Tips Menguruskan Emosi Bagi Menjaga Kesihatan Mental

Pengurusan emosi secara baik dapat menjaga kesihatan mental serta menyelamatkan nyawa individu. Keadaan emosi terganggu mampu memberi kesan kepada kesihatan fizikal dan mental. Dikongsikan tip mengurus emosi bagi menjaga kesihatan diri seperti berikut:

1. Berfikiran Positif

Gangguan emosi sering berlaku jika seseorang mengalami stres, sedih, kemurungan dan berasa tidak bermaya. Keadaan ini akan menjejaskan cara pemikiran, perasaan, tingkah laku, malahan aktiviti harian seperti tidur, makan dan bekerja terganggu.

Pastikan anda berfikiran positif terhadap setiap situasi yang dilalui supaya dapat menenangkan fikiran dan kurangkan stres harian serta dapat keupayaan untuk mengendalikan tekanan dengan lebih baik.

2. Berkongsi Perasaan

Meluahkan perasaan atau masalah bersama insan yang dipercayai adalah penting untuk mengurangkan tekanan yang dihadapi. Kongsi perasaan anda bersama keluarga atau rakan agar mereka dapat memahami dan membantu anda mengharunginya.

Apabila anda berkongsi perasaan dengan orang lain , anda akan berasa lebih lega dan ini dapat mengurangkan tekanan yang anda hadapi. Jangan lupa masih ada orang yang sayang dan hargai anda.

3. Meditasi

Meditasi adalah satu bentuk teknik relaksasi yang dilakukan dengan melatih penumpuan dan fokus minda untuk menenangkan minda dan jiwa. Ia memberi kesan yang menakjubkan bagi seseorang yang sering mengalami masalah tekanan dengan menghilangkan kegelisahan, insomnia, sakit belakang dan tekanan darah tinggi.

Anda boleh mula lakukan meditasi dengan duduk di tempat yang senyap, pejamkan mata, dan tarik nafas panjang dan hembuskan perlahan. Lakukan proses ini beberapa kali bagi mengurangkan stres.

4. Dapatkan Tidur Berkualiti

Tidur yang cukup dapat menguruskan badan seseorang dengan baik. Malangnya, kurang tidur menjadi punca utama seseorang mengalami tekanan. Kekurangan tidur menyebabkan otak dan badan tersedar dan hanya menjadi lebih teruk dengan masa.

Anda digalakkan untuk mendapatkan tidur berkualiti sekurang-kurangnya dalam tujuh hingga lapan jam sehari. Matikan televisyen lebih awal, malapkan lampu dan berikan diri anda masa untuk berehat sebelum tidur.

5. Beriadah

Menggerakkan badan anda secara tetap mengimbangi sistem saraf dan meningkatkan peredaran darah, membantu mengeluarkan hormon tekanan. Walaupun berjalan kaki selama 20 minit setiap hari membuat perbezaan pada kesihatan diri.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Tanda Alternator Belt Perlu Diganti Segera

Alternator adalah penjana kuasa yang memastikan bateri kenderaan dicas dan berfungsi menghidupkan komponen elektrik utama kenderaan. Tanpa komponen ini, bateri kenderaan akan cepat habis...

5 Cara Mengelakkan Kemalangan Jalan Raya

Kemalangan jalan raya kian meningkat dan terdapat peningkatan angka kematian berbanding tahun-tahun sebelumnya. Kesedaran keselamatan dikalangan pengguna jalan raya amat penting bagi membantu mengurangkan...

Amalan Makanan Sahur Sihat

Sahur merupakan santapan pertama di awal pagi sebagai bekalan untuk memastikan badan kita kekal bertenaga sepanjang hari sewaktu berpuasa. Oleh yang demikian, pemilihan makanan...

Tips Hindari Dehidrasi Ketika Cuaca Panas di Bulan Puasa

Tubuh badan kita mengandungi sebanyak 70 peratus air dan mudah mengalami masalah dehidrasi sekiranya kandungan air tidak mencukupi. Perkara ini biasa berlaku terutamanya ketika...

Punca Kenderaan Bergegar Apabila Membrek

Kenderaan bergegar apabila membrek bukan sahaja boleh mengganggu fokus pemanduan, malah menimbulkan keresahan dan kebimbangan mengenai tahap keselamatan kenderaan yang sedang dipandu. Antara punca-punca...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!