Cara Mengelakkan Kerosakan Bateri Kereta

Bateri kereta merupakan satu komponen penting yang menghasilkan tenaga elektrik hasil daripada tindak balas kimia yang berlaku di dalamnya. Ia juga membekalkan kuasa elektrik yang mencukupi untuk menghidupkan enjin dan sistem penyalaan.

Selain itu, ia juga membekalkan kuasa tambahan yang diperlukan apabila permintaan bebanan elektrik kenderaan melebihi daripada sistem pengecas hasilkan. Pengabaian penjagaan bateri boleh menyebabkan ia cepat rosak. Oleh itu, ketahui cara mengelakkan kerosakan bateri seperti berikut:

1. Jaga Kebersihan Bateri

Menjaga kebersihan bateri sangat penting supaya ia dapat berfungsi bagi jangka masa yang lama. Bersihkan terminal bateri dengan kerap agar tiada pengumpulan tompokan asid kering yang boleh menghalang proses pengecasan semula bateri. Anda boleh menuang air panas pada bahagian tompokan putih supaya keputihan tertanggal dengan cepat. Kemudian, pastikan kepala bateri diikat dengan ketat supaya bateri berfungsi dengan baik.

2. Periksa Tali Sawat

Tali sawat pengulang alik (alternator belt) yang longgar adalah punca utama bateri gagal berfungsi. Sekiranya tali sawat pengulang alik rosak ia akan menyebabkan alternator berhenti membekalkan arus elektrik secukupnya untuk mengecas bateri lalu menyebabkan bateri kekurangan tenaga untuk menghidupkan enjin.

3. Elakkan Pemanduan Jarak Dekat

Memandu kereta anda dengan sekejap menghalang bateri kereta daripada dicas sepenuhnya. Jadi, apabila anda melakukan perjalanan dekat, alternator mungkin tidak mendapat masa yang mencukupi untuk mengecas semula bateri. Oleh itu, perjalanan dekat yang kerap boleh merosakkan bateri kereta anda. Kurangkan memandu kereta untuk penggunaan jarak dekat demi menjaga komponen kereta khususnya bateri.

4. Penyenggaraan Kereta

Penyenggaraan kenderaan secara berkala adalah penting agar komponen dalaman kereta berfungsi dengan baik. Sekiranya anda jarang melakukan penyenggaraan di pusat servis, ia boleh menjejaskan prestasi komponen termasuk bateri kereta. Oleh itu, pastikan anda melakukan penyenggaraan sekurang-kurangnya enam bulan sekali di pusat servis bertauliah bagi menjamin keselamatan kenderaan dan pengguna ketika berada di jalan raya.

5. Meletakkan Kereta di Kawasan Redup

Cuaca panas boleh merosakkan material dan komponen kereta seperti enjin, penyaman udara, cat, tayar dan bateri. Suhu tinggi boleh menyebabkan bateri cepat lemah daripada jangka hayatnya. Bahang dari cuaca panas juga menyebabkan bahan kimia kehijauan untuk terkumpul di bateri yang boleh menyebabkan percikan api.

Haba juga boleh menyebabkan cecair bateri untuk tersejat dan ini boleh merosakkan struktur dalaman bateri disebabkan haba boleh mempercepatkan proses tindakbalas kimia. Oleh itu, pastikan anda meletakkan kereta di kawasan yang redup supaya mengelakkan kerosakan komponen kenderaan.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Kejohanan Futsal Antara Jabatan SPANCO dan Jemputan Jabatan Kerajaan 2023

16 September 2023 – Kelab Sukan SPANCO telah menganjurkan Kejohanan Futsal Antara Jabatan SPANCO dan Jemputan Jabatan Kerajaan 2023 yang berlangsung di KNZ Sports,...

Tanda Kerosakan Sambungan Bebola

Sambungan bebola atau lebih dikenali sebagai ‘ball joint’ adalah komponen dalaman kenderaan penting yang menghubungkan hab roda ke lengan kawalan (lengan kawalan atas dan...

4 Tanda ‘Purge Valve’ Mengalami Kerosakan

‘Purge valve’ adalah komponen yang berfungsi untuk mengeluarkan lebihan wap bahan api daripada sistem kawalan pelepasan penyejatan kenderaan. Ia memastikan kenderaan anda bergerak lancar...

Kuih Bulan Halal di Lembah Klang

Sambutan Pertengahan Musim Luruh atau lebih dikenali sebagai sambutan kuih bulan adalah merupakan salah satu perayaan kaum Cina yang dinanti-nantikan oleh orang ramai bagi...

Program Audit Pemeriksaan Kenderaan, Naziran Serta Taklimat Pengurusan Kenderaan Konsesi SPANCO 2023

24 Ogos 2023 – Lawatan pemeriksaan kenderaan konsesi SPANCO anjuran Kementerian Kewangan kali ini telah dijalankan di tiga buah Pusat Servis Diiktiraf (PSD) SPANCO...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!