Tips Penjagaan Kereta Yang Wajib Diketahui

Menjaga kereta amat penting bagi memastikan semua komponen berfungsi dengan baik dan dapat digunakan bagi tempoh masa panjang. Kegagalan penjagaan kereta dengan baik boleh mengakibatkan kerosakan dengan cepat serta ia juga akan mengurangkan nilai jualan semula pada masa hadapan atau semasa keadaan memerlukan. Dengan ini, disenaraikan beberapa tips yang dapat membantu anda menjaga kereta seperti berikut:

1. Mencuci Kereta

Kereta anda terdedah pada pencemaran seperti habuk, batu, serpihan logam dan sebagainya. Pengumpulan kotoran begini boleh merosakkan cat kereta, tayar, cermin dan lain-lain jika tidak mencuci kereta secara berkala. Oleh itu, pastikan anda mencuci kereta dan ‘wax’ secara berkala untuk menjaga bahagian dalaman dan luaran kenderaan anda.

car wash

2. Patuhi Jadual Servis Kenderaan

Penyenggaraan kereta sangat penting bagi menjaga komponen dan memastikan ia berfungsi dengan optimum. Kegagalan mematuhi jadual servis kereta boleh menyebabkan komponen kenderaan mengalami kerosakan yang serius dan ia boleh mengurangkan jangka hayat komponen tertentu. Oleh itu, pastikan anda mematuhi jadual servis kenderaan dengan menghantar kereta ke pusat servis tepat pada waktunya bagi menghindari sebarang kerosakan yang tidak dijangka berlaku.

3. Elakkan Merokok Dalam Kereta

Tahukah anda merokok dalam kereta boleh mengurangkan harga jualan kenderaan di masa hadapan? Merokok dalam kereta boleh meninggalkan kesan pada ruang dalaman kereta, berbau dan meluntur warna pada set dalaman. Hal ini boleh mengakibatkan anda menampung kos tinggi untuk memperbaiki dan mengurangkan harga jualan. Oleh itu, elakkan merokok dalam kereta walaupun dengan tingkap terbuka bagi menjaga kereta anda.

4. Meletakkan Kereta di Tempat Redup

Meletakkan kenderaan di bawah matahari boleh menyebabkan cat luntur atau pudar dengan cepat. Pendedahan berterusan pancaran matahari akan merekah dan mengelupaskan cat kenderaan sedikit demi sedikit sehingga meninggalkan tanda kusam, tompok, lebam atau terkopak. Selain itu, pendedahan pada cahaya matahari juga boleh menyebabkan papan pemuka vinly retak. Oleh itu, letakkan kereta anda di tempat redup atau gunakan pembalut kereta.

5. Menukar Minyak Pelincir

Salah satu aspek penjagaan kenderaan yang utama adalah menukar minyak pelincir tepat pada masanya. Hal ini penting bagi memastikan komponen dalaman kereta berfungsi secara optimum. Pengabaian penyenggaraan minyak pelincir boleh menambahkan risiko kerosakan enjin, brek dan transmisi pada situasi tidak terduga.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Punca Kenderaan Bergegar Apabila Membrek

Kenderaan bergegar apabila membrek bukan sahaja boleh mengganggu fokus pemanduan, malah menimbulkan keresahan dan kebimbangan mengenai tahap keselamatan kenderaan yang sedang dipandu. Antara punca-punca...

Kenali Jenis-Jenis Bendalir Stereng Kuasa

Bendalir stereng kuasa berfungsi untuk melincirkan pergerakan pemutaran stereng dan memudahkan pemanduan. Ia memastikan komponen dalaman sistem stereng dilincirkan dan memastikan hos, omboh, injap...

4 Tempat Tart Telur Terkenal di Lembah Klang

Tart telur adalah antara snek yang lazat dimakan pada bila-bila masa termasuk pada waktu lewat malam sebagai pengalas perut. Terdapat banyak jenis tart telur...

Kesedaran Penjagaan Kesihatan Buah Pinggang

Buah pinggang adalah antara organ penting di dalam badan yang menyingkirkan sisa buangan dan toksin. Oleh yang demikian, sekiranya seseorang gagal menjaga buah pinggang...

Punca Meter Kelajuan Tidak Berfungsi

Meter kelajuan kenderaan memainkan peranan penting bagi menunjukkan had kelajuan kenderaan yang dipandu. Sekiranya ia tidak berfungsi dengan betul, pemandu kenderaan akan mengalami kesukaran...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!