Teknologi Hijau Mengurangkan Pencemaran Alam

Teknologi hijau adalah istilah umum yang menerangkan penggunaan teknologi dan sains untuk mengurangkan kesan aktiviti manusia terhadap alam sekitar. Ia adalah teknologi rendah karbon dan lebih mesra alam berbanding teknologi sedia ada. Teknologi hijau merangkumi sumber tenaga seperti angin, air, solar, hibrid dan lain- lain yang bersumberkan alam semula jadi.

Sektor pengangkutan yang bukan mesra alam mencetus pelbagai isu alam sekitar, antaranya pemanasan global, kualiti udara, implikasi kesihatan dan pencemaran Gas Rumah hijau (GHG). Bagi mengatasi masalah ini teknologi hijau perlu digunakan dalam industri automotif untuk mengurangkan kebergantungan pada bahan api fosil.

Teknologi Hijau Membantu Dunia Automotif

Teknologi hijau terbukti lebih cekap kerana ia boleh menjana tenaga dalam pelbagai keadaan dengan kos murah, selamat dan mesra pengguna. Pada masa kini, terdapat pelbagai produk dan inovasi yang telah dihasilkan bagi memenuhi keperluan kepada teknologi hijau ini dan seterusnya memelihara alam sekitar. Antara teknologi hijau yang diinovasikan adalah:

1. Kenderaan Hibrid

Kenderaan jenis hibrid dan elektrik adalah salah satu inisiatif yang diambil untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar disebabkan penggunaan kereta bukan mesra alam. Kenderaan hibrid menggunakan gabungan enjin pembakaran biasa dan motor elektrik untuk menghasilkan kereta yang sangat jimat bahan api. Kereta hibrid mempunyai enjin petrol dan motor elektrik yang mampu menjimatkan petrol dan hanya menghasilkan asap toksik tahap rendah.

Manakala, kereta jenis elektrik sepenuhnya menggunakan kuasa elektrik untuk menggerakkan kenderaan. Kedua-dua kenderaan ini bukan sahaja mengurangkan pencemaran udara namun, ia juga dapat mengurangkan pencemaran bunyi di jalan raya.

2. Biodiesel

Biodiesel ialah bahan api boleh diperbaharui dan boleh biodegradasi yang dihasilkan secara domestik daripada minyak sayuran, lemak haiwan atau gris. Penggunaan biodiesel mampu mengurangkan pelepasan gas rumah hijau. Ia merupakan bahan api alternatif yang boleh digunakan sebagai pengganti diesel petroleum dan bahan api tersebut merujuk kepada lemak metil ester yang dihasilkan daripada minyak sayuran dan lemak haiwan melalui proses kimia.

3. Tayar Mesra Alam

Tayar mesra alam atau lebih dikenali sebagai ‘green tyre‘ diperkenalkan bagi menjimatkan penggunaan bahan api, mempunyai cengkaman lebih baik di jalan basah dan tahan lama serta mesra alam. Penggunaan tayar mesra alam juga menawarkan rintangan putaran rendah yang membantu mengurangkan pelepasan gas karbon dioksida pada kereta.

rapid-kl-kuala-lumpur-public-transport
Sumber : theborneopost

4. Pengangkutan Hijau

Pengangkutan hijau merujuk kepada penggunaan pengangkutan mesra alam yang yang menggunakan tenaga diperbaharui seperti solar, bahan api bio, hidro dan angin. Antara contoh jenis dan sistem pengangkutan hijau adalah basikal, basikal elektrik, kereta elektrik, kereta api hijau (berasaskan elektrik dan bateri/kapasitor ultra), perkongsian kenderaan, bas elektrik dan juga berjalan kaki.

Orang ramai boleh beralih menggunakan pengangkutan hijau dalam kehidupan harian untuk mengurangkan pencemaran alam. Misalnya, berkongsi pengangkutan bersama rakan sekerja yang duduk di kawasan perumahan sama, menggunakan pengangkutan awam seperti bas dan kereta api hijau dan berbasikal ke perjalanan dekat.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Program Audit Pemeriksaan Kenderaan, Naziran Serta Taklimat Pengurusan Kenderaan Konsesi SPANCO

21 November 2023 – Program Audit Pemeriksaan Kenderaan, Naziran serta Taklimat Pengurusan Kenderaan Konsesi SPANCO 2023 anjuran Kementerian Kewangan kali ini telah diadakan di...

Jemputan Taklimat Kenderaan dan Motosikal Electric Vehicle (EV)

16 November 2023 – Pihak SPANCO telah menerima jemputan daripada Mesyuarat Pegawai Pengangkutan (PT) dan Ketua Cawangan (KC) Bahagian Pengangkutan, Jabatan Logistik dan Teknologi...

Tanda Kerosakan Pengesan Laju Kenderaan

Pengesan laju yang juga dikenali sebagai ‘speed sensor’ adalah satu komponen dalam kenderaan yang digunakan untuk mengesan kelajuan kereta. Ia juga memainkan peranan penting...

Keindahan Hujan: 6 Aktiviti Menarik Untuk Dilakukan

Musim hujan membawa keindahan dan keceriaan tersendiri, terutama di Malaysia yang diberkati dengan cuaca hujan sepanjang tahun. Walaupun rancangan kita terganggu akibat hujan berterusan,...

Majlis Penyerahan Kereta Proton X70 Kepada Jabatan Pendaftaran Negara

02 November 2023 – Baru-baru ini, satu majlis penyerahan kereta model Proton X70 1.5 STD telah diadakan diantara pihak SPANCO dan Jabatan Pendaftaran Negara...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!