5 Lokasi Sarapan Lazat Di Lembah Klang

Sarapan adalah salah satu sajian awal penting yang perlu diambil setiap hari agar ia dapat membekalkan tenaga sepanjang hari untuk lebih cergas dan produktif. Ramai biasanya mengabaikan pengambilan sarapan kerana sebab-sebab tertentu. Namun, kita tidak boleh memandang enteng terhadap kebaikan sarapan. Disenaraikan antara lokasi sarapan yang popular di Lembah Klang supaya anda boleh menjamu selera sebelum memulakan aktiviti harian:

Nasi Lemak Wanjo Kg Baru
Sumber : Facebook Nasi Lemak Wanjo Kg Baru

1. Nasi Lemak Wanjo Kampung Baru

Nasi lemak sebagai menu makanan sarapan memang tidak boleh dipisahkan daripada rakyat Malaysia. Sekiranya anda mencari nasi lemak lazat sebagai sarapan di kawasan Kuala Lumpur maka, Nasi Lemak Wanjo Kampung Baru adalah lokasi sesuai untuk anda menjamu selera.

Nasi dan sambalnya cukup memikat pengunjung yang ingin memulakan pagi mereka dengan nasi lemak. Terdapat lauk menarik seperti sotong, telur mata, ayam, udang, kerang dan sebagainya yang boleh dipilih oleh pelanggan mengikut cita rasanya. Warga Kuala Lumpur wajib kunjungi restoran ini untuk menjamu selera pada waktu pagi.

29313828_560438587662559_8444074839748116480_n
Sumber : Facebook Ali Roti Canai Tsunami

2. Kedai Roti Canai Pak Ali

Ingin mulakan pagi anda dengan makanan yang kaya dengan rempah ratus? Kunjungi kedai roti canai pak ali bagi menjamu selera bersama keluarga atau rakan sekerja anda. Uniknya kedai ini adalah terdapat menu laris iaitu roti canai ‘tsunami’. Ia merupakan roti banjir yang ‘disirami’ kuah kari ,dal dan sambal. Lebih lazat lagi ia turut ditambah dua biji telur separuh masak. Memang sedap!

Terdapat juga sarapan lain yang terdiri daripada roti telur, roti sardin, nasi lemak, bihun dan kuih muih. Anda boleh menikmati sarapan lazat dengan kopi kegemaran bersama insan tersayang.

The Red Beanbag
Sumber : Facebook The Red Beanbag

3. The Red Beanbag

Ingin bersarapan pagi gaya barat? Kafe The Red Beanbag yang terletak di Jalan Dutamas adalah lokasi sesuai untuk anda mencuba sarapan barat. Kafe ini sangat terkenal dengan hidangan ‘pancakes’ yang begitu gebu dan sedap untuk dimakan. Sekiranya anda tidak berminat dengan ‘pancakes’, anda boleh cuba Classic French Toast iaitu roti telur yang gebu dimakan bersama buah-buahan dan ditabur madu. Lengkapkan sarapan anda dengan secawan kopi di sini.

D’Cengkih
Sumber : D’Cengkih

4. D ‘Cengkih Authentic Johorean Cuisine

Jika anda teringin untuk bersarapan gaya orang Johor bolehlah kunjungi D ‘Cengkih Authentic Johorean Cuisine yang terletak di Taman Tun Dr Ismail. Restoran ini menyajikan sajian negeri Johor yang asli resepinya dengan sarapan berat seperti Nasi Ambeng dan Laksa Johor. Ianya juga merupakan antara menu yang laris di sini. Pasti sedap tak terhingga!

46089450_349924309132082_3474752070018400256_n
Sumber : Facebook Restoran Senyum Sokmo

5. Senyum Sokmo Klang

Restoran Senyum Sokmo Klang yang terletak di Bandar Botanik adalah tempat makanan Pantai Timur popular. Terdapat pelbagai jenis menu sarapan yang boleh dinikmati bersama segelas teh seperti colek perut klate, nasi kerabu, pelbagai jenis kuih-muih, nasi lemak dan sebagainya.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Punca Kenderaan Bergegar Apabila Membrek

Kenderaan bergegar apabila membrek bukan sahaja boleh mengganggu fokus pemanduan, malah menimbulkan keresahan dan kebimbangan mengenai tahap keselamatan kenderaan yang sedang dipandu. Antara punca-punca...

Kenali Jenis-Jenis Bendalir Stereng Kuasa

Bendalir stereng kuasa berfungsi untuk melincirkan pergerakan pemutaran stereng dan memudahkan pemanduan. Ia memastikan komponen dalaman sistem stereng dilincirkan dan memastikan hos, omboh, injap...

4 Tempat Tart Telur Terkenal di Lembah Klang

Tart telur adalah antara snek yang lazat dimakan pada bila-bila masa termasuk pada waktu lewat malam sebagai pengalas perut. Terdapat banyak jenis tart telur...

Kesedaran Penjagaan Kesihatan Buah Pinggang

Buah pinggang adalah antara organ penting di dalam badan yang menyingkirkan sisa buangan dan toksin. Oleh yang demikian, sekiranya seseorang gagal menjaga buah pinggang...

Punca Meter Kelajuan Tidak Berfungsi

Meter kelajuan kenderaan memainkan peranan penting bagi menunjukkan had kelajuan kenderaan yang dipandu. Sekiranya ia tidak berfungsi dengan betul, pemandu kenderaan akan mengalami kesukaran...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!