4 Tempat Pelancongan Berisiko Ketika Musim Monsun

Ramai ibu bapa mesti merancang percutian yang menarik bagi anak-anak anda pada cuti akhir tahun persekolahan ini. Namun, anda perlu lebih berhati-hati dengan memilih lokasi sesuai kerana cuaca tidak menentu kebelangkangan ini boleh membawa risiko pada keselamatan diri dan ahli keluarga. Disenaraikan beberapa tempat berisiko yang perlu dielakkan pada musim monsun ini agar anda dapat merancang percutian ke lokasi lebih baik:

1. Air Terjun dan Sungai

Bermandi-manda di air terjun dan sungai merupakan aktiviti kegemaran ramai pada cuti sekolah. Namun, kawasan air terjun dan sungai sangat bahaya untuk dikunjungi ketika musim hujan kerana boleh berlaku kepala air pada bila-bila masa. Gelombang aliran air mengejut dalam kuantiti besar boleh menghanyutkan individu yang berada dalam air.

Segera meninggalkan kawasan air terjun dan sungai sekiranya anda melihat aliran arus dan air yang kuat membawa bersama sampah-sarap seperti daun kering, ranting kayu, kelodak, sisa batang pokok atau balak.

2. Mendaki Bukit

Aktiviti mendaki bukit ‘hiking’ dan ‘jungle trekking’ adalah antara aktiviti riadah yang menarik dilakukan bersama keluarga. Namun, aktiviti ini agak berisiko untuk dilakukan pada musim tengkujuh kerana hujan lebat yang berterusan boleh menyebabkan trek laluan menjadi licin dan lecak.

Selain itu, ia juga akan menyebabkan anda sukar untuk mengecam laluan trek yang betul hingga boleh menyebabkan anda tersesat. Oleh itu, elakkan melakukan aktiviti mendaki pada musim hujan demi menjaga keselamatan diri.

3. Pantai dan Pulau

Kes lemas dalam pantai dan pulau semakin meningkat terutamanya pada musim hujan menjadikan tempat pelancongan ini berisiko tinggi. Pulau dan pantai berbahaya kerana boleh berlaku ombak besar dan lonjakan air yang tinggi semasa musim hujan. Risiko seseorang lemas hingga meragut nyawa adalah sangat tinggi jika bermandi-manda ketika musim hujan.

4. Tanah Tinggi

Anda dinasihatkan untuk tidak bercuti di kawasan tanah tinggi ketika musim hujan kerana dikhuatiri berisiko dan boleh mengancam keselamatan. Hal ini kerana kawasan tanah tinggi terdedah dengan hakisan teruk terutamanya pada musim hujan. Risiko tanah runtuh adalah sangat tinggi dan boleh berlaku dengan cepat hingga meragut nyawa individu. Oleh itu, pastikan anda tunda rancangan mengunjungi kawasan tanah tinggi untuk seketika ini.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Punca Kenderaan Bergegar Apabila Membrek

Kenderaan bergegar apabila membrek bukan sahaja boleh mengganggu fokus pemanduan, malah menimbulkan keresahan dan kebimbangan mengenai tahap keselamatan kenderaan yang sedang dipandu. Antara punca-punca...

Kenali Jenis-Jenis Bendalir Stereng Kuasa

Bendalir stereng kuasa berfungsi untuk melincirkan pergerakan pemutaran stereng dan memudahkan pemanduan. Ia memastikan komponen dalaman sistem stereng dilincirkan dan memastikan hos, omboh, injap...

4 Tempat Tart Telur Terkenal di Lembah Klang

Tart telur adalah antara snek yang lazat dimakan pada bila-bila masa termasuk pada waktu lewat malam sebagai pengalas perut. Terdapat banyak jenis tart telur...

Kesedaran Penjagaan Kesihatan Buah Pinggang

Buah pinggang adalah antara organ penting di dalam badan yang menyingkirkan sisa buangan dan toksin. Oleh yang demikian, sekiranya seseorang gagal menjaga buah pinggang...

Punca Meter Kelajuan Tidak Berfungsi

Meter kelajuan kenderaan memainkan peranan penting bagi menunjukkan had kelajuan kenderaan yang dipandu. Sekiranya ia tidak berfungsi dengan betul, pemandu kenderaan akan mengalami kesukaran...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!