Tindakan Yang Perlu Dilakukan Apabila Terlibat Dalam Kemalangan

Terlibat dalam kemalangan jalan raya merupakan salah satu mimpi ngeri bagi pemandu. Walaupun memandu secara berhemah, pengguna jalan raya boleh terlibat dalam kemalangan atas faktor tertentu. Oleh itu, adalah penting untuk mengetahui cara mengendalikan situasi tidak diingini ini tanpa panik dan mengambil tindakan berikut:

1. Segera Berhentikan Kenderaan Anda

Perkara pertama yang perlu dilakukan oleh anda adalah bertenang dan berhentikan kenderaan di tempat selamat sekiranya kerosakan kereta anda tidak terlalu teruk dan boleh dipandu. Pastikan semua penumpang dan diri sendiri selamat kemudian lindungi mangsa yang tercedera. Selain itu, pastikan keadaan sekeliling kemalangan adalah selamat.

2. Dapatkan Maklumat Penting

Segera dapatkan maklumat penting seperti nama, alamat, nombor plat kereta, model dan jenis kereta dan nombor telefon pemandu kereta yang terlibat. Pastikan anda mencatatkan butir-butir nama, umur, alamat dan maklumat pejabat, jika kenderaan terbabit adalah hak pengurusan pejabat. Selain itu, dapatkan juga nama syarikat ejen insurans tuan punya kenderaan terbabit bagi memudahkan proses membaiki kereta.

3. Keterangan Diri

Berikan butiran diri anda seperti nama dan nombor pendaftaran kenderaan kepada pihak yang terbabit dalam kemalangan. Anda juga perlu membuat laporan polis dalam masa 24 jam selepas kemalangan untuk memastikan laporan tersebut sah. Laporan polis sangat penting bagi proses tuntutan insurans. Pegawai yang bertugas di balai polis akan mencatatkan butiran kemalangan dan juga butiran peribadi anda.

Selepas pihak polis mengambil keterangan daripada kedua-dua pihak, keputusan kes akan dikeluarkan dalam masa beberapa hari. Setelah mendapatkan keputusan kes, kesimpulan tentang siapa yang bertanggungjawab atas kemalangan akan diketahui dan boleh melakukan proses tuntutan insurans bagi baiki kereta.

4. Hubungi Pihak Insuran

Setelah selesai melakukan segala proses diatas, anda perlu pergi ke bengkel panel yang membaiki kereta anda bagi urusan tuntutan insurans ke atas kerosakan kereta anda. Pastikan anda membawa sekali salinan laporan polis, keputusan siasatan dan gambar kerosakan pada kenderaan bagi memudahkan proses tuntutan insurans berlaku dengan lancar.

smartmockups_kaemhwix-01-BG-696×392

5. Segera Hubungi SPANCO

Bagi pelanggan SPANCO, hubungi kami menerusi Aplikasi Mobil SPANCO atau Laman Web di www.spanco.com.my atau melalui Talian Bebas Tol 24 jam SPANCO di 1800-88-6999 untuk mendapatkan bantuan segera dan khidmat nasihat.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Punca Kenderaan Bergegar Apabila Membrek

Kenderaan bergegar apabila membrek bukan sahaja boleh mengganggu fokus pemanduan, malah menimbulkan keresahan dan kebimbangan mengenai tahap keselamatan kenderaan yang sedang dipandu. Antara punca-punca...

Kenali Jenis-Jenis Bendalir Stereng Kuasa

Bendalir stereng kuasa berfungsi untuk melincirkan pergerakan pemutaran stereng dan memudahkan pemanduan. Ia memastikan komponen dalaman sistem stereng dilincirkan dan memastikan hos, omboh, injap...

4 Tempat Tart Telur Terkenal di Lembah Klang

Tart telur adalah antara snek yang lazat dimakan pada bila-bila masa termasuk pada waktu lewat malam sebagai pengalas perut. Terdapat banyak jenis tart telur...

Kesedaran Penjagaan Kesihatan Buah Pinggang

Buah pinggang adalah antara organ penting di dalam badan yang menyingkirkan sisa buangan dan toksin. Oleh yang demikian, sekiranya seseorang gagal menjaga buah pinggang...

Punca Meter Kelajuan Tidak Berfungsi

Meter kelajuan kenderaan memainkan peranan penting bagi menunjukkan had kelajuan kenderaan yang dipandu. Sekiranya ia tidak berfungsi dengan betul, pemandu kenderaan akan mengalami kesukaran...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!