Manfaat Buah Amla Yang Ramai Tidak Tahu

Buah amla atau lebih dikenali sebagai ‘Indian gooseberry’ sangat kaya dengan mineral dan vitamin yang melindungi badan manusia daripada pelbagai penyakit. Ramai tidak mengetahui kebaikan buah ini yang memberi manfaat yang menakjubkan. Ketahui antara kebaikan makan atau minum jus buah amla seperti berikut:

1. Meningkatkan Imuniti

Buah amla mengandungi vitamin C dan A, polifenol, alkaloid, dan flavonoid yang membantu meningkatkan imuniti badan. Ia juga dipercayai dapat meningkatkan tahap sel darah putih yang merupakan pertahanan utama dalam sistem imun.

Pengambilan buah amla dalam bentuk jus dapat membantu dalam rawatan jangkitan bakteria dan virus serta mencegah pelbagai masalah kesihatan lain.

2. Membantu Mengawal Kadar Gula Darah

Soluble fiber atau serat larut dalam buah amla membantu memperlahankan kadar penyerapan gula dalam badan. Ia juga boleh membantu mengurangkan lonjakan kandungan gula dalam darah dan mempunyai kesan positif pada glukosa dan lipid darah bagi individu yang menghidap diabetes jenis 2.

3. Baik Untuk Penglihatan

Pengambilan jus buah amla juga membantu meningkatkan daya penglihatan individu. Hal ini kerana buah amla kaya dengan kandungan vitamin A dan karotena yang membantu meningkatkan daya penglihatan. Pengambilan jus amla setiap hari akan meningkatkan kesihatan mata dan mengurangkan masalah seperti katarak, kerengsaan dan mata lembap.

4. Penurunan Berat Badan

Meminum jus amla dengan perut kosong akan membantu dalam menurunkan berat kerana mengandungi antioksidan yang menguatkan sistem pencernaan dan meningkatkan metabolisme. Selain itu, ia juga membantu dalam pembakaran lemak serta pengurangan kolesterol dan meningkatkan tenaga tanpa menambah lemak.

5. Membantu Meningkatkan Kesihatan Jantung

Buah amla mengandungi banyak nutrien seperti antioksidan dan potassium yang baik untuk kesihatan jantung. Antioksidan meningkatkan kesihatan jantung dengan menghalang pengoksidaan kolesterol LDL (buruk) dalam darah anda, iaitu satu proses yang meningkatkan risiko penyakit jantung. Anda boleh makan buah amla atau minum jus buah amla bagi menjaga kesihatan jantung.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Tanda Alternator Belt Perlu Diganti Segera

Alternator adalah penjana kuasa yang memastikan bateri kenderaan dicas dan berfungsi menghidupkan komponen elektrik utama kenderaan. Tanpa komponen ini, bateri kenderaan akan cepat habis...

5 Cara Mengelakkan Kemalangan Jalan Raya

Kemalangan jalan raya kian meningkat dan terdapat peningkatan angka kematian berbanding tahun-tahun sebelumnya. Kesedaran keselamatan dikalangan pengguna jalan raya amat penting bagi membantu mengurangkan...

Amalan Makanan Sahur Sihat

Sahur merupakan santapan pertama di awal pagi sebagai bekalan untuk memastikan badan kita kekal bertenaga sepanjang hari sewaktu berpuasa. Oleh yang demikian, pemilihan makanan...

Tips Hindari Dehidrasi Ketika Cuaca Panas di Bulan Puasa

Tubuh badan kita mengandungi sebanyak 70 peratus air dan mudah mengalami masalah dehidrasi sekiranya kandungan air tidak mencukupi. Perkara ini biasa berlaku terutamanya ketika...

Punca Kenderaan Bergegar Apabila Membrek

Kenderaan bergegar apabila membrek bukan sahaja boleh mengganggu fokus pemanduan, malah menimbulkan keresahan dan kebimbangan mengenai tahap keselamatan kenderaan yang sedang dipandu. Antara punca-punca...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!