5 Jenis Bau Terbakar Dari Kereta

Pernahkah anda terhidu bau terbakar dari kereta semasa memandu? Bau terbakar ini adalah tanda terdapat masalah pada komponen kereta yang memerlukan penggantian atau pemeriksaan segera. Disenaraikan antara jenis bau terbakar yang perlu anda awasi seperti berikut:

1. Bau Getah

Bau getah terbakar adalah berpunca daripada kedudukan ‘timing belt’ yang tidak sejajar dan longgar. Hal ini mengakibatkan geseran tinggi dan menghasilkan bau getah terbakar yang kuat. Hos getah dari sistem berdekatan juga boleh bergesel pada ‘timing belt’ dan menghasilkan bau yang terbakar. Selain itu, bau getah juga boleh berpunca akibat geseran tayar dan pemampat penyaman udara rosak.

2. Bau Plastik

Bau plastik terbakar adalah salah satu petanda terdapat masalah pada sistem elektrik dan perintang. Fius yang terputus, pendawaian pendek atau komponen elektrik yang tidak berfungsi adalah punca anda menghidu bau plastik terbakar di dalam kereta. Selain itu, motor blower penyaman udara yang terlalu panas juga boleh menyebabkan relay cair dan menghasilkan bau plastik yang terbakar.

3. Bau Ekzos

Jika anda terhidu bau ekzos dari dalam kereta anda (terutamanya semasa melahu atau memandu perlahan) itu menandakan kebocoran ekzos akibat gasket manifold ekzos yang gagal atau manifold ekzos retak. Kebocoran ekzos akan menghasilkan gas berbahaya iaitu karbon monoksida yang boleh meragut nyawa pemandu dan penumpang dalam kenderaan.

4. Bau Akrid

Bau akrid kebiasaannya adalah tanda material brek atau klac kereta sudah terbakar. Memandu sambil memijak brek atau lupa melepaskan brek tangan adalah antara punca yang menyebabkan bau tersebut. Kaliper atau kabel brek bermasalah juga boleh mengeluarkan bau sama.

5. Bau Minyak

Minyak yang menitis pada mana-mana bahagian sistem ekzos akan terbakar hingga mengeluarkan bau kurang menyenangkan. Malah, minyak yang bocor teruk boleh mengeluarkan kepulan asap biru tipis. Lakukan pemeriksaan segera di pusat servis berdekatan sekiranya anda terhidu bau minyak terbakar.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Punca Kenderaan Bergegar Apabila Membrek

Kenderaan bergegar apabila membrek bukan sahaja boleh mengganggu fokus pemanduan, malah menimbulkan keresahan dan kebimbangan mengenai tahap keselamatan kenderaan yang sedang dipandu. Antara punca-punca...

Kenali Jenis-Jenis Bendalir Stereng Kuasa

Bendalir stereng kuasa berfungsi untuk melincirkan pergerakan pemutaran stereng dan memudahkan pemanduan. Ia memastikan komponen dalaman sistem stereng dilincirkan dan memastikan hos, omboh, injap...

4 Tempat Tart Telur Terkenal di Lembah Klang

Tart telur adalah antara snek yang lazat dimakan pada bila-bila masa termasuk pada waktu lewat malam sebagai pengalas perut. Terdapat banyak jenis tart telur...

Kesedaran Penjagaan Kesihatan Buah Pinggang

Buah pinggang adalah antara organ penting di dalam badan yang menyingkirkan sisa buangan dan toksin. Oleh yang demikian, sekiranya seseorang gagal menjaga buah pinggang...

Punca Meter Kelajuan Tidak Berfungsi

Meter kelajuan kenderaan memainkan peranan penting bagi menunjukkan had kelajuan kenderaan yang dipandu. Sekiranya ia tidak berfungsi dengan betul, pemandu kenderaan akan mengalami kesukaran...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!