5 Tempat Penginapan Unik Untuk Percutian Hujung Tahun

Ramai sedang merancang percutian bersama sekumpulan kawan atau keluarga pada hujung tahun ini. Pelbagai aspek perlu dirancang terlebih dahulu untuk memudahkan anda menikmati percutian bersama insan tersayang. Bagi mengurangkan beban anda, berikut disenaraikan beberapa lokasi penginapan yang unik, selesa dan sesuai untuk keluarga anda.

289176726
Sumber : Booking.com

1. Seafront Scandinavian Home

Jika anda merancang bercuti di Pulau Pinang maka Seafront Scandinavian Home yang terletak di Geroge Town adalah lokasi penginapan yang sesuai untuk anda. Menampung lebih lima orang, terdapat dua bilik tidur dan dua bilik mandi, dengan siling tinggi dan pemandangan laut yang luar biasa.

Airbnb
Sumber : Airbnb

Anda juga boleh menikmati percutian dengan melihat pemandangan laut biru yang mempesonakan sambil meluangkan masa berkualiti dengan keluarga di sini.

Airbnb 1
Sumber : Airbnb

Terdapat juga kemudahan lain yang boleh anda nikmati seperti kolam renang dan gim. Anda juga boleh pergi ke lokasi tempat makan yang popular di Pulau Pinang seperti Padang Kota, Padang Brown, Nasi Kandar Beratur dan Restoran Ikan Bakar Din yang terletak tidak jauh daripada tempat penginapan ini.

Boho fb 2
Sumber : Facebook Classic Malay House KL

2. Classic Malay House

Bagi pencinta suasana kampung di tengah-tengah bandar, Classic Malay House adalah pilihan terbaik untuk anda meluangkan masa pada cuti hujung tahun.

Boho fb 3
Sumber : Facebook Classic Malay House KL

Terletak di Kuala Lumpur, Classic Malay House menawarkan penginapan yang selesa dengan rekaan dalaman yang berkonsepkan Bohemian dan tradisional Melayu.

BOHO FB
Sumber : Facebook Classic Malay House KL

Setiap sudut di dalam rumah ini boleh dijadikan ruang bergambar yang cantik dan menarik. Anda boleh menempah airbnb ini untuk mengadakan majlis keraian atau hari keluarga kerana ia dilengkapi dengan semua keperluan asas. Hubungi mereka dengan cepat untuk menempah penginapan anda dengan cepat sebelum terlewat!

hotelmix.my
Sumber : hotelmix.my

3. Kuang Kampung Retreat

Kuang Kampung Retreat yang terletak di Sungai Buloh adalah penginapan percutian berkonsepkan rumah kampung tradisional yang pasti mengimbau kembali kenangan nostalgia.

275458989
Sumber : hotelmix.my

Reka bentuk rumah ini berkayu seperti di kampung dan dilengkapi dengan segala keperluan seperti peralatan barbeku, kolam renang, dapur, internet, balkoni untuk melepak dan tempat parkir luas.

hotelmix.my 1
Sumber : hotelmix.my

Penginapan yang dikelilingi alam sekitar yang cantik sangat sesuai untuk anda yang ingin meluangkan masa dengan tenang. Tempat ini juga sesuai untuk membuat aktiviti menarik seperti hari keluarga, menyambut hari lahir, ‘bachelorette party’, ‘team building’ dan sebagainya lagi.

Barbie-Suite_Living-Room-1-scaled
Sumber : barbiestaycation.com

4. Barbie Room Grand Hyatt

Jika anda merancang untuk melancong bersama kanak-kanak maka Barbie Room di Grand Hyatt adalah lokasi sesuai untuk anda.

Barbie-Room_EXTRA-1-scaled
Sumber : barbiestaycation.com

Bertemakan patung popular barbie, terdapat sebanyak tiga jenis bilik yang boleh dipilih mengikut citarasa anda iaitu Barbie You Can Be Anything, Barbie Fantasy dan Barbie Extra. Kesemua bilik ini dilengkapi dengan katil, tandas, pakaian, mainan dan perhiasan lain yang berkonsepkan barbie.

Resized-5
Sumber : barbiestaycation.com

Selain bilik tidur bertemakan Barbie, anda juga boleh menjamu selera di kafe yang juga bertemakan Barbie semasa penginapan anda.

KLI_6014-006-scaled
Sumber : barbiestaycation.com

Anak-anak anda mesti berasa seronok dan gembira untuk meluangkan masa di tempat penginapan ini. Tunggu apa lagi, segera lakukan tempahan untuk menikmati percutian di sini!

Templer
Sumber : Templer Park Rainforest Retreat

5. Templer Park Rainforest Retreat

Ingin bercuti dekat dengan ibu kota? Templer Park Rainforest Retreat adalah lokasi sesuai untuk anda lari dari kesibukan kota dan merehatkan minda dari kesibukan kerja serta meluangkan masa bersama keluarga.

Templer Park Rainforest Retreat
Sumber : Templer Park Rainforest Retreat

Dikelilingi dengan Hutan Simpan Kanching, tempat penginapan ini memberikan pemandangan indah dan udara yang segar. Terdapat dua jenis penginapan yang boleh dipilih mengikut cita rasa anda iaitu vila biasa atau kontena. Vila boleh menampung sebanyak 16 orang manakala kontena boleh menampung sebanyak 30 orang.

Templer Park Rainforest Retreat 2
Sumber : Templer Park Rainforest Retreat

Airbnb ini juga mempunyai dapur luar yang cantik, kawasan barbeku, kolam renang, sauna dan trampolin.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Tanda Alternator Belt Perlu Diganti Segera

Alternator adalah penjana kuasa yang memastikan bateri kenderaan dicas dan berfungsi menghidupkan komponen elektrik utama kenderaan. Tanpa komponen ini, bateri kenderaan akan cepat habis...

5 Cara Mengelakkan Kemalangan Jalan Raya

Kemalangan jalan raya kian meningkat dan terdapat peningkatan angka kematian berbanding tahun-tahun sebelumnya. Kesedaran keselamatan dikalangan pengguna jalan raya amat penting bagi membantu mengurangkan...

Amalan Makanan Sahur Sihat

Sahur merupakan santapan pertama di awal pagi sebagai bekalan untuk memastikan badan kita kekal bertenaga sepanjang hari sewaktu berpuasa. Oleh yang demikian, pemilihan makanan...

Tips Hindari Dehidrasi Ketika Cuaca Panas di Bulan Puasa

Tubuh badan kita mengandungi sebanyak 70 peratus air dan mudah mengalami masalah dehidrasi sekiranya kandungan air tidak mencukupi. Perkara ini biasa berlaku terutamanya ketika...

Punca Kenderaan Bergegar Apabila Membrek

Kenderaan bergegar apabila membrek bukan sahaja boleh mengganggu fokus pemanduan, malah menimbulkan keresahan dan kebimbangan mengenai tahap keselamatan kenderaan yang sedang dipandu. Antara punca-punca...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!