5 Tempat Aktiviti ‘Indoor’ Menarik Ketika Musim Hujan

Musim percutian hujung tahun kali ini mesti terganggu akibat cuaca yang tidak menentu sejak kebelakangan ini. Rancangan percutian ke pulau, air terjun dan tempat tinggi seperti Cameron Highlands serta Genting Highlands perlu dielakkan kerana ia merupakan tempat berisiko tinggi pada musim hujan. Namun, anda masih boleh merancang percutian ke tempat tertutup untuk menikmati hujung tahun anda bersama keluarga dengan melakukan aktiviti menarik seperti berikut:

Beast 2
Sumber : Facebook Beastpark

1. Beast Park

Jika anda peminat aktiviti lasak dan gemar permainan ‘indoor’, Beast Park adalah tempat paling sesuai untuk dikunjungi bersama keluarga atau rakan-rakan. Terletak di Sungei Wang, Beast Park Malaysia menawarkan beberapa permainan menarik yang dibahagikan kepada empat tahap Camp 5 Climbing Walls, Beast Junior, Ninja Beast, dan Beast Net.

beast 3
Sumber : Facebook Beastpark

Antara aktiviti yang harus anda cuba adalah e-walls, fun cave, lil’ beast, rock climbing dan banyak lagi. Anda boleh pilih pakej yang sesuai bagi diri sendiri dan setiap pakej mempunyai sesi dan tempoh bermain yang berbeza.

beast 4
Sumber : Facebook Beastpark

Beast Park sangat sesuai untuk dikunjungi pada musim hujan ini kerana anda tidak dapat melakukan aktiviti lasak di luar seperti hiking, berbasikal dan lain-lain.

klook
Sumber : KLOOK

2. WINDLAB Indoor Skydiving

Skydiving merupakan aktiviti ‘outdoor’ yang ramai mesti teruja untuk mencuba. Namun pada musim hujan anda pasti tidak dapat melakukan di tempat-tempat tertentu sambil menikmati pemandangan. Jangan risau, anda masih boleh mencuba aktiviti ini di WINDLAB Indoor Skydiving yang terletak di pusat beli-belah 1 Utama.

WINDLAB 1
Sumber : Facebook WINDLAB

Di sini menawarkan pengalaman ‘skydiving’ pada ketinggian 14,000 kaki samada perseorangan atau secara berkumpulan. Simulasi terjunan udara ini dapat dialami ketika pengunjung berada di dalam terowong kaca udara berdiameter 12 kaki dengan ketinggian 32 kaki.

WINDLAB
Sumber : Facebook

Jangan risau, terdapat jurulatih profesional yang akan menemani dan memberi tunjuk ajar untuk anda sebelum melakukan aktiviti ini.

Makchic
Sumber : Makchic

3. School of Hard Knocks Workshop

Royal Selangor mempersembahkan kepada anda bengkel yang menarik dan mesra keluarga di Kuala Lumpur di mana anda boleh membuat piuter sendiri. School of Hard Knocks Workshop akan mengadakan bengkel di mana peserta akan diajar proses pemutus, penggilapan dan dekorasi oleh pengajar yang berpengalaman untuk menghasilkan piuter.

Tripadvisor
Sumber : Tripadvisor

Dapatkan pengalaman pendidikan secara langsung sambil anda menukul, mengacu dan mengukir piuter serta mempelajari asas-asas yang digunakan dalam penciptaan piuter. Menariknya lagi di sini adalah anda dapat membawa pulang karya sendiri serta mendapat sijil pencapaian. Hebat bukan!

Archers 1
Sumber : Facebook Archers Studio

4. Archers Studio Kuala Lumpur

Adakah anda berminat untuk bermain archers? Kunjungi Archers Studio Kuala Lumpur, untuk melakukan aktiviti ini di mana anda boleh menembak seberapa banyak anak panah yang anda suka dalam sesi satu jam atau lebih.

Archers
Sumber : Facebook Archers Studio

Jangan risau jika baru anda berjinak-jinak untuk melakukan aktiviti ini kerana terdapat pengajar berpengalaman yang akan membimbing anda. Jangan risau tentang cuaca di luar kerana studio ini berada di kawasan tertutup dan berhawa dingin.

KLOOK 2
Sumber : KLOOK

5. SuperPark Malaysia

SuperPark Malaysia yang terletak di Avenue K adalah taman tema berkonspkan taman tema Finland terbaik untuk seisi keluarga anda. Ia juga merupakan lokasi sesuai jika anda ingin melakukan aktiviti lasak.

JOYSOBALL
Sumber : joysaball

SuperPark ini terbahagi kepada tiga bahagian permainan iaitu Adventure Area, Game Arena dan Freestyle Hall. Pelbagai aktiviti ditawarkan di sini seperti flying fox, baseball, skate, trampoline, trek ninja, basketball jalanan, bowling, golf, wall climbing dan sebagainya lagi yang sesuai untuk semua peringkat umur. Jika anda berminat untuk bermain di sini, anda boleh membuat pembelian tiket secara atas talian di laman web rasmi atau di kaunter tiket. Ayuh, meluangkan masa dengan bermain dan berseronok di SuperPark!

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Lawatan Pemeriksaan Kenderaan & PSD SPANCO Anjuran Kementerian Kewangan 2023

Pada 29 dan 30 MEI 2023 lepas, SPANCO telah menyertai lawatan pemeriksaan kenderaan konsesi anjuran Kementerian Kewangan di dua buah Pusat Servis Diiktiraf (PSD)...

5 Jenis Bendalir Penting Dalam Kenderaan

Bendalir digunakan dalam kenderaan memainkan peranan utama dengan memastikan komponen dalaman kenderaan berfungsi dengan baik. Tanpa bendalir seperti minyak enjin dan brek, pemanduan kenderaan...

Cara Kenali ‘Starter’ Kereta Mengalami Kerosakan

Penghidup elektrik atau lebih dikenali sebagai ‘starter’ adalah antara komponen utama dalam kenderaan yang berfungsi untuk memberikan putaran pada enjin dan menggerakkan piston. ‘Starter’...

Lesen Memandu Kini Boleh Diperbaharui Untuk Tempoh 10 Tahun

Kementerian Pengangkutan (MOT) telah memperkenalkan inisiatif pembaharuan Lesen Memandu Malaysia (LMM) untuk tempoh 10 tahun dengan kadar bayaran istimewa. Rakyat Malaysia boleh memperbaharui lesen...

Ketahui Cara Betul Menambah Bendalir Brek

Bendalir brek perlu disenggara secara berlaku agar dapat berfungsi dengan baik. Bendalir brek yang digunakan terlalu lama tanpa ditukar boleh menjejaskan prestasi membrek optimum...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!