Tempat ‘High Tea’ Minum Petang Menarik Di Lembah Klang

‘High Tea’ atau minum petang biasanya dinikmati dengan beberapa juadah yang sedap sambil meluangkan masa bersama keluarga atau rakan-rakan. Sekiranya anda ingin pengalaman minum petang yang baharu, anda boleh kunjungi tempat berikut di Lembah Klang yang menawarkan perkhidmatan menarik seperti berikut:

Ritz
Sumber : www.ritzcarlton.com

1. The Ritz-Carlton Kuala Lumpur

Ingin minum petang gaya Eropah? Kunjungi The Ritz Carlton yang terletak di Kuala Lumpur untuk menikmati ‘high tea’ yang sedap dengan suasana dan hiasan dalaman yang berinspirasikan Eropah.

Anda akan dihidangkan dengan skon, sandwic, quiche, pies dan pencuci mulut lain berserta teh pilihan kegemaran berdasarkan senarai menu. Bukan sekadar itu, anda juga akan menikmati minum petang ini dengan hiburan mainan piano dan gesekan biola secara langsung. Menarik bukan! Segera membuat tempahan awal untuk menjamu selera di sini kerana ia sentiasa dipenuhi penggunjung khususnya ketika minum petang.

Klook
Sumber : klook.com

2. Atmosphere 360, Menara Kuala Lumpur

Nikmati minum petang sambil melihat panorama indah Kuala Lumpur dengan langit biru terbentang luas di Atmosphere 360, Menara Kuala Lumpur. Anda boleh merasai keindahan ini sambil menikmati hidangan yang enak dan muzik secara langsung yang merdu.

Terdapat pelbagai jenis makanan yang ditawarkan seperti kuih-muih tradisional, kek, buah-buahan, ais krim, sandwic dan sebagainya lagi. Masakan seperti nasi goreng, mee goreng, roti canai, roti jala dan pastri juga terdapat di sini. Lakukan tempahan seawal seminggu untuk menikmati minum petang di Atmosphere 360. Bayaran tambahan akan dikenakan jika anda ingin menjamu selera di tempat duduk bertingkap.

40684538_2162737450663849_8629056753314562048_n
Sumber : Facebook Le Méridien Putrajaya

3. Latitude 02, Le Meridien Putrajaya

Latitude 02 yang terletak di Le Meridien Putrajaya adalah hotel menarik untuk menikmati pengalaman minum teh yang menakjubkan. Dengan konsep moden dan bergaya, anda boleh menjamu selera di suasana yang santai dan tenang.

Nikmati minuman kopi yang cukup enak berserta manisan eclair. Selain itu, Latitude 02 merupakan salah satu lokasi yang sesuai untuk bermesyuarat secara santai sambil menikmati juadah ringan. Terdapat juga makanan lain seperti karipap panas, kek keju, buah-buahan, macaron, creme brulee, pastri dan sebagainya lagi.

featured_image
Sumber : www.foodadvisor.my

4. Link Cafe, Sheraton Petaling Jaya Hotel

Terletak di Petaling Jaya, Link Cafe Sheraton Petaling Jaya Hotel mendapat sambutan hangat pelanggan terutamanya bagi minum petang kerana keenakan makanannya. Nikmati minum petang mewah dengan orang yang tersayang di sini kerana mereka menawarkan makanan seperti tart keju, tart buah-buahan, macaron, sandwic, skon, aneka kek, teh pelbagai perisa, ais krim dan lain-lain. Selain daripada set minum petang, hotel ini juga menawarkan bufet minum petang sepanjang hujung minggu.

The Majestic Hotel Kuala Lumpur
Sumber : Facebook The Majestic Hotel Kuala Lumpur

5. The Orchid Conservatory, The Majestic Hotel Kuala Lumpur

Dihiasi dengan bunga-bunga orkid yang cantik di setiap sudut, pastinya lokasi ini sesuai untuk anda yang sukakan suasana flora sambil menikmati minum petang dengan tenang. The Orchid Conservatory yang terletak di The Majestic Hotel Kuala Lumpur mempunyai ruang makanan ‘glass room’ yang dikelilingi bunga-bunga orkid yang menawan.

Juadah minum petang dihidangkan atas dulang 3 tingkat, dengan makanan enak seperti pencuci mulut, skon, sandwic, kuih-muih, raspberry mousse, teh pilihan dan aneka kek. Selain menjamu selera anda juga boleh mengambil gambar ‘instagrammable’ yang berlatarbelakangkan bunga orkid cantik.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Lawatan Kunjung Hormat Delegasi Perodua Ke SPANCO

12 MEI 2023 – SPANCO telah menerima lawatan kunjung hormat dari delegasi syarikat Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) bertempat di Pusat Servis Wilayah...

Punca Palam Pencucuh Berminyak

Palam pencucuh adalah antara komponen penting dalam sistem nyalaan enjin sesebuah kenderaan. Ianya berfungsi untuk mencetuskan percikan api bagi membantu proses pembakaran di dalam...

5 Komponen Kenderaan Yang Terjejas Akibat Cuaca Panas

Cuaca panas kebelakangan ini bukan sahaja boleh menjejaskan kesihatan diri malah kenderaan juga boleh rosak sekiranya tidak dijaga dengan baik. Menurut pakar MET, negara...

5 Lokasi Menarik Untuk OOTD Sambil Beriadah

Hujung minggu adalah masa yang sesuai untuk melakukan aktiviti riadah bersama keluarga sambil meluangkan masa berkualiti dengan mereka. Lebih seronok jika anda boleh kunjungi...

Punca Kerosakan Sensor ‘Engine Coolant Temperature’

Sensor Engine Coolant Temperature adalah suatu komponen yang berfungsi untuk mengukur suhu penyejuk enjin melalui litar perintang. Ia menyampaikan bacaan ini kepada Modul Kawalan...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!