6 Tanda Kekurangan Protein Dalam Badan

Protein adalah keperluan asas di dalam setiap sel hidup dan pembinaan blok organ tubuh kita. Ia adalah bahan mentah yang diperlukan untuk tubuh anda menghasilkan enzim yang penting bagi fungsi tubuh, dari pencernaan hingga pembiakan. Kekurangan pengambilan protein yang mencukupi boleh menjejaskan kesihatan individu. Dengan ini, disenaraikan beberapa tanda kekurangan protein dalam badan seperti berikut:

1. Masalah Rambut, Kuku dan Kulit

Rambut, kuku dan kulit terdiri daripada elastin, kolagen dan keratin. Jika badan anda tidak mempunyai protein yang mencukupi, anda akan mengalami masalah rambut gugur atau halus, kulit kering dan kuku yang tidak rata.

2. Bengkak

Salah satu tanda paling ketara badan anda kekurangan protein adalah bengkak ‘edema’ pada bahagian kaki, tangan, perut dan buku lali. Hal ini kerana albumin (protein) yang ada dalam salur darah mencegah air di dalam darah daripada keluar dan berkumpul di tisu. Oleh itu, pastikan anda mengambil makanan berasaskan protein yang mencukupi bagi menjaga kesihatan badan.

3. Cepat Letih

Kekurangan protein boleh menyebabkan masalah kepada otot di mana seseorang boleh kehilangan kekuatan melakukan aktiviti harian, sukar untuk mengekalkan keseimbangan dan melambatkan metabolisme. Selain itu, kekurangan protein juga boleh menyebabkan anemia yang mana anda kekurangan oksigen dan menjadi letih.

4. Lapar

Pengambilan protein yang mencukupi boleh membuatkan anda kenyang untuk tempoh yang lebih lama, sekali gus menghalang keinginan dan rasa lapar. Walau bagaimanapun, pengambilan protein yang lebih rendah adalah sebaliknya di mana ia membuatkan anda rasa lebih lapar yang mengakibatkan peningkatan pengambilan kalori.

5. Luka Lambat Sembuh

Individu yang kekurangan protein biasanya mengalami masalah luka lambat sembuh. Hal ini kerana protein membekalkan sumber asid amino berfungsi dalam pembinaan blok protein yang mana sangat penting untuk proses penyembuhan luka. Kekurangan asid amino menyebabkan proses penyembuhan menjadi lambat kerana penghasilan tisu-tisu baru menjadi lambat akibat kandungan protein yang rendah dalam badan.

6. Menjejaskan Kesihatan Tulang

Pengambilan protein yang rendah akan mengganggu pembinaan jisim tulang maksimum semasa kanak-kanak dan remaja serta menjejaskan pengekalan jisim tulang semasa penuaan. Selain itu, kekurangan protein juga akan mengakibatkan pengurangan jisim otot dan kekuatan pada warga emas, yang turut menjadi faktor risiko jatuh.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Tanda Alternator Belt Perlu Diganti Segera

Alternator adalah penjana kuasa yang memastikan bateri kenderaan dicas dan berfungsi menghidupkan komponen elektrik utama kenderaan. Tanpa komponen ini, bateri kenderaan akan cepat habis...

5 Cara Mengelakkan Kemalangan Jalan Raya

Kemalangan jalan raya kian meningkat dan terdapat peningkatan angka kematian berbanding tahun-tahun sebelumnya. Kesedaran keselamatan dikalangan pengguna jalan raya amat penting bagi membantu mengurangkan...

Amalan Makanan Sahur Sihat

Sahur merupakan santapan pertama di awal pagi sebagai bekalan untuk memastikan badan kita kekal bertenaga sepanjang hari sewaktu berpuasa. Oleh yang demikian, pemilihan makanan...

Tips Hindari Dehidrasi Ketika Cuaca Panas di Bulan Puasa

Tubuh badan kita mengandungi sebanyak 70 peratus air dan mudah mengalami masalah dehidrasi sekiranya kandungan air tidak mencukupi. Perkara ini biasa berlaku terutamanya ketika...

Punca Kenderaan Bergegar Apabila Membrek

Kenderaan bergegar apabila membrek bukan sahaja boleh mengganggu fokus pemanduan, malah menimbulkan keresahan dan kebimbangan mengenai tahap keselamatan kenderaan yang sedang dipandu. Antara punca-punca...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!