Tanda Dan Gejala Demensia

Demensia adalah sejenis penyakit otak yang progresif. Ia adalah gangguan keupayaan kognitif yang mengakibatkan kemerosotan daya ingatan, daya berfikir, daya merancang dan penjagaan kendiri. Ia boleh mengganggu aktiviti kehidupan harian yang biasa hingga menyebabkan pesakit memerlukan penjagaan masa panjang.

Punca

Penyakit demensia berpunca akibat kematian sel otak (neuron). Semakin usia meningkat, kita akan kehilangan beberapa neuron, namun bagi pesakit demensia, kehilangan neuron berlaku pada kadar lebih besar. Bergantung pada individu, demensia boleh menjejaskan setiap individu secara berbeza dan mempunyai gejala yang berbeza.

Tanda dan Gejala

Gejala penyakit demensia berlaku dengan cara berbeza iaitu bergantung kepada bahagian-bahagian otak yang terjejas. Disenaraikan beberapa tanda dan gejala penyakit demensia berlaku seperti berikut:

• Hilang daya ingatan yang menyebabkan masalah dalam pekerjaan atau perjalanan kehidupan harian.
• Mengalami masalah untuk melakukan aktiviti harian.
• Masalah komunikasi seperti sukar menerangkan sesuatu, atau kerap mengulangi percakapan (echolalia).
• Masalah dalam orientasi, contohnya kerap hilang arah walaupun di kawasan yang biasa dilalui.
• Hilang keupayaan membuat penilaian.
• Masalah dalam pemikiran abstrak.
• Mudah hilang ingatan seperti meletak barang di tempat lain atau kerap tertinggal barang.
• Perubahan emosi secara tiba-tiba.
• Perubahan personaliti seperti kemurungan dan kebimbangan.
• Perubahan dalam perwatakan, daripada seseorang yang peramah kepada seseorang yang cepat marah, cemburu atau penakut.
• Hilang minat dan kecenderungan dalam pekerjaan dan hobi mereka.
• Tidak bergaul seperti biasa.

Kaedah Pencegahan dan Rehabilitasi:

Pencegahan
Lakukan aktiviti merangsang minda seperti bermain catur, membaca dan sebagainya. Mengamalkan cara hidup sihat boleh juga mengurangkan risiko mendapat demensia.

Rehabilitasi
Terdapat banyak terapi psikososial yang memberi manfaat kepada pesakit. Ini termasuk memberi sokongan dalam menjalani aktiviti harian mereka, menggalakkan aktiviti merangsang fungsi mental dan pancaindera.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Punca Kenderaan Bergegar Apabila Membrek

Kenderaan bergegar apabila membrek bukan sahaja boleh mengganggu fokus pemanduan, malah menimbulkan keresahan dan kebimbangan mengenai tahap keselamatan kenderaan yang sedang dipandu. Antara punca-punca...

Kenali Jenis-Jenis Bendalir Stereng Kuasa

Bendalir stereng kuasa berfungsi untuk melincirkan pergerakan pemutaran stereng dan memudahkan pemanduan. Ia memastikan komponen dalaman sistem stereng dilincirkan dan memastikan hos, omboh, injap...

4 Tempat Tart Telur Terkenal di Lembah Klang

Tart telur adalah antara snek yang lazat dimakan pada bila-bila masa termasuk pada waktu lewat malam sebagai pengalas perut. Terdapat banyak jenis tart telur...

Kesedaran Penjagaan Kesihatan Buah Pinggang

Buah pinggang adalah antara organ penting di dalam badan yang menyingkirkan sisa buangan dan toksin. Oleh yang demikian, sekiranya seseorang gagal menjaga buah pinggang...

Punca Meter Kelajuan Tidak Berfungsi

Meter kelajuan kenderaan memainkan peranan penting bagi menunjukkan had kelajuan kenderaan yang dipandu. Sekiranya ia tidak berfungsi dengan betul, pemandu kenderaan akan mengalami kesukaran...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!