan komponen dalaman sistem stereng dilincirkan dan memastikan hos, omboh, injap...

4 Tempat Tart Telur Terkenal di Lembah Klang

Tart telur adalah antara snek yang lazat dimakan pada bila-bila masa termasuk pada waktu lewat malam sebagai pengalas perut. Terdapat banyak jenis tart telur...

Kesedaran Penjagaan Kesihatan Buah Pinggang

Buah pinggang adalah antara organ penting di dalam badan yang menyingkirkan sisa buangan dan toksin. Oleh yang demikian, sekiranya seseorang gagal menjaga buah pinggang...

Punca Meter Kelajuan Tidak Berfungsi

Meter kelajuan kenderaan memainkan peranan penting bagi menunjukkan had kelajuan kenderaan yang dipandu. Sekiranya ia tidak berfungsi dengan betul, pemandu kenderaan akan mengalami kesukaran...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!