4 Tanda Kebocoran Hos Vakum Dalam Sistem Enjin

Kebocoran hos vakum akan mengurangkan prestasi dan keupayaan pemanduan kereta. Ia juga menjejaskan keselamatan pemanduan dan menjadi salah satu punca kerosakan enjin. Ketahui antara tanda kebocoran hos vakum supaya anda lebih berwaspada sebelum berlaku kerosakan serius:

1. Lampu Amaran Enjin Menyala

Lampu amaran enjin menyala adalah petunjuk terdapat masalah pada enjin kenderaan yang memerlukan pemeriksaan segera. Kebocoran hos vakum enjin juga akan menyebabkan lampu amaran ini menyala. Ia memang sukar untuk dikenalpasti dahulu kerana ramai akan memeriksa tahap minyak enjin dahulu. Jika tiada masalah pada minyak enjin, anda boleh ke pusat servis berdekatan untuk mendapatkan bantuan pakar bagi membaiki kebocoran hos vakum.

2. Enjin Mengeluarkan Bunyi Pelik

Kebocoran hos vakum enjin akan menarik udara pada tekanan tinggi. Ia akan menyebabkan penghasilan bunyi kuat pada bahagian enjin kereta iaitu hasil daripada kebocoran hos vakum. Sekiranya anda mendengar bunyi pelik daripada bahagian enjin, segera lakukan pemeriksaan di pusat servis bagi mengelakkan kerosakan lain.

3. Menjejaskan Prestasi Enjin

Kebocoran hos vakum akan menyebabkan kelebihan udara dalam ruang enjin. Hal ini bermakna pemampatan vakum enjin dalam kebuk pembakaran tidak mencukupi untuk menghasilkan kuasa yang diperlukan. Ia menjadi punca kereta anda mulai melonjak atau berhenti pada rpm yang sangat tinggi. Lakukan pemeriksaan segera di pusat servis bertauliah untuk menggantikan hos vakum kerana pengabaian pembaikan akan menyebabkan kereta anda terhenti semasa memandu.

4. Pengeluaran Asap Ekzos Hitam

Sekiranya ada asap hitam keluar dari muncung ekzos, itu bermaksud enjin kereta tidak dapat udara mencukupi yang menyebabkan bahan api dibakar berlebihan. Hal ini juga boleh berpunca daripada kebocoran hos vakum. Apabila enjin anda mempunyai nisbah udara kepada bahan api yang tidak betul, tahap pembakaran silinder tidak akan mencukupi hingga menyebabkan pengeluaran asap ekzos hitam.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Program Audit Pemeriksaan Kenderaan, Naziran Serta Taklimat Pengurusan Kenderaan Konsesi SPANCO 2023

24 Ogos 2023 – Lawatan pemeriksaan kenderaan konsesi SPANCO anjuran Kementerian Kewangan kali ini telah dijalankan di tiga buah Pusat Servis Diiktiraf (PSD) SPANCO...

4 Tanda Kerosakan Injap Pengalih Udara Kotak Engkol Positif

Injap pengalih udara kotak engkol positif atau lebih dikenali sebagai positive crankcase ventilation valve (PCV) adalah salah satu komponen dalaman kenderaan yang berfungsi untuk...

Cara Mengurangkan Pencemaran Udara oleh Kenderaan

Pencemaran udara yang disebabkan oleh kenderaan menyumbang kepada lebih 70% daripada pencemaran udara di seluruh dunia. Penggunaan kenderaan persendirian adalah salah satu punca berlakunya...

5 Tempat Makan Sushi Halal di Lembah Klang

Sushi adalah antara makanan Jepun yang digemari ramai oleh rakyat Malaysia kerana keenakan serta keunikan hidangan ini. Terdapat banyak restoran halal di Lembah Klang...

5 Punca yang Mengurangkan Jangka Hayat Tayar Kenderaan

Tayar kenderaan memainkan peranan penting dalam menjaga pemanduan serta keselamatan pengguna. Ia adalah komponen yang mengawal stereng, brek dan daya pecutan semasa memandu kenderaan....

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!