Kesalahan Memotong Garisan Berkembar

Peraturan jalan raya ditetapkan bagi menjaga keselamatan pengguna jalan raya. Namun ramai yang melanggar peraturan hingga menyebabkan kemalangan. Antara peraturan jalan raya yang sentiasa dilanggar dan menjadi punca utama berlakunya kemalangan adalah memotong garisan berkembar. Ramai masih mengendahkan bahaya memotong garisan berkembar yang boleh meragut nyawa.

Fungsi Garisan Berkembar

Garisan jalan adalah peranti atau bahan yang digunakan pada permukaan jalan yang terdiri daripada garisan memanjang dan melintang serta penanda jalan seperti simbol, anah panah dan perkataan. Ia berfungsi untuk mengawal dan memastikan aliran trafik teratur dan lancar, memberi amaran dan menyampaikan maklumat kepada pengguna jalan raya. Garisan berkembar di jalan raya adalah antara gairsan jalan yang digunakan bagi menjaga keselamatan pengguna jalan raya.

Hal ini kerana garisan berkembar digunakan di jalan berliku, jalan curam, jalan sempit, terowong, persimpangan dan kawasan sekolah. Tempat-tempat tersebut adalah kawasan yang berbahaya dan pemandu kenderaan perlu lebih berhati-hati semasa memandu bagi mengelakkan sesuatu yang tidak diingini berlaku.

Selain itu, pengguna kenderaan juga tidak boleh meletakkan kenderaan di garisan berkembar, memotong pada garisan berkembar dan juga tidak boleh melakukan pusingan U pada garisan berkembar.

Tindakan Undang-Undang

Memotong di garisan berkembar sememangnya tindakan yang berbahaya dan sekiranya ia menjadi penyebab kemalangan maut, maka si pelaku pasti berhadapan dengan hukuman yang berat. Menurut Polis Diraja Malaysia (PDRM), memotong di garisan berkembar antara kesalahan lalu lintas yang sering dilakukan oleh pengguna jalan raya. Perbuatan tidak bertanggungjawab ini boleh membahayakan pengguna jalan raya lain dan menyebabkan kemalangan yang teruk.

Sekiranya kemalangan berlaku sehingga menyebabkan kematian, tindakan boleh diambil di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2020 iaitu menyebabkan kematian kerana memandu secara berbahaya.

Jika disabitkan kesalahan, hukuman penjara boleh dikenakan mininum lima tahun, maksimum 10 tahun dan denda tidak kurang daripada RM20,000 dan tidak melebihi RM50,000 serta hilang kelayakan memiliki lesen memandu selama tempoh lima tahun.

(Sumber: Majlis Keselamatan Jalan Raya)

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Punca Kenderaan Bergegar Apabila Membrek

Kenderaan bergegar apabila membrek bukan sahaja boleh mengganggu fokus pemanduan, malah menimbulkan keresahan dan kebimbangan mengenai tahap keselamatan kenderaan yang sedang dipandu. Antara punca-punca...

Kenali Jenis-Jenis Bendalir Stereng Kuasa

Bendalir stereng kuasa berfungsi untuk melincirkan pergerakan pemutaran stereng dan memudahkan pemanduan. Ia memastikan komponen dalaman sistem stereng dilincirkan dan memastikan hos, omboh, injap...

4 Tempat Tart Telur Terkenal di Lembah Klang

Tart telur adalah antara snek yang lazat dimakan pada bila-bila masa termasuk pada waktu lewat malam sebagai pengalas perut. Terdapat banyak jenis tart telur...

Kesedaran Penjagaan Kesihatan Buah Pinggang

Buah pinggang adalah antara organ penting di dalam badan yang menyingkirkan sisa buangan dan toksin. Oleh yang demikian, sekiranya seseorang gagal menjaga buah pinggang...

Punca Meter Kelajuan Tidak Berfungsi

Meter kelajuan kenderaan memainkan peranan penting bagi menunjukkan had kelajuan kenderaan yang dipandu. Sekiranya ia tidak berfungsi dengan betul, pemandu kenderaan akan mengalami kesukaran...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!