Punca Enjin Mengeluarkan Bunyi Berdetar

Pernahkah anda terdengar bunyi pelik dari enjin kereta? Bunyi berdetar dari bahagian enjin ketika memandu adalah tanda terdapat masalah yang memerlukan pemeriksaan segera. Disenaraikan beberapa punca enjin berbunyi seperti berikut:

1. Tekanan Minyak Rendah

Bunyi berdetar setelah enjin dihidupkan adalah tanda tekanan minyak rendah yang menganggu kelancaran komponen penting seperti ‘timing chain’ dan ‘engine valve train parts’ berkurang.

Tekanan minyak rendah juga boleh menyebabkan enjin kehilangan kuasa kerana ia mewujudkan geseran antara komponen logam. Bunyi berdetar mungkin bertambah kuat apabila anda memandu secara laju.

2. Injap Tidak Sejajar

Rangkaian injap atau lebih dikenali sebagai ‘valve train’ adalah mekanisme yang menggerakan pembukaan dan penutupan injap dalam enjin. Pengabaian penjagaan serta kegagalan melakukan penyenggaraan boleh menyebabkan injap tidak sejajar hingga mengeluarkan bunyi detar tersebut.

3. Palam Pencucuh Rosak

Palam pencucuh yang rosak boleh menyebabkan bunyi ‘ketukan’ atau berdetar pada enjin. Palam pencucuh yang tidak diganti akan menghasilkan lapisan karbon akibat daripada pengumpulan sisa gas dan bahan api yang tidak terbakar dengan sempurna. Ini akan mengurangkan prestasi enjin dan menyukarkan enjin untuk dihidupkan sekaligus mengeluarkan bunyi berdetar.

4. Kebocoran Ekzos

Pernahkan anda terdengar bunyi berdetar yang kuat apabila memandu pada RPM rendah. Ia mungkin menandakan bahawa sistem ekzos kereta anda telah bocor atau mengalami masalah. Sekiranya anda terdengar bunyi luar biasa daripada sistem ekzos kereta anda, segera ke pusat servis berdekatan untuk mendapatkan bantuan lanjut.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Program Audit Pemeriksaan Kenderaan, Naziran Serta Taklimat Pengurusan Kenderaan Konsesi SPANCO 2023

24 Ogos 2023 – Lawatan pemeriksaan kenderaan konsesi SPANCO anjuran Kementerian Kewangan kali ini telah dijalankan di tiga buah Pusat Servis Diiktiraf (PSD) SPANCO...

4 Tanda Kerosakan Injap Pengalih Udara Kotak Engkol Positif

Injap pengalih udara kotak engkol positif atau lebih dikenali sebagai positive crankcase ventilation valve (PCV) adalah salah satu komponen dalaman kenderaan yang berfungsi untuk...

Cara Mengurangkan Pencemaran Udara oleh Kenderaan

Pencemaran udara yang disebabkan oleh kenderaan menyumbang kepada lebih 70% daripada pencemaran udara di seluruh dunia. Penggunaan kenderaan persendirian adalah salah satu punca berlakunya...

5 Tempat Makan Sushi Halal di Lembah Klang

Sushi adalah antara makanan Jepun yang digemari ramai oleh rakyat Malaysia kerana keenakan serta keunikan hidangan ini. Terdapat banyak restoran halal di Lembah Klang...

5 Punca yang Mengurangkan Jangka Hayat Tayar Kenderaan

Tayar kenderaan memainkan peranan penting dalam menjaga pemanduan serta keselamatan pengguna. Ia adalah komponen yang mengawal stereng, brek dan daya pecutan semasa memandu kenderaan....

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!