Tips Melindungi Kereta Daripada Banjir

Jabatan Meteorologi Malaysia baru-baru ini telah meramalkan beberapa kawasan di Malaysia akan menghadapi musim hujan lebat dan banjir. Bagi mengelakkan sebarang situasi yang tidak diingini berlaku, berikut disenaraikan beberapa tips pengendalian kenderaan:

1. Meletakkan Kereta di Tempat Selamat

Meletakkan kereta di tempat selamat seperti di kawasan tinggi ketika musim hujan adalah penting bagi mengelakkan kenderaan anda ditenggelami oleh air banjir. Selain itu, ia juga dapat melindungi kereta daripada kerosakan komponen akibat air hujan.

2. Cabut Terminal Bateri

Pengguna kenderaan digalakkan untuk mencabut terminal bateri ketika meletakkan kereta di tempat parkir supaya dapat mengelakkan berlakunya litar pintas pada sistem elektronik. Selain itu, anda juga boleh mengeluarkan bateri kereta apabila mengesyaki air semakin meningkat bagi melindungi sistem elektrik kereta dan dapat menggunakan kereta anda selepas air telah surut.

3. Elakkan Meredah Banjir

Banjir adalah situasi yang tidak terduga dan boleh berlaku di mana-mana sahaja. Oleh itu, anda sebagai pengguna kereta tidak digalakkan untuk meredah banjir sekiranya melalui jalan yang telah menaiki air melebihi paras tayar. Berhentikan kereta di tempat selamat dan tunggu sehingga air surut bagi melindungi kereta anda daripada sebarang kerosakan.

4. Kit Kecemasan

Bagi mengelakkan anda terperangkap dalam kereta ketika banjir, sediakan kit kecemasan dalam kereta untuk kemudahan anda. Kit pertolongan cemas, botol air, but, lampu suluh, bank kuasa, tukul keselamatan pelbagai guna, makanan tidak mudah rosak dan perkakas pelbagai guna perlu disimpan dalam kenderaan.

5. Hubungi SPANCO

Untuk pelanggan SPANCO, anda disarankan untuk menghubungi talian bebas tol 1800-88-6999 atau menerusi aplikasi mudah alih SPANCO untuk mendapatkan sebarang bantuan kecemasan semasa banjir. Pihak SPANCO sentiasa bersedia untuk membantu anda bagi memberikan khidmat nasihat yang terbaik selain memberi bantuan menunda kenderaan dan pembaikan selepas banjir.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Ketahui Cara Betul Menambah Bendalir Brek

Bendalir brek perlu disenggara secara berlaku agar dapat berfungsi dengan baik. Bendalir brek yang digunakan terlalu lama tanpa ditukar boleh menjejaskan prestasi membrek optimum...

5 Punca ‘Headlight’ Semakin Malap

Lampu puncak atau lebih dikenali sebagai ‘headlight’ adalah lampu hadapan yang digunakan untuk menyuluh jalan dan boleh diubah suai alur cahayanya. Jika lampu puncak...

Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri SPANCO 2023

13 MEI 2023 – SPANCO telah mengadakan majlis Rumah Terbuka bersempena Hari Raya Aidilfitri 2023, yang bertempat di Pusat Servis Wilayah SPANCO Bangi. Majlis...

Hargai Jantung Anda, Amalkan Cara Hidup Sihat

Tahukah anda terdapat pertambahan kes di mana golongan muda diserang penyakit jantung? Semakin banyak kes penyakit jantung dilaporkan termasuk di kalangan remaja sejak kebelakangan...

Lawatan Kunjung Hormat Delegasi Perodua Ke SPANCO

12 MEI 2023 – SPANCO telah menerima lawatan kunjung hormat dari delegasi syarikat Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) bertempat di Pusat Servis Wilayah...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!