4 Tempat Letak Kenderaan Yang Bahaya Semasa Musim Hujan

Musim hujan tidak menentu sejak kebelakangan ini boleh menyebabkan berlakunya banjir di kawasan-kawasan tertentu. Pengguna kenderaan perlu lebih berhati-hati apabila meletakkan kereta kerana hujan kilat boleh menyebabkan banjir berlaku dengan cepat. Disenaraikan antara beberapa tempat letak kenderaan yang perlu dielakkan seperti berikut:

1. Bawah Pokok

Meletakkan kenderaan di bawah pokok terutamanya semasa musim hujan adalah sangat bahaya. Hal ini kerana hujan lebat dan ribut boleh menyebabkan pokok bergoyang, tumbang serta menghempap kereta yang berada di bawah atau berdekatannya. Ia hanya akan menyebabkan anda menanggung kerugian akibat kereta rosak.

2. Kawasan Rendah

Kawasan rendah merupakan antara tempat yang n dinaiki air akibat banjir kilat. Banjir kilat berlaku dengan cepat dan menyebabkan kenderaan mudah ditenggelami air jika hujan lebat secara berterusan. Dengan itu pastikan anda meletakkan kenderaan di kawasan tinggi bagi melindungi kereta daripada ditenggelami air banjir.

3. Lereng Bukit

Jangan meletakkan kereta di kawasan lereng bukit. Tanah di kawasan lereng bukit tidak begitu kuat dan hujan yang berterusan boleh menyebabkan insiden tanah runtuh. Alihkan kereta anda dan parkir di kawasan yang lebih selamat.

4. Pantai atau Sungai

Salah satu tempat yang bahaya untuk meletakkan kenderaan ketika musim hujan adalah di kawasan sungai dan pantai. Ia merupakan kawasan yang sangat terdedah pada angin ribut yang kencang. Air pasang juga boleh berlaku di mana ia boleh membahayakan nyawa dan boleh menghanyutkan kereta walaupun dengan jarak yang lebih 100 meter dari lokasi.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Program Audit Pemeriksaan Kenderaan, Naziran Serta Taklimat Pengurusan Kenderaan Konsesi SPANCO

21 November 2023 – Program Audit Pemeriksaan Kenderaan, Naziran serta Taklimat Pengurusan Kenderaan Konsesi SPANCO 2023 anjuran Kementerian Kewangan kali ini telah diadakan di...

Jemputan Taklimat Kenderaan dan Motosikal Electric Vehicle (EV)

16 November 2023 – Pihak SPANCO telah menerima jemputan daripada Mesyuarat Pegawai Pengangkutan (PT) dan Ketua Cawangan (KC) Bahagian Pengangkutan, Jabatan Logistik dan Teknologi...

Tanda Kerosakan Pengesan Laju Kenderaan

Pengesan laju yang juga dikenali sebagai ‘speed sensor’ adalah satu komponen dalam kenderaan yang digunakan untuk mengesan kelajuan kereta. Ia juga memainkan peranan penting...

Keindahan Hujan: 6 Aktiviti Menarik Untuk Dilakukan

Musim hujan membawa keindahan dan keceriaan tersendiri, terutama di Malaysia yang diberkati dengan cuaca hujan sepanjang tahun. Walaupun rancangan kita terganggu akibat hujan berterusan,...

Majlis Penyerahan Kereta Proton X70 Kepada Jabatan Pendaftaran Negara

02 November 2023 – Baru-baru ini, satu majlis penyerahan kereta model Proton X70 1.5 STD telah diadakan diantara pihak SPANCO dan Jabatan Pendaftaran Negara...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!