Jenis Sistem Brek Kenderaan

Brek kenderaan adalah mekanisme yang digunakan untuk mengurangkan kelajuan kenderaan atau menghentikan pergerakannya. Terdapat beberapa jenis sistem brek kereta yang perlu diketahui oleh pengguna kenderaan seperti berikut:

1. Sistem Brek Hidraulik

Brek hidraulik berfungsi dengan menghantar tekanan hidraulik ke seluruh sistem brek. Semasa brek ditekan, omboh silinder roda menolak brek gelendong ‘drum brake’ atau brek cakera ‘disc brake’ untuk menghentikan kenderaan.

2. Sistem Brek Udara

Sistem brek udara sering digunakan pada kenderaan berat seperti lori, bas, trak, treler, kereta api dan lain-lain. Ia merupakan sejenis brek geseran untuk kenderaan di mana udara termampat yang menekan pada omboh digunakan bagi tekanan pada pelapik brek yang diperlukan untuk menghentikan kenderaan.

Sistem ini berfungsi dengan peranti yang disebut pemampat udara dan udara dilepaskan ketika brek ditekan.

3. Sistem Brek ABS

Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) atau Anti-Lock Braking System digunakan untuk menghalang tayar kereta daripada terkunci ketika membrek secara mengejut. Sistem brek ini dicipta untuk mencegah brek hidraulik mengunci tayar kenderaan, bertujuan untuk memberikan kawalan kemudi.

ABS juga merupakan sistem pengawalan brek yang memantau kelajuan pusingan setiap tayar seterusnya mengurangkan tekanan hidraulik brek terhadap mana-mana tayar yang didapati terkunci.

hand pulling a parking brake

4. Sistem Brek Mekanikal

Sistem brek mekanikal biasanya digunakan dalam brek tangan dan brek kecemasan. Dalam sistem brek mekanikal, pelbagai rangkaian mekanikal digunakan seperti rod silinder, fulkrum, spring dan lain-lain. Terdapat dua jenis brek mekanikal iaitu brek gelendong dan brek cakera.

Brek gelendong menggunakan silinder lebar yang dibuka di belakang iaitu sama seperti sebuah dram. Apabila pemandu menekan pedal brek, kasut lengkung yang ada dalam dram ditekan keluar dan menggesel dalaman dram. Ia sekali gus akan menyebabkan kenderaan menjadi perlahan dan menghentikan kereta. Manakala, brek cakera digunakan untuk memperlahankan atau menghentikan putaran roda kenderaan. Ia memberi kuasa berhenti lebih tinggi berbanding brek gelendong.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Punca Kenderaan Bergegar Apabila Membrek

Kenderaan bergegar apabila membrek bukan sahaja boleh mengganggu fokus pemanduan, malah menimbulkan keresahan dan kebimbangan mengenai tahap keselamatan kenderaan yang sedang dipandu. Antara punca-punca...

Kenali Jenis-Jenis Bendalir Stereng Kuasa

Bendalir stereng kuasa berfungsi untuk melincirkan pergerakan pemutaran stereng dan memudahkan pemanduan. Ia memastikan komponen dalaman sistem stereng dilincirkan dan memastikan hos, omboh, injap...

4 Tempat Tart Telur Terkenal di Lembah Klang

Tart telur adalah antara snek yang lazat dimakan pada bila-bila masa termasuk pada waktu lewat malam sebagai pengalas perut. Terdapat banyak jenis tart telur...

Kesedaran Penjagaan Kesihatan Buah Pinggang

Buah pinggang adalah antara organ penting di dalam badan yang menyingkirkan sisa buangan dan toksin. Oleh yang demikian, sekiranya seseorang gagal menjaga buah pinggang...

Punca Meter Kelajuan Tidak Berfungsi

Meter kelajuan kenderaan memainkan peranan penting bagi menunjukkan had kelajuan kenderaan yang dipandu. Sekiranya ia tidak berfungsi dengan betul, pemandu kenderaan akan mengalami kesukaran...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!